Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai, Ini 5 Pesanan Yang WAJIB Anda Ingatkan Kepada Anak

Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai, Ini 5 Pesanan Yang WAJIB Anda Ingatkan Kepada Anak

Kementerian Pendidikan umum sekolah dibuka bermula 15 Julai ini babitkan pelajar Tingkatan 1-4, kelas peralihan dan murid Tahun 5 serta 6 di sekolah rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan sekolah dibuka semula bermula 15 Julai ini membabitkan pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan murid Tahun 5 serta 6 di sekolah rendah.

Menurut Berita Harian, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula adalah pada 22 Julai ini.

Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Sekolah dibuka terpakai kepada semua institusi di bawah KPM

sekolah dibuka

Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Selain itu, semua institusi pendidikan swasta berdaftar dengan KPM juga dibuka mulai 15 Julai ini. 

Jangan tak tahu, sekolah sudah dibuka berperingkat sebelum ini ada juga yang gagal hadir, jadi pihak sekolah perlu segera berhubung dengan waris bagi mengesan pelajar yang tidak hadir ke sekolah selepas sesi persekolahan dibuka.

Persiapan sebelum 'serah' anak ke sekolah

sekolah dibuka

Pasti ada ibu bapa yang risau untuk melepaskan anak ke sekolahkan? Tapi mahu tidak mahu, terpaksa terima kenyataan bahawa hidup perlu diteruskan seperti biasa.

Mereka perlu ke sekolah untuk menuntut ilmu kerana tidak sama pembelajaran dalam talian dengan secara bersemuka di sekolah.

Jadi apa yang ibu bapa boleh buat untuk pastikan anak dijauhi dari jangkitan Covid-19.

#1. Pastikan anak sihat

Ibu bapa perlu pastikan anak anda tiada langsung gejala selesema, batuk, demam dan sebagainya kerana jika ia berjangkit dan melarat bukan saja anak anda susah, semua pihak terlibat. Jadi usah pentingkan diri sendiri, pastikan anak sihat sepenuhnya baru 'lepaskan' mereka ke sekolah.

Gejala Covid-19  yang paling biasa adalah demam, batuk kering, lesu, penat, keletihan manakala yang jarang berlaku adalah sakit-sakit badan, sakit tekak, cirit-birit, konjunkvittis, sakit kepala, kehilangan deria rasa atau bau
ruam pada kulit, atau perubahan warna jari atau jari kaki.

#2. Sediakan mask untuk mereka

Mask boleh dianggap aksesori kini. Beli saja untuk mereka dalam kuantiti yang banyak. Buat stok pun tidak mengapa asal anak dibekalkan dengan pelindung diri yang secukupnya. Ajar mereka terima norma baharu ini.

#3. Pastikan mereka dibekalkan dengan hand sanitizer

sekolah dibuka

Pastikan ibu beli hand sanitizer bersaiz kecil supaya senang dimasukkan ke dalam poket untuk di bawa ke mana-mana. Tidak perlu berkongsi dengan rakan lain, dan gunakan sendiri punya untuk disinfeksi tangan mereka sendiri.

#4. Didik mereka kebersihan paling utama

Pendidikan sebenarnya bermula dari rumah. Kepentingan kebersihan perlu diterapkan sejak kecil dan biar ia jadi darah daging dan habit anak. Ajar mereka cuci tangan dengan cara yang betul. 

#5. Pesan mereka untuk sentiasa amalkan penjarakan sosial

Penjarakan sosial satu meter bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahkan kanak-kanak pun tahu. Jadi sentiasa ingatkan mereka, elak berpeluk dengan rakan atau bersentuhan. Jadikan penjarakan sosial sebagai amalan harian. Tidak mengapa ajar mereka untuk rasa 'geli' dekatkan diri dengan orang lain kerana ia untuk kebaikan mereka juga!

Peranan sekolah musim penularan virus

Penularan virus mungkin memberi cabaran kepada pihak sekolah kerana perlu mengendalikan pelajar yang bukan sedikit!

Ini mungkin waktu mencabar bagi pengurusan sekolah dan guru kerana sekolah adalah tempat yang memiliki bilangan individu yang banyak dalam satu-satu masa.

Jadi bergantung kepada kebijaksanaan sekolah bagaimana mereka boleh uruskan cabaran ini bagi memastikan tiada penularan virus di sekolah. Apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Pastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi
  • Pastikan murid, guru dan yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat
  • Berikan penerangan dan pendidikan berterusan mengenai penularan virus Covid-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dengan sabun, pemakaian hand sanitizer, penggunaan mask apabila perlu dan kepentingan amalan penjarakan sosial
  • Memastikan murid dan guru mematuhi garis panduan ditetapkan
  • Pastikan murid pendapat akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Memantau PdP yang dijalankan dan memberi sokongan sewajarnya kepada guru
  • Buat keputusan untuk menangani isu pengoperasi sekolah berdasarkan garis panduan dikeluarkan Kementerian Pendidikan

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner