Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

undefined

Sesak nafas ketika hamil terjadi disebabkan kandungan semakin membesar dan menekan paru-paru hingga membuatkan ibu rasa kurang selesa. Ini cara anda kurangkan rasa tidak selesa itu.

Sesak nafas ketika hamil memang selalu menganggu ibu mengandung kerana rahim semakin mengembang dan membesar lalu menekan paru-paru. Tak cukup dengan itu sahaja, ibu juga susah mencari posisi tidur yang selesa hingga perlu bekerja keras untuk bernafas. 

Disebabkan itu, ada ibu hamil yang mengadu tidak boleh tidur malam dan sebagainya kerana sering diganggu keadaan sesak nafas. 

Oleh itu, wajar untuk ibu hamil mengetahui apakah penyebab sesak nafas ketika hamil ini.

Sesak Nafas Ketika Hamil Adakah Ia Normal?

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

Mengalami kesukaran bernafas semasa hamil adalah normal. Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira 75% wanita yang jarang sesak nafas sebelum hamil mengalami sesak nafas lebih kerap semasa mengandung.

Ia adalah normal untuk anda mengalami sesak nafas, terutamanya pada trimester ketiga dan juga pada awal kehamilan. Sesetengah wanita mengandung mungkin berasa sesak nafas sejak trimester pertama, manakala sesetengah wanita lain mengalaminya pada trimester akhir. 

Jika sesak nafas disebabkan oleh beberapa tekanan fizikal seperti menaiki tangga, maka ia adalah normal dan tidak berbahaya.

Tetapi jika anda mempunyai keadaan berkaitan perubatan tertentu seperti asma, kardiomiopati peripartum iaitu isu jantung yang mungkin berlaku semasa mengandung atau sejurus selepas bersalin, embolisme pulmonari terjadinya penyumbatan arteri dalam paru-paru maka sesak nafas boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain dan mungkin memerlukan pengawasan doktor.

Tanda Sesak Nafas Ketika Hamil

sesak nafas ketika hamil,  punca nafas tak puas, rasa sesak nafas, punca nafas pendek

Rasa sesak nafas semasa mengandung merupakan sesuatu yang selalu terjadi pada ibu hamil. Peningkatan hormon progesteron antara punca nafas tak puas kerana ia merangsang otak anda untuk meningkatkan kekerapan dan pernafasan lebih dalam untuk mendapatkan lebih banyak oksigen kepada bayi.

Selain itu, rahim akan menolak diafragma anda semasa kandungan membesar. Ini menyebabkan paru-paru akan mengehadkan keupayaannya untuk mengembang sepenuhnya apabila anda menarik nafas dan menyebabkan anda berasa seperti baru sahaja berlari maraton walaupun anda hanya menaiki tangga sehingga rasa sesak nafas.

Sementara itu, punca sesak nafas semasa kehamilan adalah disebabkan masalah kesihatan, seperti:

  • Penyakit asma
  • Pneumonia (paru-paru basah)
  • Emboli paru(darah beku yang mengalir ke paru-paru)
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia

Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami:

  • Sakit pada dada ketika bernafas
  • Nadi berdenyut cepat
  • Jantung berdebar-debar
  • Muka pucat
  • Bibir dan jari kebiruan
  • Batuk berterusan, batuk berdarah dan demam
  • Sukar bernafas ketika baring
  • Rasa tidak cukup oksigen
  • Pengsan

Perubahan Badan Punca Sesak Nafas

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

Kesukaran bernafas semasa kehamilan timbul terutamanya disebabkan oleh perubahan semula jadi yang dialami oleh badan untuk menyesuaikan diri mengandungkan  bayi.

Keadaan ini juga dipanggil Dyspnea. Berikut adalah beberapa perubahan badan mengikut trimester yang boleh menyebabkan sesak nafas.

#1. Trimester pertama

  • Hormon progesteron boleh menjadi penyebab kepada sesak nafas yang anda alami. Hormon ini membuatkan badan anda menyerap lebih banyak oksigen ke dalam aliran darah, sekali gus meningkatkan kapasiti paru-paru untuk bekerja.
  • Walaupun kadar pernafasan anda adalah sama seperti sebelum berlakunya persenyawaan, anda mungkin menarik nafas lebih dalam, dan ini boleh menjadi sebab anda akan berasa sesak nafas.
  • Pada peringkat awal kehamilan, jumlah darah meningkat sebanyak kira-kira 50 peratus, yang mana jantung anda perlu bekerja lebih keras daripada sebelumnya. Ini menjadikan anda lebih banyak bernafas walaupun sedang berehat.

#2. Trimester kedua

  • Hormon kehamilan, seperti pada trimester pertama, membolehkan badan anda menerima lebih banyak oksigen yang akan   merangsang otak anda untuk meningkatkan bilangan dan kedalaman nafas anda.
  • Hormon tersebut juga boleh menyebabkan kapilari dalam saluran pernafasa mengembang sekaligus membuatkan anda rasa lebih susah bernafas

#3. Trimester ketiga

  • Bayi anda yang sedang membesar dan rahim yang semakin membesar menolak diafragma (otot yang terletak di bawah tulang rusuk) ke atas, menyekat jumlah ruang untuk paru-paru anda dan menjadikannya sukar untuk mengembang.

  • Ia menyebabkan anda bernafas lebih cepat seolah-olah anda baru sahaja berlari maraton. Ia agak normal dan sama sekali tidak berbahaya kepada anda dan janin anda.
  • Anda mungkin berasa sesak nafas semasa trimester akhir, terutamanya apabila anda membawa janin sudah semakin membesar dan terdapat lebihan cecair amniotik.

Sebab Lain Menyebabkan Sesak Nafas Ketika Hamil

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

Ada beberapa punca lain berkaitan kesihatan yang boleh menyebabkan sesak nafas semasa hamil. Ia termasuklah:

  • Obesiti – Mengalami berat badan yang luar biasa semasa kehamilan. 
  • Mengandung kembar – Sesak nafas juga boleh berlaku apabila anda mengandung kembar atau berganda. 
  • Asma – Sekiranya anda pernah ada sejarah penyakit asma maka ia boleh membuatkan keadaan semakin teruk semasa hamil. 
  • Kekurangan oksigen – Semasa berbadan dua, oksigen yang ibu sedut bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tapi juga turut dikongsi bersama janin dalam kandungan. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil, ia sekaligus menstimulasikan pusat pernafasan di bahagian otak hingga membuatkan udara yang masuk dan keluar semakin banyak. Ini yang menyebabkan ibu mengalami keadaan kekurangan oksigen dan sesak nafas yang merasakan seperti nafas pendek.
  • Udara dingin, sejuk – Udara yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan ibu sesak nafas ketika hamil kerana metabolisme tubuh lemah dan mempengaruhi paru-paru hingga pernafasan jadi semakin sukar.
  • Anemia – Jika anda kekurangan zat besi, anda akan mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah (sel darah merah membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan dan mengembalikan karbon dioksida dari badan ke paru-paru). Dalam kes sedemikian, badan anda bekerja lebih keras untuk membekalkan oksigen untuk anda dan bayi anda.

Adakah Sistem Respirasi Manusia Berubah Ketika Hamil

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

Banyak perubahan yang berlaku di dalam sistem respirasi manusia sewaktu hamil. Perubahan hormon dan fizikal berikutan tumbesaran fetus boleh memberi kesan kepada saluran pernafasan atas dan bawah. Sesetengah perubahan yang berlaku di dalam sistem respirasi manusia dengan kehamilan termasuklah:

  • Hidung tersumbat atau berhingus dan berdarah
  • Dada menjadi bentuk barrel atau saiz meningkat dari depan ke belakang
  • Pergerakan ke atas diaphragm, otot flat besar digunakan untuk respirasi, terletak hanya di bawah paru-paru
  • Peningkatan amaun udara yang dihela masuk dan keluar
  • Pengurangan kapasiti paru-paru
  • Peningkatan penggunaan oksigen

Disebabkan perubahan ini, ramai wanita yang merasakan nafas pendek atau mengalami sedikit masalah sesak nafas berikutan progres kehamilan. Apabila penyakit paru-paru terbentuk atau terdapat kondisi yang sudah timbul awal, seperti asma, paru-paru boleh jadi sukar untuk bernafas.

Cara Mengatasi Sesak Nafas Semasa Mengandung

sesak nafas ketika hamil,  punca nafas tak puas, rasa sesak nafas, punca nafas pendek

Sesak nafas menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil. Justeru ada beberapa petua hilangkan sesak nafas ketika berbadan dua. Ia termasuklah: 

#1. Jaga postur

Ini adalah apa perlu buat jika sesak nafas berlaku kepada ibu hamil. Semasa menghadapi kesukaran  bernafas, duduk secara posisi menegak kerana ia bantu memberi ruang yang cukup bagi paru-paru supaya dapat mengambil oksigen yang diperlukan.

