Sejarah Hari Ibu Atau Mother's Day Yang Disambut Pada 12 Mei Setiap Tahun

Sejarah Hari Ibu dikatakan bermula sebagai salah salah satu cara menentang peperangan dan menyebarkan keamanan dalam kalangan masyarakat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tahun pada tarikh 8 Mei, seluruh negara akan menyambut sejarah Hari Ibu. Sejak semalam ramai yang memuat naik foto dan video bersama ibu tercinta sebagai tanda penghargaan buat mereka.

Insan bergelar ibu tiada galang gantinya. Ibu mengandung, melahirkan dan menjaga kita tanpa mengira penat lelah. Ada yang memberikan hadiah simbolik kepada ibu, ada juga yang membawa insan mulia itu keluar makan.

Sejarah Hari Ibu Bermula Untuk Menyebarkan Keamanan

Walau bagaimanapun, apakah kisah di sebalik sambutan tersebut?

Rupa-rupanya ia dikatakan wujud sebagai kempen menentang sebuah perang yang sia-sia tetapi kini ia menjadi satu sambutan bersifat komersil.

Ini adalah tujuh fakta mengenai Hari Ibu sepertimana ditulis portal Free Malaysia Today (FMT):

1. Bermula Sebagai Usaha Menentang Peperangan

Dicetuskan oleh seorang aktivis anti perang Amerika, Anna Jarvis. Hari Ibu diisytiharkan sebagai hari cuti rasmi pada 1914 iaitu satu hari istimewa untuk anak-anak meraikan ibu mereka.

Jarvis melihat dirinya sebagai ‘Ibu kepada Hari Ibu’ dan idea kewujudan sambutan itu sudah lama wujud.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, Julia Ward Howe mencadangkan Hari Keamanan Ibu pada 1872 yang bertujuan memupuk perpaduan antara bangsa selepas berlakunya konflik.

Menerusi sambutan itu, wanita sepatutnya berkumpul beramai-ramai sambil berdoa dan menyebarkan keamanan.

Bagaimanapun, cubaan awal untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu itu hanya dilakukan di kalangan aktivis sebelum ia lenyap begitu saja.

2. Pertelingkahan Siapa Pengasasnya

Sebelum Jarvis mencetuskan ideanya, pada 1904 seorang bekas jurulatih bola sepak Notre Dame University, Frank Hering mencadangkan satu hari istimewa untuk memperingati ibu dan jasa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa itu, dia tidak mencadangkan tarikh tertentu dan hanya menyatakan sambutan terbabit boleh dilakukan pada hari Ahad ketika musim luruh.

Jarvis tidak menyukainya dan mengecam Hering secara terbuka sambil menuduhnya ‘menculik’ hari sambutan itu.

Ada segelintir pula berpendapat Jarvis seorang yang ego dan mahu dirinya saja yang mendapat pengiktirafan sebagai pengasas Hari Ibu.

3. Seorang Presiden Cuba Mengeluarkan setem Hari Ibu

Presiden Amerika Syarikat ke-32, Franklin Delano Roosevelt dikatakan sebagai individu yang mereka setem pos Hari Ibu pada 1934.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setem itu sebenarnya bertujuan memberi pengiktirafan kepada seorang artis yang melukis potret ibunya dan lukisan itu turut diselitkan dalam setem terbabit.

Jarvis tidak menyukai setem itu dan menyifatkannya terlalu buruk selain tidak mahu perkataan ‘Hari Ibu’ ditulis dalam setem tersebut.

4. Pengasas Menentang Usaha Mengumpul Dana Sempena Hari Ibu

Satu ketika dulu, Hari Ibu digunakan oleh pertubuhan kebajikan dan beberapa organisasi lain untuk mengutip derma bagi tujuan membantu ibu miskin.

Jarvis turut menentang amalan dan tidak mempercayai niat mereka yang mengendalikan pertubuhan kebajikan berkenaan.

Dia mengesyaki mereka mengutip derma hanya untuk membuat keuntungan bagi diri sendiri.

5. Pengasas Hilang Kewarasan Dan Wang Simpanan

Ketika sektor perniagaan meraih untung daripada Hari Ibu, Jarvis pula menjadi semakin hilang sabar apabila melihatnya sebagai sambutan yang membazir dengan hadiah mahal seperti sambutan Krismas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jarvis berkata, dia lebih rela melihat Hari Ibu dihapuskan berbanding dijadikan sebagai tujuan komersil.

Walaupun disebut sebagai pengasas, dia tidak pernah menerima satu sen pun daripada sambutan Hari Ibu malah hilang semua wangnya dalam usaha mempertahankannya daripada terus dikomersilkan.

Lebih malang sekali apabila dia kemudiannya disahkan mengalami masalah mental dan meninggal dunia dalam keadaan miskin ketika berusia 84 tahun.

6. Sejarah Hari Ibu- Perjuangan sehingga ke mahkamah

Jarvis menganggap Hari Ibu adalah hak miliknya dari segi undang-undang dan mengheret pertubuhan yang menggunakan Hari Ibu, ke mahkamah.

Dia begitu gigih meneruskan tindakan undang-undang dan pernah memfailkan sehingga 30 saman pada satu masa!

7. Pemberian Bunga Sebagai Simbolik

Ibu Jarvis minat kepada Bunga Teluki putih dan dia menggunakan bunga itu sebagai bunga simbolik sambutan Hari Ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia memberi alasan bahawa kelopak bunga itu tidak gugur, umpama pelukan seorang ibu kepada anaknya yang tidak pernah ada penghujung.

Kini, kebanyakan orang tidak mempunyai jenis bunga tertentu untuk meraikan Hari Ibu dan hanya memilihnya mengikut kegemaran sendiri.

Semoga bermanfaat.

FMT

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Anda Berhak Terima Hanya Yang Terbaik! Ini Hadiah Hari Ibu Status Kayangan

Baca juga:  9 filem yang anda boleh tonton dengan ibu anda pada Hari Ibu ini!

Baca juga: Pilihan Hadiah Hari Ibu Istimewa Dari Happy Bunch Malaysia, Mampu Beli Jiwa Isteri

Penulis

sofian