Kembalikan keintiman selepas bersalin

lead image

Adakah anda merasa sukar untuk memulakan hubungan kelamin selepas anda atau isteri bersalin? Ketahui mengapa perasaan ini normal dan dapatkan beberapa tip untuk mengembalikan keintiman suami isteri.

shutterstock 118141561rotate Kembalikan keintiman selepas bersalin

Baca tip-tip untuk kembalikan keintiman selepas bersalin

“Ermm … abang! Abang rasa Qila masih macam dulu tak?” tanya Aqilah perlahan.

Luqman meletakkan suratkhabar yang dihadapnya. Dipandangnya Aqilah dengan senyuman.

“Mestilah tak!” ujar Luqman sambil mendekat.

“Sekarang, Qila makin comel. Dan abang tetap sayang Qila macam dulu jugak!” Luqman menyentuh manja bibir isterinya yang mula memuncung.

Aqilah tersenyum malu dengan usikan Luqman, namun dalam hati dia masih ragu-ragu.

Selepas bersalin

Selepas bersalin, tubuh memang perlukan rehat untuk pulih seperti sedia kala. Usar gusar jika anda tiada keinginan kepada keintiman seperti sebelumnya. Antara faktor emosi, fizikal dan logistik yang mengakibatkan keadaan ini termasuk:

Hormon – kadar hormon estrogen atau progesteron pada pasangan yang menurun dalam minggu pertama kelahiran boleh menyebabkan keinginan seksual merundum. Ia juga mengurangkan rembesan pada faraj dan menyebabkannya kering. Akibatnya faraj menjadi lebih sensitif kepada rasa sakit.

Bentuk – ibu mungkin tidak berasa yakin dengan bentuk badan selepas bersalin sehinggalah berjaya mengurangkan berat.

Takut – pasangan suami isteri berasa takut untuk bersama kerana bimbang terhadap apa yang mungkin terjadi kepada faraj seperti terkoyak dan kesakitan yang melampau.

Perhatian – ibu mungkin sukar untuk rasa tenang atau berhenti memikirkan tentang bayi bagi satu masa yang cukup panjang untuk memenuhi keinginan seksual, terutama jika bayi tidur sebilik.

Keletihan – agak sukar untuk merasa romantis jika suami isteri sentiasa keletihan, terutama dalam bulan-bulan terawal kelahiran. Bayi yang sentiasa memerlukan perhatian menyebabkan pasangan suami isteri jarang dapat meluangkan masa dengan intim bersama-sama tanpa gangguan.

Jika tanda-tanda ini ada pada anda dan pasangan, berbincanglah tentangnya. Ini dapat mengelakkan perasaan diri tidak menarik, rasa terabai dan tersinggung. Ia juga penting jika ibu merasakan dirinya masih belum bersedia tatkala pasangan berhajat.

a2 Kembalikan keintiman selepas bersalin

Bila lagi?

Apa yang normal sebenarnya bergantung kepada ibu dan pasangan.

Bagi ibu yang menjalani episiotomy, dicadangkan supaya tidak melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya sehingga 4 atau 6 minggu berlalu. Bagi ibu-ibu yang melahirkan secara C-section pula, mereka mungkin dapat bersama pasangan lebih cepat berbanding ibu-ibu yang melahirkan secara normal.

Secara ringkasnya, yang terbaik adalah apa yang dirasakan betul bagi pasangan suami isteri secara mutual. Keintiman juga bukanlah semata-mata hubungan seksual tetapi melibatkan komunikasi, kejujuran dan belas kasihan, terutama pada waktu yang sangat berharga seperti kelahiran zuriat.

Tip mengembalikan keyakinan dan keintiman

Jaga diri – jika berat badan menyebabkan anda rasa kurang yakin, ambil masa untuk makan dengan sihat dan bersenam ringan. Keyakinan diri adalah kunci kepada rasa seksi.

Teruskan menggoda – sama ada melalui email, perbualan telefon atau gurau senda semasa melayan bayi, saling menggoda dapat membantu meningkatkan mood keintiman dan memudahkan apabila masanya tiba untuk bersama.

Temujanji di rumah – mungkin tiada lagi masa untuk keluar makan atau bersiar-siar berdua. Namun anda tentu sekali boleh lakukan sesuatu yang istimewa di rumah seperti mencuba resepi baru bersama-sama.

Cara lain – sementara menunggu masa yang sesuai, anda tentu sekali boleh menyatakan cinta dalam bentuk yang lain. Urutan, dakapan, belaian dan semudah berpegangan tangan adalah antara cara mengekalkan keintiman.

Saling membantu – pastikan anda dan pasangan saling membantu dalam menguruskan bayi. Anda pasti teruja bilamana mendapati keintiman dan mood dapat ditingkatkan dengan cara ini.

Mandi bersama – apabila bayi telah tidur, luangkan masa untuk mandi bersama. Ia sesuatu yang anda perlu lakukan, jadi apa kata ambil pelung ini untuk meningkatkan mood keintiman.

Komunikasi – dalam apa jua situasi, komunikasi adalah elemen terpenting bagi menjayakan satu-satu hubungan. Jika komunikasi secara terbuka dan jujur telah bermula sebelum bayi dilahirkan, akan lebih mudah untuk menyatakan kekecewaan, jangkaan, harapan dan keinginan selepas bersalin.

Dengan sedikit kesabaran, kreativiti dan saling memahami, perasaan cinta dan romantis akan kembali semula. Mungkin juga dengan satu ikatan yang lebih kukuh dan lebih baik. Berikan sedikit kesungguhan untuk mengembalikan keintiman kerana tentunya ia berbaloi!

aa2 Kembalikan keintiman selepas bersalin

BERKAIT: Sex after pregnancy

Childbirth aftermath – Get back in shape

Penjagaan luka bersalin

Rujukan:

Intimacy after childbirth
Revitalizing intimacy after baby makes three
Sex after pregnancy
Love, sex and romance: Is there hope after birth?
Sex after birth

Bagaimanakah pengalaman anda mengembalikan keintiman selepas bersalin? Kongiskannya di ruangan komen di bawah 🙂