TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bilakah Waktu Selamat Buat Seks Dengan Suami Selepas Anda Keguguran? Ini Jawapannya...

4 min bacaan
Bilakah Waktu Selamat Buat Seks Dengan Suami Selepas Anda Keguguran? Ini Jawapannya...

Anda keliru bila ingin lakukan seks dengan suami selepas alami keguguran? Kami kongsikan waktu paling sesuai ini untuk anda mulakannya.

Selepas saja keguguran, pasti anda terfikir bila waktu paling sesuai untuk kembali berhubungan seks dengan suami. Mungkin tak sabar untuk mulakan semula kerana mahu memiliki cahaya mata secepat mungkin.

Tetapi jangan gopoh melakukan seks dengan suami selepas alami keguguran, anda perlu tunggu waktu yang benar-benar sesuai bagi memastikan badan anda bersedia untuk menerima.

Selepas keguguran, memang digalakkan untuk kembali berhubungan seks dengan suami bagi membantu menguatkan emosi, tetapi perlu memastikan beberapa perkara terlebih dulu termasuklah sama ada masih berlaku pendarahan akibat keguguran atau sebaliknya.

Seks dengan suami selepas keguguran? Ini masa yang sesuai

Seks dengan suami

Kredit: cantik tempo

Kembali berhubungan seks dengan suami selepas alami tempoh keguguran memang jadi kebimbangan para isteri untuk kesihatan diri secara fizikal dan mental tetapi pada masa sama bimbang ‘keperluan’ suami.

Doktor juga mungkin akan menasihatkan untuk menunggu beberapa waktu tertentu untuk anda aktif melakukan hubungan seks.

Dalam banyak kes, selamat untuk melakukan hubungan seks selepas pendarahan berkaitan dengan kguguran berhenti yang mana ia biasanya mengambil masa kira-kira dua minggu.

Kenapa perlu tunggu?

Doktor sentiasa menasihati untuk anda tunggu beberapa ketika kerana pada ketika ini serviks anda lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Jika anda tidak berhati-hati ia akan bakal membawa mudarat kepada kesihatan anda secara keseluruhannya. Melakukan hubungan seks akan membuatkan adanya penetrasi zakar ke dalam faraj, jadi potensi untuk terkena jangkitan sangat tinggi sekiranya anda melakukan seks terlalu awal selepas keguguran. 

Disebabkan leher rahim terbuka luas pada ketika ini ia lebih mudah terkena jangkiran dan apabila sudah berhentinya pendarahan berkaitan keguguran potensi untuk terkena jangkiran adalah rendah. 

Doktor juga akan menasihatkan anda untuk elak mengguna tampon selepas seminggu atau dua minggu keguguran juga untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Ketika mengalami pendarahan akibat keguguran sebaiknya anda tidak memasukkan sebarang benda ke dalam faraj bagi mengelak sebarang jangkitan berlaku. 

Mahu hamil segera selepas keguguran?

Seks dengan suami

Kredit: freepik

Jika anda sudah bersedia dan mahu hamil segera selepas keguguran, tiada masalah untuk anda melakukan hubungan seks selepas saja pendarahan berhenti dan anda rasa selesa untuk melakukannya.

Apa yang penting berbincanglah dengan suami anda dan capai kata sepakat supaya masing-masing bersedia dan enjoy melakukan hubungan seks.

Lakukan 4 perkara ini selepas keguguran

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan selepas anda alami keguguran. Ia termasuklah:

#1. Pemakanan sihat

Kebiasaannya, doktor menyarankan pengambilan makanan yang seimbang bagi tanpa mengehadkan sebarang jenis makanan bagi wanita yang mengalami keguguran.

Sediakan makanan berpantang yang boleh disusun mengikut kesesuaian dan banyakkan sayuran serta buah-buahan. Diet yang sihat dan seimbang adalah penting untuk memberi tenaga kepada badan anda selepas mengalami keguguran.

#2. Kebersihan

Kebersihan adalah sangat penting selepas anda mengalami keguguran. Dengan mengekalkan kebersihan, anda boleh mengelakkan jangkitan kuman.

Tukar tuala wanita dengan kerap, elakkan mandi pada waktu malam. Pada waktu ini, anda tidak digalakkan untuk mencuci bahagian sulit anda dengan apa-apa produk bagi mengelakkan jangkitan kuman.

#3. Tidak terlalu aktif

Hadkan aktiviti harian anda. Elakkan melakukan kerja-kerja berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran. Anda boleh kembali bekerja selepas habis tempoh bercuti.

Namun, rujuk doktor dengan segera jika anda mengalami demam yang teruk, pendarahan yang banyak dan berpanjangan atau faraj berbau semasa tempoh berpantang. Anda juga digalakkan untuk melakukan senaman ringan seperti berjalan.

#4. Jaga emosi

Seks dengan suami

Kredit: bukareview

Ada wanita yang menyalahkan dirinya akibat keguguran. Jadi ketika ini sokongan ahli keluarga dan suami amat penting untuk memahami emosi wanita yang baru keguguran. 

Pada saat ini mereka amat memerlukan sokongan dan perhatian terutama daripada suami. Bercakaplah dengan seseorang dan luahkan perasaan anda. Jika kemurungan berterusan, anda boleh rujuk pada doktor atau pakar kaunseling.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus, drafare

Baca juga: Keguguran: Punca dan tanda-tanda keguguran yang anda patut tahu

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Bilakah Waktu Selamat Buat Seks Dengan Suami Selepas Anda Keguguran? Ini Jawapannya...
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham