Sembelit Bayi Bukan Semata-Mata Disebabkan Susu, Jangan Sekali-Kali Cairkan Susu Anak -Pakar

Sering jadi perdebatan mengenai sembelit bayi yang disebabkan susu. Sembelit boleh terjadi atas pelbagai faktor dan susu bukanlah satu-satunya penyebab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai faktor boleh menyebabkan sembelit bayi. Tapi selalu juga kita dengar, bagi anak yang minum susu formula bila anak tukar step susu mereka akan sembelit.

Adakah ini benar-benar berpunca daripada pertukaran step susu itu atau pun ada sebab lagi yang mendatangkan sembelit pada anak anda?

Apakah sembelit sebenarnya? Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis.

Adakah pertukaran step susu punca terjadinya sembelit bayi?

Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap kanak-kanak pasti pernah mengalami episod sembelit dalam kehidupan mereka.

Menurut pakar nutrisi yang lebih dikenali sebagai Dietitian Fizah, ini antara situasi biasa ibu bapa:

Soalan:

Anak nak masuk 1 tahun tetapi sembelit. Adakah pertukaran dari susu step 1 kepada susu step 3 punca anak boleh sembelit?
Patut ke tukar ke susu lain?

Jawapan saya:

Tidak. 
Kenapa? Sebab bukan salah susu.
Anak sembelit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor

Jadi jawapannya adalah pertukaran step susu bukanlah satu-satunya penyebab sembelit. Ia boleh terjadi atas pelbagai faktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sembelit bayi boleh terjadi atas pelbagai faktor

Sembelit pada bayi boleh terjadi atas pelbagai faktor. Ia termasuklah: 

#1. Tidak cukup serat dari makanan harian secara konsisten

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya, serat daripada makanan amat penting jadi ia perlu diberikan kepada anak atau bayi anda setiap hari. Bukan apabila dia sudah kena sembelit sahaja baru nak bagi.

Perlu diketahui serat ada dua jenis yang mana serat larut air yang boleh didapati daripada buah yang mana ia membantu melembutkan najis dan membantu membekalkan probiotik untuk membuatkan perut rasa selesa.

Manakala serat tidak larut air adalah seperti daripada sayur hijau. Serat jenis ini membantu melawaskan najis bayi supaya mudah untuk membuang air besar dan najisnya lembut tanpa perlu meneran dengan terlalu kuat.

#2. Tidak cukup air kosong

Ini juga adalah masalah paling biasa yang kita lihat. Bagi anak berusia satu tahun mereka perlu 900-1000 mililiter air setiap hari termasuk susu dan sumber air lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak sudah minum 480 ml daripada susu (kiraan sekiranya bayi minum 8oz bersamaan dua kali sehari) maka baki lagi 520 ml sepatutnya datang daripada air kosong dan sebaiknya bukan air manis.

Air manis seperti kordial, air teh, air kopi, malted drink juga boleh menyebabkan sembelit kepada anak di bawah usia dua tahun.

#3. Tidak cukup aktif

Pastikan anak tidak duduk saja. Cuba pantau apa aktiviti anak di rumah. Adakah banyak duduk dan tengok televisyen saja? Atau lebih banyak didukung?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya elok galakkan anak bergerak seperti berjalan, merangkak atau bergolek. Anda juga boleh buat urutan LOVE di perut, buat pergerakan seperti kayuh basikal dengan kaki.

#4. Susu hanya punca sembelit jika bancuhan tidak tepat

Susu hanya punca sembelit kalau baru diperkenalkan dengan mendadak, bancuhan tidak tepat dan apa yang penting jangan cairkan susu. 

5 makanan terbaik elak sembelit bayi

Pemakanan bayi sangat penting bagi mengelakkan sembelit. Antara makanan yang baik untuk mengelakkan sembelit pada bayi termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Betik

Makanan pertama untuk mengelak sembelit adalah buah betik. Ya, harganya murah dan mampu beli. Buah betik mengandungi serat dan juga vitamin A yang membantu proses pencernaan makanan agar mudah dihadam.

#2. Lobak merah

Boleh dimakan sahaja, dibuat jus atau dimasak. Lobak mempunyai serat yang tinggi.

#3. Buah naga merah

Ada dua jenis buah naga di pasaran iaitu berisi merah dan putih. Untuk kanak-kanak, boleh berikan jenis merah kerana lebih manis.

#4. Pisang

Orang tua-tua selalu berpesan, jika susah buang air besar, makan pisang. Bukan saja baik untuk kanak-kanak, ia juga sangat bermanfaat untuk orang dewasa. Pisang mengandungi kanji BRS (Banana Resistant Starch) dan juga fiber bernama Pectin. Ia bermanfaat untuk proses penghadaman dan kelembapan dalam najis. Jadi najis akan mudah keluar secara normal.

#5. Buah prun

Boleh beli di kedai yang diimport dari luar. Makan 2 hingga 3 biji dan sangat bagus untuk buang air besar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Sembelit Semasa Hamil? Cuba Petua-Petua Mudah & Berkesan Ini!

Baca juga: 5 Cara Ini Berkesan Untuk Legakan Anak Yang Sembelit

Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?

Penulis

Lala Annuar