Seks Selepas Bersalin: Bila Boleh Bersama Suami, Posisi Seks Yang Selesa & Persediaan

lead image

Seks selepas bersalin atau sex post pregnancy membuatkan ramai ibu berasa takut dan trauma akibat pengalaman bersalin yang dihadapi

Selepas bersalin, wanita akan melalui banyak perubahan fizikal, emosi bahkan rutin harian. Selain sibuk menguruskan bayi baru lahir, perkara yang tidak boleh anda abaikan adalah memenuhi keperluan batin suami. Namun ramai ibu mengakui mereka berasa takut untuk melakukan seks selepas bersalin.

Hal ini kerana proses melahirkan bayi adalah kesakitan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jahitan luka bersalin membuatkan ibu berasa ngilu dan pedih. Kalau boleh mesti anda tidak mahu ingat kembali sakit bersalin, kan?

Bila Boleh Buat Seks Selepas Bersalin?

Sebenarnya, tiada tempoh tetap bagi ibu selepas bersalin untuk memulakan semula hubungan intim bersama suami.

Apa yang penting, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, termasuk memberi masa kepada rahim untuk pulih sepenuhnya selepas bersalin.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipastikan sebelum memulakan hubungan seks selepas bersalin:

  1. Bersih daripada nifas. Dalam Islam, adalah haram untuk melakukan hubungan intim semasa isteri masih dalam keadaan nifas. Oleh itu, pastikan darah nifas telah berhenti sepenuhnya.
  2. Luka bersalin telah sembuh. Tradisi berpantang dalam budaya Melayu sering menasihatkan ibu untuk menunggu sehingga 100 hari sebelum melakukan hubungan intim. Ini bertujuan memastikan luka bersalin sembuh sepenuhnya.

Setelah kedua-dua perkara ini dipenuhi, anda boleh mempertimbangkan untuk bersama suami, bergantung kepada kesediaan anda berdua.

Namun, jika anda masih belum bersedia, penting untuk berterus terang dengan suami mengenai perasaan anda.

Hal ini kerana ramai ibu selepas bersalin, walaupun sudah tamat tempoh berpantang, mungkin masih belum mempunyai keinginan untuk kembali bersama suami. Antara sebabnya adalah keletihan akibat menjaga bayi dan rasa kurang selesa untuk melakukan hubungan intim.

Tips Selesa ‘Bersama’ Suami Selepas Bersalin

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda merasa lebih selesa ketika ingin seks selepas bersalin:

1. Pastikan Badan Benar-Benar Pulih

Berikan masa untuk tubuh anda sembuh sepenuhnya, terutamanya jika anda mengalami luka bersalin seperti episiotomi atau pembedahan cesarean. Jangan tergesa-gesa, dan pastikan anda mendapat lampu hijau daripada doktor.

2. Pilih Waktu Yang Sesuai

Cari waktu yang tenang, apabila bayi sudah tidur dan anda tidak terlalu letih. Keadaan yang santai akan membantu anda lebih fokus dan selesa.

3. Gunakan Pelincir Jika Perlu

Selepas bersalin, hormon boleh menyebabkan kekeringan pada faraj. Penggunaan pelincir yang sesuai boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa hubungan intim.

4. Dapatkan Sokongan 

Berbincang secara terbuka dengan suami tentang perasaan dan kebimbangan anda. Jika anda merasa kurang yakin atau tidak selesa, suami anda perlu tahu supaya dia boleh memberi sokongan dan memahami situasi anda.

5. Mula Dengan Perlahan-Lahan

Jangan terburu-buru. Mulakan dengan sentuhan lembut dan mesra untuk membina semula keintiman secara perlahan. Ini dapat membantu anda merasa lebih relaks dan yakin.

6. Amalkan Senaman Kegel

Senaman Kegel boleh membantu menguatkan otot lantai pelvik yang mungkin lemah selepas bersalin. Otot yang lebih kuat dapat meningkatkan keselesaan semasa hubungan intim.

7. Utamakan Keselesaan Anda

Pilih posisi yang tidak memberikan tekanan pada bahagian luka atau yang membuat anda merasa tidak selesa. Cuba posisi yang membolehkan anda mengawal pergerakan.

Pantang Bersama Suami Selepas Bersalin Dalam Islam

Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari.

Seks Selepas Bersalin Pembedahan

Menurut American Academy of Obstetrics and Gynecology, anda tidak boleh meletakkan apa-apa di dalam faraj atau melakukan hubungan seks selama beberapa minggu selepas C-section.

Laman Banner Health memetik kenyataan oleh David Puls mengatakan bahawa kebanyakan doktor akan memberi lampu hijau untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks selepas 6 minggu bersalin.

“Secara amnya, tempoh pantang bersama suami selepas bersalin ini bertujuan untuk membersihkan rahim dan mengurangkan risiko jangkitan pada luka bersalin czer,” kata Dr Puls.

Kenapa Seks Selepas Bersalin Sakit?

Hubungan seks selepas bersalin sakit dikenali sebagai dyspareunia. Kadang-kala ia boleh berlaku beberapa minggu selepas bersalin.

Kira-kira 50% wanita mungkin akan merasakan sakit ini. Ini kerana badan anda telah bekerja keras sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran. 

Seks selepas bersalin sakit terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:

  • Penyembuhan luka: Semasa bersalin, wanita mungkin koyak perineum atau menjalani episiotomi (hirisan) untuk membantu bayi keluar. Penyembuhan luka ini mengambil masa, dan jika luka belum sembuh sepenuhnya, hubungan seksual boleh menjadi sangat tidak selesa atau menyakitkan.
  • Kekeringan faraj: Perubahan hormon semasa hamil dan selepas bersalin boleh menyebabkan penurunan tahap estrogen dalam badan, yang boleh menyebabkan kekeringan faraj. Kekeringan ini boleh menyebabkan geseran dan ketidakselesaan semasa hubungan seksual.
  • Kekurangan estrogen: Kekurangan estrogen, terutamanya semasa penyusuan, boleh menyebabkan penipisan dinding faraj, yang boleh menyebabkan hubungan seks selepas bersalin menjadi sakit.
  • Pengecutan rahim: Selepas bersalin, rahim perlu pulih dan kembali ke saiz normal. Apabila rahim mengecut atau cuba kembali ke kedudukan asal, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan semasa hubungan seksual.
  • Kebimbangan atau tekanan: Kadangkala, perasaan kebimbangan atau tekanan yang berkaitan dengan hubungan seks selepas bersalin boleh menyebabkan penembusan terasa lebih sukar dan menyakitkan.

Berikut beberapa tips bagi mengurangkan rasa sakit ketika seks selepas bersalin:

  1. Lakukan senaman kegel: Senaman kegel membantu menguatkan semula otot lantai pelvis anda. Ia membantu otot anda memperolehi semula kekuatan dan rasa sensasi pada vagina anda.

  2. Tingkatkan foreplay: Tingkatkan masa foreplay sebelum main dengan isteri selepas pantang. Ini membolehkan faraj wanita untuk menghasilkan pelincirnya sendiri. Memanjangkan masa foreplay, atau terlibat dengan aktiviti lain sebelum melakukan penembusan ke faraj isteri.

  3. Cuba posisi baru: Cuba memanaskan semula hubungan intim dengan pasangan dengan mencuba perkara yang baru. Lakukan urutan mesra yang menenangkan sebelum melakukan seks. Selain itu anda juga boleh cuba melakukan hubungan intim di tempat lain selain daripada bilik tidur seperti melakukan di sofa di ruang tamu.

Nafsu Seks Menurun Selepas Bersalin

Nafsu seks menurun selepas bersalin adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Berikut beberapa perkara yang menyebabkan keadaan ini terjadi:

  1. Perubahan hormon: Kehamilan dan bersalin menjejaskan tahap hormon dalam badan, terutamanya estrogen dan progesteron. Penurunan hormon ini boleh menjejaskan keinginan seksual.
  2. Keletihan: Menjadi ibu bapa baharu memerlukan banyak usaha dan kurang tidur. Keletihan yang berpanjangan boleh menyebabkan penurunan nafsu seks.
  3. Ketidakselesaan atau kesakitan: Jika anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual selepas bersalin, ini mungkin menyebabkan anda keberatan untuk melakukan aktiviti seksual.
  4. Perubahan badan: Sesetengah wanita mungkin berasa tidak selesa dengan perubahan fizikal yang berlaku pada badan mereka selepas bersalin. Kurang keyakinan diri ini boleh menjejaskan keinginan seksual.
  5. Tekanan dan kebimbangan: Menjaga bayi baru lahir dan menyesuaikan diri dengan peranan ibu bapa boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan, yang boleh menjejaskan keinginan bersama suami selepas bersalin.
  6. Perubahan emosi: Sesetengah wanita mungkin mengalami perubahan emosi selepas bersalin, termasuk perasaan cemas, kemurungan selepas bersalin atau perasaan tidak stabil. Ia juga boleh menjejaskan keinginan seksual.

Posisi Seks Lepas Bersalin

Posisi seks selepas bersalin dapat memberikan pengalaman yang membahagiakan. Pilihan posisi adalah bergantung pada keselesaan anda dan pasangan.

Berikut beberapa posisi seks selepas melahirkan yang menjadi pilihan kebanyakan pasangan suami isteri:

  1. Posisi Spooning: Dalam posisi ini, anda dan pasangan berbaring berdampingan, seperti sendok, dengan pasangan di belakang. Ini adalah posisi yang santai dan dapat mengurangkan tekanan pada perut dan perineum.

  2. Posisi Woman on Top: Dalam posisi ini, anda berada di atas pasangan. Ini memberi Anda kawalan penuh pada kedalaman penetrasi dan membantu mengurangkan tekanan berlebihan pada perut.

  3. Posisi Lying Side by Side: Dalam posisi ini, anda dan pasangan berbaring berdampingan di sisi satu sama lain. Ia mirip dengan posisi spooning dan dapat menjadi pilihan yang nyaman.

  4. Doggy Style Posisi Termodifikasi: Anda berlutut di atas tempat tidur dengan bantuan bantal atau tumpukan bantal untuk mendukung tubuh Anda. Suami berdiri di belakang untuk penetrasi. Posisi seks ini dapat mengurangkan tekanan pada perut dan perineum.

  5. Posisi Pada Sisi Anda: Anda berbaring secara mengiring, dan pasangan melakukan penetrasi dari belakang atau dari depan, tergantung pada keselesaan anda.

  6. Posisi Woman on Top Terbalik: Dalam posisi seks ini, anda berada di atas pasangan, tetapi menghadap ke arah kaki suami. 

Kesimpulannya, proses pemulihan selepas bersalin bagi setiap wanita boleh berbeza-beza. Perkara yang paling penting ialah mendengar badan anda, bercakap dengan pasangan, dan dapatkan sokongan perubatan jika perlu. Anda dan pasangan hendaklah berbincang bagi memastikan pengalaman seks selepas bersalin yang positif.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berapa Kerap Hubungan Intim Suami Isteri Yang Normal? Ini Jawapan Doktor

Baca juga: Betulkah 9 Perkara Ini Yang Isteri Mahukan Ketika Berasmara? Cuba Tanya Isteri Anda

Baca juga:  Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?