10 Khasiat Sengkuang Cina Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu, Masukkan Sayuran Ini Dalam Hidangan Anda

Sengkuang cina mempunyai pelbagai kebaikan, contohnya dapat mencegah penyakit disamping menjadi pengganti kekacang buat yang mempunyai alahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sengkuang cina atau water chestnut adalah sejenis sayuran akuatik yang popular di kalangan masyarakat Asia. Sayuran ini boleh dimakan secara mentah atau dimasak dan ia ditanam di kawasan paya atau tanah lembab. Kali ini, kami kongsikan tentang kebaikan sayuran ini.

Apa Itu Sengkuang Cina?

Sengkuang cina atau nama saintifiknya Trapa natans merupakan tumbuhan akuatik dan ia boleh didapati di kawasan beriklim sederhana seperti Eurasia dan Afrika terutama di kawasan paya, kolam, rawa dan tasik. Tumbuhan ini menghasilkan buah bertekstur kanji dan berwarna putih yang rangup dan manis.

Apabila dikeringkan, kulit buahnya akan bertukar menjadi hitam disamping mempunyai dua unjuran seperti tanduk kambing atau lembu. Ia adalah antara makanan tambahan yang baik apabila dimasukkan ke dalam tumisan kari, pasta dan salad.

Di India pula, sayuran ini dikenali sebagai paniphal atau singhara dan ia banyak didapati di tasik-tasik Kashmir. Semasa musim Navratri, penganutnya akan menahan diri daripada bijiran dan biji-bijian.

Oleh itu, mereka akan menggunakan sayuran ini sebagai pengganti ketika menyediakan hidangan seperti puri, paratha, roti. Tepung sengkuang cina akan digunakan bagi menggantikan tepung gandum.

Apa Khasiat Sengkuang Cina?

  • Tenaga – 42 Kcal
  • Karbohidrat – 9.15 g
  • Protein – 0.7 g
  • Lemak – 0 g

Kalsium, fosforus, zat besi, kuprum, mangan, magnesium, natrium dan kalium adalah antara mineral yang terdapat dalam sayuran ini disamping turut mengandungi vitamin A, B dan C serta protein tertentu.

Selain itu, sengkuang cina juga mengandungi bahan kimia fenolik tertentu, mineral dan karbohidrat. Sifat antioksidannya terhasil daripada kandungan flavonoid, flavon, saponin, fitosterol, minyak dan tanin. Ia juga mengandungi polifenol untuk menghilangkan radikal bebas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat Kesihatan Sengkuang Cina

1. Melawan Keradangan

Ekstrak sengkuang cina menghalang penghasilan interleukin dan nitrik oksida. Gen yang bertanggungjawab menghasilkan bahan-bahan ini dikawal oleh bahan aktif buah tumbuhan ini.

Ia turut mengandungi antioksida fenolik yang membantu dalam pembersihan toksin dalam badan disamping menghalangnya daripada menyebabkan kerosakan organ, keradangan dan kesakitan. Oleh itu, sayuran ini mempunyai kesan melegakan kesakitan pada badan.

2. Membantu Mengawal Diabetes

Sengkuang cina dan sayuran akar lain berfungsi sebagai sumber nutrien dan penyimpanan air tumbuhan. Oleh itu, ia kaya dengan karbohidrat, serat, mineral dan antioksidan. Mengambil sayuran ini sebagai diet anda boleh membantu mengawal diabetes. Walaupun sayuran ini mengandungi beberapa karbohidrat, ia mengatasi sayuran lain dari segi serat dan tahap antioksidan.

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Sengkuang cina dianggap sebagai diuretik semulajadi. Ia mempunyai kandungan kalium yang tinggi dan mineral yang menurunkan paras natrium darah mengawal tekanan darah dan pengekalan air dalam badan. Mengambil sayuran ini juga membantu menghilangkan garam dan menurunkan tekanan darah. Ia adalah tambahan yang bermanfaat kepada diet yang menggalakkan kesihatan jantung.

4. Menggalakkan Penurunan Berat Badan

Sengkuang cina mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuk keupayaan untuk membantu penurunan berat badan. Walaupun memberikan sedikit kalori, ia kaya dengan air dan serat, yang membantu kita berasa kenyang. Sayuran ini juga boleh menghalang kita daripada makan berlebihan dan menambah berat badan dengan menggalakkan rasa kenyang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Membantu Sistem Penghadaman

Bagi individu yang tidak boleh mengambil gluten, tepung sengkuang cina boleh digunakan sebagai pengganti tepung gandum untuk membuat roti. Ia adalah tepung yang mudah dihadam dan bebas gluten.

