X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Perkara Yang Anak Anda Harus Pandai Buat Sebelum Masuk Pra-Sekolah, Ibu Perlu Cakna Ya!

5 min bacaan
10 Perkara Yang Anak Anda Harus Pandai Buat Sebelum Masuk Pra-Sekolah, Ibu Perlu Cakna Ya!

Jika anda bimbang anak anda mungkin tidak bersedia untuk pra-sekolah, ketahuilah bahawa terdapat beberapa cara untuk membantu anak anda bersedia untuk peralihan yang penting ini sebelum dia bermula pra-sekolah.

Semua ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk mempunyai asas yang kukuh dalam kehidupan, dan pra-sekolah menyediakan asas untuk masa depan yang berjaya di sekolah.

Jika anda bimbang anak anda mungkin tidak bersedia untuk pra-sekolah, ketahuilah bahawa terdapat beberapa cara untuk membantu anak anda bersedia untuk peralihan yang penting ini sebelum dia bermula pra-sekolah. 

10 Per

Berikut adalah gabungan perkongsian dari Harvard Homemaker, Mirror dan blogeggs.

1. Tidak takut berjauhan dengan anda

Adalah normal untuk kanak-kanak berasa takut untuk ditinggalkan pada hari pertam ke pra-sekolah. Ibu bapa harus cuba mengajar mereka untuk faham tujuan mereka ke pra-sekolah.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Membawa anak anda ke hari terbuka pra-sekolah supaya anak anda dapat alami suasana pra-sekolah dengan kehadiran anda. Dengan cara ini, anak anda tidak terlalu terkejut apabila anda mula menghantarnya ke pra-sekolah.

2. Mendengar dan mengikut arahan ringkas

Apabila mereka mula bersekolah, kebanyakan kanak-kanak sepatutnya sudah boleh mendengar dan mengikut arahan ringkas atau sebahagian dari arahan yang diberikan.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Berikan anak anda tugas harian di rumah, seperti menyimpan mainan atau menyiapkan meja untuk sarapan. Gunakan arahan yang dibahagi dua seperti , ” Kutip mainan awak dan letakkan di dalam kotak.” serta tiga bahagian seperti ,” Letakan sudu, cawan dan kain ke atas meja.”

3. Berkomunikasi tentang keperluan mereka

Anak anda harus tahu bagaimana untuk berkomunikasi tentang keperluan mereka, terutamanya kepada guru mereka.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Galakan anak anda untuk menyatakan apa yang mereka mahu dengan ayat yang lengkap seperti “Saya hendak minum air.” atau “Tolong saya dengan perkataan ini.” Sentiasa menggalakan mereka untuk menjelaskan apa yang mereka rasa: “Saya lapar.” “Kaki saya sakit.” “Saya hendak bermain di luar.”

4. Memakai baju dan menyuap makanan sendiri

Anak anda harus selesa menguruskan diri mereka sendiri seperti memakai pakaian sendiri. Mereka juga harus tahu membuka bekas air dan makanan mereka sendiri. Juga, di peringkat umur begini, mereka belajar mengikat tali kasut sendiri, namun ramai lebih selesa dengan pelekat velkro.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Bantu anak anda berlatih memakai pakaiannya sendiri setiap pagi sehingga mereka dapat melakukannya sendiri. Ini termasuklah zip seluar, membutang baju, memakai sarung kaki dan menanggalkan jaket. Ajar anak anda membuka paket makanan dan puji mereka setelah berjaya melakukannya.

5. Berkongsi mainan dan mengikut giliran

Sebahagian besar mula bersekolah ialah bergaul dengan kanak-kanak lain, bekerja di dalam kumpulan dan melayan kanak-kanak lain dengan sopan.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Permainan papan seperti dam ular membantu anak anda tahu mereka perlu mengikut giliran. Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, galakan mereka untuk bersama-sama membuat projek atau kerja rumah.

6. Faham dan boleh menceritakan semula cerita ringkas

Di awal persekolahan, kanak-kanak sepatutnya boleh mendengar dan faham cerita ringkas(5 hingga 10 minit durasi). Kebanyakan mereka boleh menceritakan semula cerita yang mereka dengar.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Jika anda belum mempunyai rutin membaca di rumah, belum terlambat untuk anda mulakan. Banyak kajian menunjukan yang kanak-kanak yang kerap membaca di rumah mempunyai peluang lebih cerah untuk berjaya di sekolah secara keseluruhannya. Galakan anak anda untuk menceritakan semula cerita yang sudah di baca dengan melukis, menggunakan anak patung atau berlakon.

