TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

4 Rahsia Buat Bayi Tidur Terus, Lena Sepanjang Malam, Ibu Tak Perlu Bangun Banyak Kali

4 min bacaan
4 Rahsia Buat Bayi Tidur Terus, Lena Sepanjang Malam, Ibu Tak Perlu Bangun Banyak Kali

Memang ramai ibu bapa struggle untuk buat bayi tidur terus, lena sepanjang malam tanpa terjaga banyak kali. Jom kami kongsikan tipsnya.

Mata panda sering kali dikaitkan dengan ibu-ibu yang mempunyai bayi terutama di bawah usia satu tahun. Apa sebenarnya rahsia membuat bayi tidur terus sepanjang malam tanda terlalu banyak kali terjaga.

Memang bukan perkara mudah untuk buat mereka tidur lena sepanjang malam. Tetapi ternyata ia tidak mustahil kerana sudah ada yang berjaya melakukannya.

Apa yang penting anda perlu rajin mencuba kerana tidak semua bayi akan boleh serasi dengan cara pada bayi yang lain. Anda perlu cuba hingga berjaya dan boleh buat anda juga tidur nyenyak di waktu malam.

Bayi tidur terus sepanjang malam

Bayi Tidur Terus

Kredit: 9 bulan 10 hari

Memang tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang rasa sangat struggle untuk buatkan anak mereka tidur lena pada waktu malam. Apatah lagi bila sudah penat bekerja, anak pula tak mahu tidur. Stres juga jadinya. 

Bayi akan lebih banyak tidur pada waktu siang. Manakala pada waktu malam, dia akan berjaga seketika untuk minum susu. Bayi yang baru lahir sebenarnya tidak dapat membezakan siang atau malam.

Tidur adalah perkara yang penting dalam perkembangan diri seseorang anak sama ada daripada segi fizikal, mental dan emosi. Semasa anak tidur lena, proses self healing berlaku. Ketika ini juga memori yang dilalui pada setiap hari senang terbentuk dan tersimpan rapi.

Bayi menangis kerana nak release tension

Kebanyakan bayi baru lahir akan selalu menangis dan merengek. Menangis adalah salah satu cara bayi untuk release tension. Orang dewasa stres atau tak boleh tidur akan menyibukkan diri buat kerja rumah seperti membaca, mengemas dapur dan bersenam. Ini kerana hormon cortisol (stres) berada di paras tinggi.

Namun, tidak bagi bayi, semasa mereka menangis dan meragam sebenarnya untuk menurunkan kadar hormon cortisol dalam badan. Bagaimana hormon ini terhasil dalam badan bayi?

Ia terjada apabila ‘alarm’ tidur bayi dah tiba, namun ibu cuba menahan bayi supaya untuk tidak tidur pada waktu itu. Mungkin ibu belum bersedia untuk tidur bersama bayi.

Jadi, sistem badan akan memberi signal ‘kecemasan’ dengan mengeluarkan hormon cortisol untuk badan kekal sedar. Itu yang akan membuatkan bayi over tired sehingga tidak dapat tidur.

Disebabkan hormon cortisol tinggi, maka hormon melatonin yang membantu manusia untuk tidur akan rendah. Jadi, ia logik jika manusia yang stres akan susah tidur.

Tips bayi tidur terus, lena waktu malam

Jom kami kongsikan tips kepada anda yang ada masalah bayi tidak mahu tidur malam. Ini antara perkara yang boleh anda buat:

#1. Bedung

Bayi Tidur Terus

Bayi baru lahir sehingga 3 bulan wajib berbedung. Bukan untuk elak sejuk. Tapi untuk bayi itu rasa ‘kemas’ dan dipeluk seperti dalam rahim.

Jadi anda perlu bedungkan mereka. Tidak perlulah terlalu ketat, cukup untuk buat bayi rasa dipeluk dan selamat. 

#2. Pacifier, puting tiruan

Ibu boleh perkenalkan puting tiruan jika bayi susah tidur. Ibu ayah perlu tahu untuk menenangkan bayi dan memudahkannya tidur adalah dengan menghisap jari.

Untuk bayi baru lahir, mereka tidak berupaya untuk menggerakkan tangan ke mulut. Jadi, ibu boleh sediakan puting tiruan sementara bayi pandai masukkan jari ke mulut.

#3. White noise

Bayi Tidur Terus

Ibu disarankan menggunakan bunyi yang hampir sama dalam alam rahim. Contohnya bunyi aliran sungai, ombak dan wajib dipasang sepanjang malam. Ataupun paling mudah, buat ‘shusshhh’ dengan suara yang kuat.

Ramai yang salah anggap bayi perlu tidur dalam keadaan sunyi sepi. Tidak sebenarnya, anda boleh perkenalkan bunyi white noise pada anak kerana ia adalah lebih kurang sama seperti bunyi dalam perut ibu semasa mereka dalam kandungan. 

#4. Ayunan

Ayunan. Ia tidaklah semestinya bermaksud masukkan dalam buaian. Namun, ia adalah bagaimana ibu mendodoikan anak. Ada pelbagai jenis ayunan di pasaran.

Ada yang jenis ke kiri dan ke kanan dan sebagainya. Apa yang pasti ibu ayah itu sendiri perlu tahu tabiat tidur anak mereka supaya boleh baca pattern tidur anak itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Baca juga: Posisi Bayi Tidur Yang Selamat Adalah Secara Melentang, Bukan Mengiring@ Meniarap!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 4 Rahsia Buat Bayi Tidur Terus, Lena Sepanjang Malam, Ibu Tak Perlu Bangun Banyak Kali
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham