Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

Senarai tadika berdaftar KPM ini boleh dijadikan panduan para ibu dalam membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan anak-anak

Buat parents yang masih tercari-cari tadika buat anak, ada beberapa senarai tadika berdaftar KPM menawarkan yuran yang murah dan berpatutan.

Apatah lagi sekarang ini, ada ramai parents yang merungut bila hantar anak ke tadika swasta yang mahal, tapi anak masih belum tahu membaca buku malah tak kenal huruf dan nombor. Tentulah risau kan? 

Senarai tadika berdaftar KPM yang terbaik untuk tahun 2024

Ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan ibu bapa dalam memilih senarai tadika berdaftar untuk anak iaitu:

  1. guru tadika yang berpengalaman,
  2. kos pembelajaran murah,
  3. berdekatan tempat tinggal,
  4. kemudahan sekolah yang terbaik,
  5. pakej makanan sihat untuk anak dan lain-lain. 

Berikut merupakan senarai tadika berdaftar yang murah dan sesuai untuk anak mulakan sesi prasekolah di tahun hadapan. 

#1. Senarai tadika berdaftar KPM- Tadika kemas 

Ramai masyarakat memandang rendah pada tahap kemampuan dan pembelajaran di tadika Kemas.

Tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, tadika Kemas adalah pilihan terbaik kerana kos pembelajaran teramat murah. 

Apatah lagi, kebanyakkan guru-guru kemas juga mempunyai pengalaman mendalam dan perlu menyertai kursus Guru KEMAS sebelum dibenarkan mengajar di Tabika Kemas seluruh Malaysia. 

Program yang disediakan memberi peluang pendidikan awal kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun berkonsepkan "belajar melalui bermain". Ia selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. 

Yuran pendaftaran untuk tabika kemas serendah RM10. Manakala yuran bulanan percuma. 

#2. Tadika Q-Dees 

Tadika Q-Dees juga dikhabarkan tadika yang terbaik bagi menjadikan anak-anak sentiasa berkeyakinan. 

Antara pendekatan yang ingin diketegahkan adalah cara menyelesaikan masalah dan kanak-kanak tidak akan rasa malu untuk bertanya guru dan bersemangat untuk belajar. 

Dari sudut bahasa pula, anak-anak diberi panduan intonasi dan pendekatan terbaik menerusi lagu.

#3. Tadika Pasti

PASTI ditubuhkan bagi mendidik jiwa dan akal anak-anak bersumberkan Al-Quran dan Hadis, membimbing anak melakukan perkara yang baik, berakhlak, cenderung melakukan ibadah dan melakukan makruf serta meninggalkan perkara mungkar. 

Selain itu, tadika ini juga melatih anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, berdoa dan zikir. 

Anggaran harga pendaftaran pelajar baru RM100. Tapi ada kos uniform, makanan, buku dan lain-lain pihak pentadbiran PASTI akan maklumkan. 

#4. Tabika Perpaduan 

Tabika perpaduan merupakan salah satu tadika di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai rukun tetangga. 

Ia diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun menghayati nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dan persediaan ke alam persekolahan. 

Antara program yang dilakukan di tabika Perpaduan seperti kelas fardhu Ain, melukis, mewarna, membaca, bercerita, tarian, pakaian beragam, permainan muzik, sukaneka, lawatan sambil belajar, sambutan hari peristiwa seperti Aidilfitri dan kemerdekaan. 

#5. Smart Reader 

Tiga program telah diperkenalkan iaitu Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Mandarin dan Smart Reader Kids Islamic. 

Bagi Smart Reader Kids Islamic, ia menawarkan pembelajaran untuk kanak-kanak Islam dari umur tiga hingga enam tahun. Pembelajaran merangkumi membaca Al-Quran, selain terdapat subjek bahasa jawi, Iqra', bahasa Arab, akhlak, ibadah, akidah, english, matematik, seni dan kraf, bacaan dan banyak lagi. 

Anggaran untuk pendaftaran serendah RM100. Manakala yuran bulanan pula sebanyak RM525. Selain ada kos sampingan untuk uniform, buku dan lain-lain.

#6. Tadika Little Caliph

Little Caliph menjamin anak-anak anda dapat membaca dan solat pada umur 4 tahun selain harganya berpatutan dan mempunyai perkhidmatan daycare.

Antara sebab ibubapa memilih Little Caliph sebagai tadika untuk anak-anak

  • tadika Islamik yang berhawa dingin
  • ruang kelas terbuka yang besar
  • mempunyai taman permainan indoor yang luas
  • ada kamera cctv dipasang untuk keselamatan

Setiap pendaftaran, anak anda akan diberikan 2 uniform, 2 tudung (perempuan), 1 baju sukan dan 1 buku Little Caliphs.

#7. Tadika & Taska Brainy Brunch

Brainy Bunch ialah Peneraju Dunia dalam pendidikan Montessori Islamik dengan pengkhususan dalam mengajar, melatih dan membantu kanak-kanak menjadi Brainy dan Impactful dengan menyediakan persekitaran Islamik, Montessori dan berbahasa Inggeris, melalui rangka kerja pendidikan Brainy SPICE untuk membantu kanak-kanak mencapai kejayaan dalam kedua-dua dunia.

Untuk mengetahui yuran tadika, ibu ayah boleh klik disini.

#8. Senarai tadika berdaftar KPM- REAL KIDS

REAL Kids ialah prasekolah kendalian pemilik terbesar di Malaysia dengan 45 pusat di seluruh negara. Kurikulum Prasekolah Trilingual Kanak-kanak REAL yang memenangi anugerah meletakkan asas yang kukuh untuk kanak-kanak untuk cemerlang dalam pendidikan sekolah rendah.

Ia direka bentuk dan dirancang dengan mengambil kira trend dan penyelidikan semasa serta selaras dengan KSPK (Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) dan Standard Prasekolah Antarabangsa.

#9. Tadika Genius Aulad

Setiap program yang disediakan oleh Genius Aulad adalah untuk membantu anak anda bersedia sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Dengan pengalaman selama 18 tahun mendidik kanak-kanak seluruh Malaysia, pihak Genius Aulad telah mereka program pendidikan awal ini untuk memupuk rasa ingin tahu anak anda dan pada masa yang sama untuk meningkatkan kualiti pergaulan mereka samada dengan cikgu, kawan-kawan, dan juga anda sebagai ibu bapa.

Program pembelajaran bertema diterap dengan nilai murni ini diubah setiap tahun berdasarkan Pelan Pelajaran ILOVE.

Pada masa yang sama ia juga dimasukkan ke dengan mata pelajaran akademik dan aktiviti-akitiviti pendidikan luar darjah untuk membantu anak anda memahami tahap pembelajaran mereka.

Justeru sejauh bagus mana pun sesebuah pusat asuhan, tadika mahupun prasekolah itu ibu bapa adalah GURU yang paling penting untuk mencorak dan mendidik anak-anak.

Kredit foto: Myaini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Mencari Tadika Untuk Anak Autisme/ ADHD? Ini Tadika Yang Menawarkan Kemahiran Khusus Buat Anak-Anak Istimewa Ini Di Malaysia!

Baca juga: Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah Kepada 5 Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!

Baca juga: Ibu Ayah DILEMA Hantar Anak Ke Taska Ketika Covid-19, Ini SOP Yang Perlu Anda Tahu