7. Padankan dan asingkan benda

Mereka sepatutnya sudah dapat memadankan serta mengasingkan benda mengikut jenis bentuk, warna atau fungsi.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Gunakan buku, lagu dan permainan meneka untuk mengajar anak anda tentang sifat berlawanan. Ini akan membantu mereka faham yang benda boleh dibezakan oleh sifat fizikal. Untuk membantu anak anda mengasingkan benda, anda memerlukan sekurang-kurangnya dua benda yang berbeza. Mulakan dengan kategori yang sedikit dan meningkat secara berperingkat. Tunjukan kepada anak anda bagaimana anda mengasingkan supaya dia boleh mengikut anda.

8. Mengenal bentuk, corak dan warna asas

Skil asas ini akan membantu anak anda di dalam matematik kelak.

Stories Rakan Kongsi
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
Belajar Cara Mengurus Wang: Panduan Untuk Ibu Bapa Asia
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!

Apa yang anda boleh lakukan: 

Bantu anak anda mengenal pasti corak, bentuk dan warna ketika bersama (seperti baju, lantak atau gambar) dan jadikan ia permainan yang menarik. Gantungkan carta warna, bentuk  dan corak di rumah dan biar anak anda bereksperimen dengan warna air, krayon, blok dan tanah liat untuk lebih mengenali warna dan bentuk.

9. Mengenal nombor dan bagaimana nombor digunakan

Selalunya, kanak-kanak pra-sekolah sudah tahu mengira hingga ke angka 30 dan tahu memberitahu nombor sebelum dan selepas sesuatu nombor.

Skil asas ini akan membantu anak anda di dalam matematik kelak.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Membantu anak anda menunjukkan nombor secara konsisten, seperti di televisyen, dalam buku, pada papan kekunci atau di telefon. Terdapat juga buku-buku kanak-kanak banyak dan permainan dalam talian  yang mengajar kanak-kanak untuk mengira.

Tunjukkan kepada anak anda bagaimana nombor digunakan dalam kegiatan sehari-hari, seperti berikut resipi, menyimpan skor semasa permainan, atau mengira, mengukur dan berat objek.

 

10. Mengenal huruf, dan faham bunyi huruf tersebut

Kebanyakan kanak-kanak yang mula sekolah akan tahu huruf dalam abjad, dan mula memahami hubungan antara bunyi dan huruf. Sesetengah kanak-kanak akan dapat mengeja dan menulis huruf dalam nama mereka. akan dapat juga mengenal pasti perkataan yang berima, yang merupakan petunjuk kesedaran fonemik kanak-kanak, salah satu daripada lima aspek utama pembelajaran membaca.

Apa yang anda boleh lakukan: 

Menggunakan carta abjad yang termasuk versi huruf besar dan huruf kecil bagi setiap huruf. Permainan seperti padanan bunyi adalah cara yang baik untuk membina kefahaman anak anda tentang hubungan antara huruf dan bunyi mereka.

Ini adalah sebahagian cadangan yang mungkin anda boleh praktikan untuk kesenangan anak anda di pra-sekolah nanti. Persediaan awal adalah tindakan yang bagus bagi memastikan anda dan anak anda bersedia di alam persekolahan nanti.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

Baca juga: Princess Charlotte belajar bahasa ke-2 – Ibu ayah, anda patut ajar si kecil anda seperti ini juga!

Baca juga:  9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • 10 Perkara Yang Anak Anda Harus Pandai Buat Sebelum Masuk Pra-Sekolah, Ibu Perlu Cakna Ya!
Kongsikan:
  • Sudah Tiba Waktu Anak Kecil Ke Prasekolah? Ini Senarai Antara Yang Terbaik!

    Sudah Tiba Waktu Anak Kecil Ke Prasekolah? Ini Senarai Antara Yang Terbaik!

  • Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

    Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Sudah Tiba Waktu Anak Kecil Ke Prasekolah? Ini Senarai Antara Yang Terbaik!

    Sudah Tiba Waktu Anak Kecil Ke Prasekolah? Ini Senarai Antara Yang Terbaik!

  • Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

    Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.