TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang pembantu rumah dari Batam didapati menyusu bayi majikannya

4 min bacaan
Seorang pembantu rumah dari Batam didapati menyusu bayi majikannya

Apa rasanya jika mendapati seorang pembantu rumah menyusui anak kita melalui kamera cctv? Baca cerita nyata seorang ibu yang mengalaminya di sini

Joanna* adalah pengacara berusia 30 tahun di Singapura, sekaligus seorang ibu. Pada suatu hari, beliau mendapati hal yang sangat mengejutkan terlihat dari kamera cctv rumahnya.

Apa yang dia lihat mungkin sangat mengganggu bagi seorang ibu. Baca ceritanya di sini.

***

Ketika saya memiliki anak pertama saya, saya fikir cuti hamil akan berupa pengalaman yang indah bersama bayi saya, boleh berjalan-jalan, dan bersenang-senang di luar rumah. Tapi kenyataannya, saya menghabiskan sebahagian besar masa cuti saya berusaha untuk menyusukan dan mengepam susu ibu.

Saya ingin menyusu sampai bayi perempuan saya berusia satu tahun, tetapi pada saat saya kembali bekerja (4 bulan kemudian), kelelahan membagi waktu antara kehidupan kerja dan menjadi ibu baru akhirnya mengalahkan saya. Saya berjuang untuk dua bulan berikutnya, tapi kemudian memutuskan untuk beralih ke susu formula ketika Emma* berusia 6 bulan.

Sebelum saya kembali bekerja, saya mengupah pembantu melalui agen pembantu terkemuka, dan Ayla adalah pembantu yang disyorkan kepada saya.

Dia masih muda (berusia 24 tahun), dari Batam, dan telah meninggalkan anaknya yang berusia 2 tahun pada keluarganya untuk datang ke Singapura, mencari wang agar dapat membangun rumah yang lebih besar bagi mereka. Saya merasa kasihan padanya dan memberinya gaji awal yang baik bagi seseorang yang belum berpengalaman.

Bulan pertama Ayla datang ke rumah saya, hidup saya menjadi jauh lebih mudah. Saya boleh meluangkan masa kepada pekerjaan, dan ketika saya pulang, saya boleh mencurahkan waktu 100% untuk bayi saya. Rasanya senang sekali boleh pulang ke rumah yang bersih dan bahagia, dan saya merasa lebih puas sebagai seorang ibu dengan pengaturan ini.

Suami saya jarang di rumah (dia sering melakukan perjalanan kerja) dan kami sering berkomunikasi via Skype sehingga dia tidak melewatkan detik-detik istimewa bayi kami. Ayla diberi bilik sendiri, dan cuti pada hari Ahad (ini adalah masa bagi saya membawa Emma untuk melawat datuk dan neneknya)

Suami saya sebenarnya sangat tidak selesa dengan pembantu yang ditinggalkan sendirian sepanjang hari dengan anak kami, tapi saya terus meyakinkannya bahawa Ayla tepat dan boleh menjaga Emma dengan baik. Saya memberitahu beliau tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Namun, dia berkeras bahawa saya harus memasang kamera cctv di rumah kami . Dia telah mendengar banyak cerita seram tentang pembantu-pembantu di Singapura , dan dia ingin merasa benar-benar selesa dengan orang asing berada di sekitar anak kami sepanjang masa . Saya pun menurutinya setelah beberapa kali berdebat dengannya.

Setiap hari kerja, saya akan memeriksa rakaman kamera dari telefon pintar saya, pada selang masa tertentu, untuk memantau kegiatan di rumah. Sebahagian besar rekaman menunjukkan Emma bermain dalam box-nya, dan Ayla sedang bersih-bersih rumah, atau bermain dengannya. Tidak ada yang luar biasa.

Tetapi pada suatu petang yang mengerikan, saya tidak boleh percaya apa yang saya lihat ketika masa rehat makan tengah hari saya. Ayla terlihat menawarkan payudara kirinya untuk anak saya! Emma juga dilihat menghisap selama beberapa saat, kemudian menolak untuk meneruskan.

Setelah beberapa minit, dia beralih Emma ke payudara kanannya. Jantung saya benar-benar berhenti untuk beberapa saat – saya marah dan jijik dengan tindakannya. Sepanjang rakaman, Emma bergerak menjauh, menolak payudaranya.

Saya membeku dan tidak boleh berfikir jernih. Mengapa ada dorongan tiba-tiba untuk cuba menyusukan anak saya? Apakah Ayla masih mempunyai ASI? Saya tahu dia meninggalkan bayinya yang masih menyusui. Tapi itu 2 bulan yang lalu! Apakah mungkin ia masih mempunyai susu dalam dirinya? Ya, tentu saja.

Saya meninggalkan segala hal, dan kembali pulang dengan fikiran terliar di kepala saya. Adakah bayi saya korban motif seksual? Bagaimana jika saya tidak memasang kamera? Bagaimana jika saya melewatkan rakaman itu hari ini? Ini mungkin berulang berkali-kali.

Perut saya sakit, saya merasa lemas dan mual. Saya menelefon suami saya dan dia mengamuk, tentu saja. Dia sedang di Penang saat itu, dan langsung memesan penerbangan berikutnya untuk kembali ke rumah. Dia menyarankan saya untuk tetap tenang sementara saya berhadapan dengan Ayla.

Saya benar-benar tergoncang dan tidak boleh mengawal emosi saya – saya pulang ke rumah dan menuntut penjelasan dari Ayla. Pada mulanya, dia berbohong mengatakan bahawa Emma menangis tak terkawal dan dia berusaha untuk menenangkan dia, setelah bayi saya menyentuh payudaranya.

Dia bahkan berani mengatakan bahawa kerana saya tidak memberikan Emma ASI saya, dia fikir Emma memerlukan nutrisi sehingga dia cuba untuk menawarkan susunya. Saya tidak ingin mendengar lebih banyak. Saya menelefon polis, membuat laporan dan Ayla diminta untuk menjalani ujian perubatan.

Apa yang Ayla lakukan benar-benar salah dalam banyak hal, termasuk fakta bahawa HIV, Hepatitis B dan penyakit serius lain boleh disebarkan melalui susu ibu. Nasib baik dia teruji negatif untuk semua penyakit itu. Sudah 3 bulan sejak insiden mengerikan tersebut berlaku dan masih mengganggu fikiran saya sampai saat ini tentang apa yang ia fikirkan ketika menyusukan bayi saya.

Dia melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjaga bayi saya dari bahaya. Yang boleh saya lakukan adalah berterima kasih kepada suami saya kerana membuat saya memasang kamera, dan saya merasa sangat bertuah kerana saya sempat melihat rakaman itu.

(Seperti diceritakan kepada Pavin Chopra)

*semua nama dalam cerita ini dipalsukan untuk melindungi pihak-pihak yang terlibat

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Putri Fitria

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Seorang pembantu rumah dari Batam didapati menyusu bayi majikannya
Kongsikan:
  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham