Selepas melahirkan anak, anda pasti sibuk dengan urusan menjaga dan menguruskan bayi yang baru lahir. Tapi, ada seperkara lagi yang penting dan selalu kita “buat-buat lupa” – seks selepas habis pantang.
Kaji selidik: 1000 wanita bercakap mengenai seks selepas bersalin dan seks selepas habis pantang.
Satu survey ibu-ibu milenium di aplikasi Peanut menunjukkan bahawa 72% daripada mereka mengaku mereka takut rasa sakit ketika melakukan hubungan seks selepas bersalin.
24.4% daripada mereka merasa tak selesa dengan tubuh mereka selepas bersalin.
Kaji selidik ini melibatkan 1,000 wanita berusia di antara 22-37 tahun. Hasil kaji selidik ini mendapati, alasan utama mereka tak mahu melakukan hubungan seks adalah kerana mereka keletihan.
Baca juga: Baru Lepas Bersalin Caesarean? Ini Cara Nak Kembali Aktif Di Ranjang Tanpa Rasa Sakit!
Seramai 61% dari mereka mahu membuat hubungan seks dengan lebih selepas mendapat tidur yang cukup.
Dari 1,000 wanita, 25% mengatakan mereka hanya melakukan seks sekali seminggu, 30% melalukan seks 2-3 kali seminggu dan hanya 9% melakukan hubungan seks lebih tiga kali seminggu.
12.8% yang lain pula melakukan hubungan seks sebulan sekali.
Perbezaan ini bergantung kepada keadaan setiap wanita – bagaimana mereka menghadapi kehidupan selepas menjadi ibu dan sama ada keghairahan mereka terhadap seks akan kembali dalam waktu cepat atau lambat.
Kaji selidik ini juga mendedahkan 37.7% ibu melakukan seks pertama selepas bersalin dalam masa tiga bulan dan 52% melakukan hubungan seks selepas mendapat keizinan dari doktor.
Sudah tentu seks pertama selepas bersalin bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Lebih dari 61% ibu yang terlibat dalam kaji selidik ini mengaku yang mereka nervous untuk melakukan seks pertama selepas bersalin.
Kenapa seks selepas bersalin sakit?
Dr. Jen Gunter, OB-GYN, menerangkan ini tiga sebab kenapa wanita rasa sakit semasa melakukan seks selepas bersalin:
- Paras estrogen pada vagina rendah
- Bekas luka bersalin (terutaman jika ada koyakan (episiotomi))
- Otot yang kejang selepas bersalin atau lantai pelvik mengetat
Untuk mengatasi masalah ini, Dr. Jen menyarankan agar anda melakukan terapi fizikal dan berbincang dengan doktor jika anda mengalami kesakitan semasa melakukan seks selepas bersalin.
“Anda tak sepatutnya merasa sakit semasa membuat hubungan seks. Jika anda rasa sakit, ini bermakna tubuh anda sedang beritahu yang anda mempunyai masalah kesihatan.
Jika anda dah melebihi 6-8 minggu selepas bersalin, dan masih rasa sakit semasa melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.” Kata Jen.
Tip menghadapi rasa sakit ketika seks selepas bersalin
- Minta suami untuk bersabar dan membantu anda untuk merasa tenang kerana anda mungkin belum bersedia untuk melakukan hubungan seks. Lebih-lebih lagi selepas bersalin normal.
- Mula secara berperingkat kerana anda belum pulih sepenuhnya atau mungkin mengalami trauma.
- Jangan terlalu ghairah.
- Lakukan senaman untuk menguatkan organ intim anda seperti yoga, senaman kegel atau melakukan terapi organ wanita.
Sekarang anda tahu yang ramai wanita lain turut merasa takut untuk bersama selepas bersalin. Jadi, mula dengan perlahan-lahan ya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau