Tidak dinafikan dengan cuaca yang terlalu panas sekarang membuatkan kita berada dalam keadaan tidak selesa dan memerlukan ruang yang sejuk.
Adakalanya sepanjang hari kita ‘berperang’ dengan rasa panas membahang dan adakalanya hujan pula turun sepanjang hari tanpa diduga-duga.
Buat mereka yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk menggunakan penyaman udara di rumah ketika hari panas namun bukan semua orang berkemampuan jadi masing-masing cuba mencari alternatif lain yang lebih murah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Sapiah Mamat yang berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium bubble foil.
Menurutnya, dia tinggal berdekatan dengan laut dan rumahnya pula jenis teres rapat-rapat menyebabkan tidak banyak angin boleh masuk ke rumah kerana tingkap tidak banyak.
Ujarnya, dia hanya membeli aluminium bubble foil di Shopee yang berharga tidak sampai RM300 tetapi sudah boleh membuatkan kediamannya nyaman tidak berbahang.
Katanya juga, aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.
“Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah.
“Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap, dah duduk ‘bersauna’ berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah sahaja,”kongsinya lagi.
Selain itu, antara kaedah lain bagi menjadikan rumah lebih sejuk, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.
Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.
Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.
“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Rumah Terasa Bahang Bila Panas Terik, 6 Tips Ini Bantu Sejukkan Rumah Tanpa Aircond
Baca juga : 7 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda
Baca juga : Tahukah Anda Aircond di Rumah Sebenarnya Tak Selamat & Bahaya Untuk Anak?