Serina Redzuawan Hilang Hak Jagaan Kekal, Anak Perempuan Pilih Tinggal Dengan Bapa

Serina Redzuawan hilang hak jagaan kekal ke atas anak perempuannya. Dia cuma diberikan hak lawatan dua minggu untuk sekali sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila berlakunya perpisahan antara pasangan suami isteri, hala tuju dan hak anak-anak adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian. Hari ini, tular mengenai Serina Redzuawan yang hilang hak jagaan terhadap kedua-dua anaknya.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, bekas suami Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O’luanaigh memperoleh hak penjagaan kekal bagi kedua-dua anaknya selepas berjaya mengubah perintah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Serina Redzuawan hilang hak jagaan anak-anak

Pada 26 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan anak pertama pasangan itu, Tristan Tareef O’luanaigh, 13, kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar,46, manakala hak penjagaan Isabella Saffiya O’luanaigh, 12, diberikan kepada Serina.

Menurut peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin, Hakim Syarie, Zalinah Ahmad memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan anak guamnya untuk mengubah perintah hak penjagaan itu.

“Mahkamah membuat keputusan tersebut setelah menemuramah Isabella tentang pilihannya untuk tinggal dengan siapa selama hampir 30 minit. Mahkamah turut mendengar keterangan Gavin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kata Zainul Rijal, sesi temu ramah dengan Isabella dijalankan secara tertutup.

Selain mengubah perintah hak penjagaan, mahkamah turut menetapkan bahawa Serina kini diberikan hak lawatan dua minggu sekali.

Penjelasan dari bekas suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut peguam terbabit, walaupun telah diberikan hak penjagaan ke atas Isabella, Serina tidak pernah mengambil kanak-kanak tersebut untuk dijaga sehingga hari ini.

“Gavin ada memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia percaya Serina kini tinggal di Perlis selepas berkahwin semula,” kata Zainul Rijal.

Sementara itu, Gavin, kata peguam terbabit mengucapkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah semalam kerana kedua-dua anaknya tidak lagi berisiko untuk dipisahkan.

Pada April 2021, media melaporkan Serina yang juga anak kepada chef selebriti, Chef Wan berkahwin semula dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor.

Selain Zainul Rijal, Gavin turut diwakili peguam syarie, Muhammad Shafiq Ibrahim. Turut hadir pada prosiding semalam ialah isteri baharu Gavin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serina Chef Wan dikatakan kerap berpindah 

Serina tidak hadir pada prosiding semalam walaupun sesalinan permohonan diserahkan kepadanya.

Permohonan ubah perintah tersebut difailkan pada 9 Februari 2022. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 76 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Gavin menyatakan, Serina kerap berpindah tempat tinggal.

Bekas isterinya itu juga didapati telah berpindah ke Arau, sekali gus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawabnya memelihara keselamatan Isabella.

“Anak perempuan kami ini, tidak pernah bersama-sama dengan defendan dalam tempoh yang lama sejak dia dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sering kali mengabai dalam memberi kasih sayang secukupnya kepada anak keduanya ini,” kata Gavin dalam dokumen terbabit.

Tidak menjaga kebajikan sebaiknya

Tambah lelaki berkenaan, sejak Serina memperoleh perintah jagaan anak kedua pada 26 Ogos 2020 sehingga tuntutan ini difailkan, dia tidak pernah menjaga kebajikan Isabella.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Gavin pernah mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 26 Ogos 2020 itu namun Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan terbabit dan mengekal perintah tersebut.

Punca yang membolehkan ibu hilang kelayakan atau gugur hak sebagai penjaga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut peguam Syarie, Nursahila binti Ayub, bagi pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak menjaganya berbanding orang lain kecuali jika ibu tersebut telah hilang kelayakan/ gugur hak sebagai penjaga.

Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, seseorang wanita boleh hilang kelayakan disebabkan:

  • Jika wanita itu berkahwin lain dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut dan apabila wanita itu terus menjaga mereka, ia akan menjejaskan kebajikan kanak-anak tersebut.
  • Jika wanita itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
  • Jika wanita itu menukar tempat pemastutinannya bertujuan untuk mencegah kanak-kanak tersebut dari pengawasan bapanya kecuali jika wanita itu pulang ke tempat lahirnya selepas perceraian.
  • Jika wanita itu cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut.
  • Murtad.

Bagi ibu atau ayah yang ingin memfailkan tuntutan Hak Jagaan Anak di Mahkamah Syariah, anda perlulah memfailkan permohonan hak jagaan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri yang anda bermastautin.

Anda juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

Baca juga: 7 Alasan Kukuh Untuk Bercerai Yang Dibenarkan Dalam Islam, Isteri Berhak Minta Dilepaskan

Baca juga:  Anak Tidak Mahu Ikut Bapa