Singhara adalah rawatan yang disyorkan dalam Ayurveda untuk pelbagai masalah pencernaan, termasuk disentri, gangguan pencernaan dan angin. Ia mempunyai banyak serat pencernaan, yang memastikan makanan dicerna dengan cepat dalam usus besar.

6. Mengandungi Alkaloid

Menurut kajian, sengkuang cina mengandungi 0.775± 0.33% alkaloid. Bahan ini mempunyai sifat antikolinergik, anestetik, dan spasmolitik dalam sayuran dan penyelidik mendapati ia adalah penting.

Sengkuang cina mempunyai sifat spasmolitik dan antikolinergik. Ini membantu melegakan kekejangan otot licin dan menghalang tindakan asetilkolin, neurotransmitter. Ia juga mungkin boleh menyebabkan anda tidak merasa kesakitan kerana kesan anestetiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Kaya Dengan Antioksidan

Antioksidan yang terdapat dalam sengkuang cina mempunyai beberapa fungsi seperti menyokong sistem imun badan bagi melawan radikal bebas. Bahan kimia yang tidak diingini ini memusnahkan sel apabila terkumpul dan menyebabkan tekanan oksidatif.

8. Mengurangkan Risiko Penyakit

Pengambilan sayuran seperti sengkuang cina dikaitkan dengan pengurangan risiko menghidapi penyakit seperti kanser. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, sayuran ini adalah sumber antioksidan yang baik dan mampu melindungi sel daripada radikal bebas yang diketahui meningkatkan risiko kanser.

Dengan menurunkan tekanan darah, sayuran ini juga mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung dan strok. Sayuran ini juga bebas gluten, menjadikannya pilihan makanan yang baik untuk orang yang menghidap penyakit seliak, sensitif terhadap gluten atau alahan gandum.

9. Mengalakkan Aktiviti Antimikrob

Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan Listeria monocytogenes adalah beberapa bakteria yang boleh dibunuh menggunakan ekstrak dari sayur ini. Menurut kajian lain, Bacillus cereus dan Shigella sonnei juga boleh terkesan dengan pengambilan ekstrak sengkuan cina.

Menurut kajian, sifat antibakteria sengkuang cina merah dan hijau boleh digunakan untuk merawat jangkitan bakteria kerana ia boleh membunuh pelbagai patogen lain. Keberkesanannya juga setanding dengan antibiotik standard.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Rendah dalam FODMAP

Makan makanan yang rendah FODMAP boleh membantu orang dengan penyakit Crohn dan sindrom iritasi usus (IBS) mengurangkan simptom mereka. Diet rendah FODMAP ialah pengehadan seseorang terhadap pengambilan semua jenis karbohidrat yang boleh ditapai (FODMAPs ), dan pengehadan ini disyorkan hanya untuk masa yang singkat. Sengkuang cina merupakan antaran makanan yang sesuai untuk diambil kerana ia rendah FODMAP.

Cara Pengambilan Sengkuang Cina?

1. Makan Secara Mentahnya: Kupas lapisan coklat pada bahagian luar buah untuk mendapatkan isinya.

2. Tambah Ke Dalam Tepung: Iajuga boleh ditambah ke dalam campuran tepung untuk membuat sebarang jenis hidangan seperti kek.

3. Gunakan Sebagai Agen Pemekat: Gunakan sayuran ini untuk menjadikan sup atau kuah lebih pekat.

4. Masukkan Dalam Masakan: Sengkuang cina boleh digunakan untuk membuat kari, tumisan dan chop suey. Bergantung pada masakan yang anda sediakan, anda mungkin perlu menggunakan sayuran ini dalam beberapa bentuk. Anda boleh menggunakannya secara keseluruhan, dikisar, dihiris atau dipotong dadu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mempunyai alahan terhadap kacang, anda boleh mengantikannya dengan sayuran ini kerana ia bukannya sejenis kekacang walaupun nama lainnya adalah water chestnut. Sengkuang cina segar adalah lebih baik kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis, rangup dan sedikit berair. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: 10 Makanan Ringan Yang MEMBURUKKAN Kesihatan Anak Anda, Elak Diberi Berlebihan!

Baca juga: 8 Jenis Cheese Ini Terbaik Untuk Tambah Selera Makan Si Kecil, Ibu Boleh Beli Terus Di Sini, Mudah!

Penulis

Anis