Jangan duduk membongkok atau terus baring kerana ia hanya akan membuatkan sesak nafas anda menjadi lebih teruk. Postur yang baik membantu dalam melegakan sesak nafas.

Semasa duduk, pastikan dada anda ditolak ke depan dan bahu ke belakang. Ini memberi ruang yang cukup untuk paru-paru anda mengembang.

Semasa tidur, sandarkan badan anda ke atas menggunakan beberapa bantal, untuk mengembangkan ruang dalam rongga perut anda dan memberikan anda kelegaan.

Jika anda berbaring di sisi, gunakan bantal tambahan untuk meninggikan kepala anda. Elakkan tidur telentang jika anda berasa sesak nafas atau pening. 

Kami juga ada senaraikan alat senaman yang sesuai dan selamat untuk ibu hamil lakukan di sini.

#2. Tukar kedudukan 

Jika anda berasa sukar bernafas kerana berada dalam kedudukan yang sama agak lama, alihkan kedudukan anda untuk bernafas dengan mudah. Anda boleh berdiri tegak kerana ia mungkin melegakan tekanan pada diafragma anda dan ia antara cara hilangkan sesak nafas paling biasa dilakukan ibu hamil.

#3. Tenang, listen to your body

Adalah dinasihatkan untuk mendengar isyarat badan anda dan berehat apabila anda berasa ingin berehat. Apabila anda berasa nafas pendek, cuba berehat.

Hentikan sahaja apa yang anda lakukan dan tarik nafas dalam-dalam sehingga anda mula berasa lebih baik. Ambil rehat kira-kira 20 minit dan kemudian sambung aktiviti anda.

#4. Makan makanan yang sihat

Sejak anda merancang untuk hamil, cuba kekalkan berat badan dan tahap kecergasan yang ideal. Jika kesukaran bernafas anda disebabkan oleh anemia, maka makan makanan seimbang. 

Selain itu, diet yang betul menggalakkan berat badan yang sihat dan memudahkan pernafasan anda. Pastikan menu harian anda ada daging, buah beri dan daun hijau kerana sukar nafas boleh menjadi salah satu gejala anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Elak makanan yang mengandungi gula, lemak, dan garam yang berlebihan. Selain itu, tingkatkan pengambilan vitamin C kerana ia membantu badan anda menyerap zat besi.

#5. Amalkan senaman pernafasan

Hamil atau tidak, senaman pernafasan mungkin membantu meningkatkan kapasiti paru-paru anda dan membolehkan lebih banyak pernafasan dada disebabkan pernafasan perut sukar disebabkan rahim yang membesar.

Latihan ini mungkin membantu dalam mengurangkan hiperventilasi semasa kehamilan. Anda boleh mencuba cara melancarkan saluran pernafasan ini untuk melegakan sesak nafas:

  1. Tarik nafas dalam-dalam sambil mengangkat tangan ke atas dan sisi.
  2. Kemudian hembus nafas sambil menurunkan tangan anda ke sisi.
  3. Angkat kepala anda semasa menarik nafas dan turunkan semasa menghembus nafas.
  4. Tarik nafas panjang ke dalam dada anda, bukannya perut anda, dengan meletakkan tangan anda pada rusuk.
  5. Tolak rusuk anda ke tangan semasa anda menarik nafas dalam-dalam. Amalkan pernafasan dalam supaya anda boleh beralih kepadanya apabila pernafasan melalui perut menjadi sukar.

Cara Hilangkan Asma Dengan Cepat

Sesak Nafas Ketika Hamil Buat Ibu Rasa Tak Selesa, Cuba Cara Ini Untuk Anda Atasinya

Ketika hamil, ibu patut terus mengikuti cara untuk mengendalikan asma yang dihidapi. Anda tidak patut berhenti untuk merawat asma tersebut dan perlulah bercakap dengan doktor anda sebelum melakukan sebarang perubahan di dalam ubatan yang ibu ambil.

Beberapa cara untuk memastikan yang asma anda dalam keadaan terkawal sewaktu hamil termasuklah untuk mengelak daripada punca ia berlaku dan masalah iritasi. