Sesetengah ibu baru mungkin akan rasa keberatan untuk bersetubuh selepas pantang kerana takut seks selepas bersalin normal ini akan rasa sakit dan tidak selesa. Jadi cara bersetubuh lepas pantang yang selamat dan kurang menyakitkan mungkin membantu anda.
Antara sebab-sebab lain mengapa ramai ibu baru ingin tahu pengalaman pertama bersama suami selepas bersalin adalah kerana masalah libido yang rendah, faraj kering, jahitan episiotomi yang lambat sembuh dan trauma pada dinding pelvis selepas bersalin normal yang boleh menyebabkan seks menyakitkan.
Tapi bilakah masa yang selamat untuk mula bersetubuh selepas pantang lagi-lagi jika bersalin normal?
Isi Kandungan
Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Bila Waktu Selamat
Kehamilan dan bersalin banyak mengubah sistem badan badan anda, serta kehidupan seks anda.
Perubahan hormon selepas bersalin mungkin menjadikan tisu faraj lebih nipis dan lebih sensitif. Faraj, rahim dan serviks anda perlu kembali kepada saiz normal juga dan jika anda menyusu ia boleh menurunkan libido.
Pendek kata, badan anda memerlukan sedikit masa selepas bersalin.
Tiada garis masa pasti yang menyatakan berapa lama anda perlu menunggu untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor mengesyorkan wanita menunggu empat hingga enam minggu selepas bersalin secara normal.
Sebenarnya, semua ibu baru sudah boleh mula berintim dengan suami seawal satu bulan selepas bersalin normal, kecuali dilarang oleh pakar anda. Masa pemulihan untuk ibu-ibu caeser pula adalah lebih lama.
Namun mengikut cara berpantang selepas bersalin atau cara berpantang selepas bersalin czer ada yang mengesyorkan supaya sekurang-kurangnya berpantang bersama suami selama 100 hari bagi mengelakkan risiko kesakitan di jahitan.
Selepas doktor anda memberi anda semua yang jelas untuk meneruskan aktiviti seksual, anda mungkin masih perlu menunggu lebih lagi.
Anda harus ingat, selain pemulihan fizikal, anda juga akan menyesuaikan diri dengan ahli keluarga baharu, kurang tidur dan perubahan dalam rutin biasa anda.
Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Posisi Selamat
1. Bersetubuh selepas pantang dengan gaya spooning
Seks selepas bersalin dengan gaya ini memerlukan anda dalam kedudukan berbaring dengan pasangan yang sedang memeluk dari belakang.
Kedudukan mengiring ini menghasilkan penetrasi yang lebih cetek dan tidak terlalu dalam supaya seks selepas bersalin lebih menyeronokkan dan tidak terlalu sakit.
2. Gaya berdiri atau seks dalam bilik mandi
Sesetengah pasangan mungkin tidak memilih seks dalam bilik mandi berbanding seks di ranjang disebabkan keadaan yang kurang selesa.
Walaupun ia nampak senang dan seksi seperti dalam wayang, seks dalam bilik mandi atau gaya berdiri bukan untuk semua orang. Tapi ini sebenarnya posisi seks selepas bersalin normal yang sesuai untuk ibu bapa baru.
Laraskan suhu air mandi supaya ia suam untuk meningkatkan pelinciran dan supaya si isteri lebih rileks.
Pakar turut mengesyorkan pasangan mencuba posisi ‘Doggy-style’, tetapi menurut Romper, pasangan juga boleh bertukar-tukar posisi sesuka hati.
3. CAT (Coital Alignment technique)
Posisi ini sama seperti gaya missionary tetapi lebih memberi tumpuan kepada klitoris si isteri. Menurut Men’s Health, posisi ini bukan untuk suami boleh mendayung dengan cepat atau dalam.
Selepas penetrasi, si isteri perlu tutupkan kedua-dua kaki dan si suami pula dengan kaki terbuka. Biarpun penetrasi posisi ini cetek, ia menjanjikan kedua-dua pasangan akan rasa puas melakukan seks selepas bersalin.
4. Bersetubuh selepas pantang dengan gaya isteri di atas
Apabila isteri di atas, ini membolehkan si isteri untuk mengawal dayungan dari atas: laju atau lambat, dalam ataupun cetek.
Posisi ini juga mengurangkan tekanan kepada bahagian pelvis supaya seks selepas bersalin kurang sakit dan lebih puas untuk si isteri. Barulah si isteri tidak fobia untuk melakukan seks selepas bersalin ini!
5. Gaya Sideways 69
Posisi ini adalah sejenis variasi gaya 69 di mana kedua-dua pasangan sedang berbaring tepi dan melakukan seks oral dengan perlahan-lahan.
Sama seperti posisi di atas, gaya sideways 69 juga mengurangkan tekanan pada bahagian pelvis si isteri dan tidak banyak mengunakan tenaga.
6. Gaya missionary dengan bantuan bantal
Posisi ini mungkin posisi yang paling popular dan pilihan ramai pasangan kerana mereka sudah biasa dengan posisi ini. Perbezaannya cuma menambahkan bantal sokongan di bawah punggung mengikut keselesaan si isteri.
Adakah Cara Bersetubuh Selepas Pantang Keguguran Sama Seperti Selepas Bersalin?
Cara berpantang keguguran lebih kurang sama dengan cara berpantang bersalin biasa. Jadi posisi seks juga tiada yang berlainan jika anda sudah melepasi tempoh berpantang dan anda sudah kembali pulih seperti sediakala.
Cuma mungkin jika emosi anda masih terganggu, berterus teranglah dengan suami anda supaya dia tahu duduk perkara sebenar dan anda masih belum bersedia. Jika sudah bersedia dan keadaan anda juga semakin pulih tiada masalah untuk anda melakukan hubungan intim seperti biasa bersama suami.
Risiko Bersetubuh Sebelum Pulih
Anda mungkin perlu menunggu lebih lama jika anda mengalami koyakan perineum atau episiotomi. Episiotomi ialah pembedahan untuk melebarkan saluran faraj.
Kembali kepada hubungan seks terlalu awal boleh meningkatkan risiko komplikasi anda, seperti pendarahan selepas bersalin dan jangkitan rahim.
Anda boleh mempunyai kehidupan seks yang sihat dan memuaskan selepas kehamilan. Petua ini mungkin membantu:
- Perlahan-lahan. Pada minggu-minggu pertama selepas anda dibenarkan melakukan hubungan seks, badan anda mungkin tidak bersedia. Cuba aktiviti intim untuk memanaskan semula hubungan seks, seperti urutan.
- Tingkatkan foreplay. Berikan faraj anda masa untuk menghasilkan pelinciran semula jadinya sendiri. Lakukan foreplayatau libatkan diri dalam aktiviti lain sebelum seks penetrasi.
- Gunakan pelincir. Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan dengan pelinciran semasa hormon mahu kembali normal semula. Cari pilihan berasaskan air. Pelincir berasaskan minyak boleh merosakkan kondom dan merengsakan tisu sensitif.
- Amalkan senaman kegel. Senaman kegel membantu membina semula otot lantai pelvis. Ini boleh membantu dengan isu biasa selepas bersalin, seperti inkontinensia. Melatih otot juga boleh membantu anda mendapatkan semula kekuatan dan sensasi dalam faraj anda.
- Luangkan masa untuk seks. Dengan bayi baru di rumah, anda dan pasangan anda mungkin tidak mempunyai banyak masa. Letakkan masa pada kalendar anda untuk bersama. Dengan cara ini, anda tidak akan tergesa-gesa atau cemas.
- Bercakap dengan pasangan anda. Seks selepas bersalin adalah berbeza. Berbeza boleh menjadi menyeronokkan dan mengujakan, tetapi anda harus mengekalkan dialog terbuka dengan pasangan anda tentang apa yang dirasakan baik dan apa yang tidak. Ini akan membantu anda menikmati seks semula dan memastikan anda tidak mengalami sebarang kesakitan yang tidak perlu.
Pasangan suami isteri tidak boleh terburu-buru untuk memulakan seks selepas bersalin untuk mengurangkan luka episiotomi dari terbuka. Jangan lupa untuk menggoda si isteri dengan perlahan-lahan dan gunakan pelincir jika perlu sebelum penetrasi.
Jangan lupa kata-kata sayang and pujian, kerana isteri anda mungkin masih rasa kurang yakin dengan bentuk badannya selepas bersalin. Semoga artikel mengenai cara bersetubuh selepas bersalin ini membantu anda dan pasangan mendapat kehidupan seks yang lebih bermakna selepas mempunyai cahaya mata!
Selamat mencuba!
- healthline (n.d) What to Expect from Sex After Giving Birth www.healthline.com/health/pregnancy/sex-after-birth
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines
Baca juga: 72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin – Adakah Anda Juga?
Baca juga: Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya
Baca juga: “Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia…”