Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Dia Kurangkan Selulit Perut Selepas Melahirkan Anak - Mudah Sahaja Rupanya!

Sekiranya anda ada selulit perut, jangan bimbang kerana ia boleh dicegah dengan cukup mudah. Pokok pangkalnya ibu harus berdisiplin menjaga pola pemakanan seharian!

Lumrah selepas bersalin, tubuh ibu akan mengembang kerana urat dan kulit ketika mengandung naik satu atau dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Sebab itu, kulit akan mengalami pecah-pecah yang dipanggil selulit perut atau stretchmarks.

Terpanggil untuk menceritakan pengalamannya, seorang wanita telah berkongsi rasa takut bila tubuhnya dipenuhi selulit dan beliau sudi berkongsi cara mengatasinya.

Jom kita selami perasaan ibu ini. 

Dilema bila tubuh naik selulit perut, saya mula panik!

Kredit: insider.com

Jika dulu tubuh cukup menggiurkan, kecil halus dan putih bersih.

Tapi selepas bersalin, tubuh akan sedikit kusam, menggelebeh dan paling tak tahan selulit tiba-tiba mula munculkan diri!

Namun, bila tahu diri hamil, saya sangat gembira dan teruja walaupun morning sickness asyik mengganggu urusan. Kemudian, tubuh perlahan-lahan ‘membesar’.

Bahkan, bukan perut saja mengembang. Paha dan payudara juga turut sama naik!

Saya mula bimbang. Apakah saya dapat kembalikan semula bentuk tubuh yang dahulu selepas bersalin nanti?  Apatah lagi, bila menyelak kain, saya mula nampak selulit di bahagian paha. 

Benar, saya bukan dari golongan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza mahupun Datin Seri Vivy Yusoff. Tapi, sebagai wanita, pastinya saya ingin kelihatan cantik dan menawan. 

Tambahan pula saya masih sangat muda ketika hamil pertama kali. Sebab itu, saya tidak mahu ada selulit.

Kredit: Freepik

Saya masih ingin berangan untuk berjemur di tengah pantai dengan paha yang putih mulus. 

Stretchmarks adalah mimpi buruk saya ketika hamil dan akhirnya saya tanya pendapat Doktor O&G.

Menurut Dr. O&G, tiada alasan untuk saya takut dengan selulit.

Jika saya bersenam dan menjaga pemakanan, pastinya selulit ini dapat dibendung.

Kemudian, saya lebih tenang selepas mendengar nasihat darinya itu. 

Cara mencegah selulit perut atau stretchmarks selepas bersalin 

Selain itu, penyerapan air dalam tubuh dan perubahan hormon juga boleh menyebabkan strectch marks ini. 

Saya melakukan tiga cara untuk mencegah selulit perut

Kredit: popsugar.com

Pertama, jangan duduk terlalu lama. Sebagai contoh selepas duduk atau beristirehat selama satu jam, saya berdiri dan berjalan di sekitar kawasan rumah. Kemudian sambung berehat lagi. 

Keduanya, jangan terlalu kerap mengambil garam kerana garam meningkatkan penyerapan air di dalam tubuh.

Berhati-hati dengan pengambilan makanan ringan kerana ia mengandungi garam yang tinggi (sodium). 

Ketiga, ketika bersalin, saya mendapati saya ada sedikit selulit di bahagian paha. Terus saya lakukan senaman sebagai rutin untuk menghilangkannya. 

Kredit: Unsplash

Namun, saya bukanlah bersenam seperti berjoging. Apa yang saya buat adalah menggunakan tangga setiap hari ketika naik ke pejabat setiap hari. Saya elak naik lif. 

Selain itu, saya parking kereta jauh-jauh supaya saya boleh berjalan dengan lebih jauh. Di samping berjalan di taman bersama anak-anak. 

Juga memanfaatkan krim untuk hilang strectch marks yang banyak dijual di pasaran. 

Saranan saya, jangan terlalu takut dengan strecth marks selepas hamil. Apa yang penting, anda harus mengatur pola makanan dengan baik dan bersenam secara teratur.

Beberapa tips saya di atas juga anda boleh cuba bagi mengurangkan strectch marks di tubuh. 

****

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

Baca juga: Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba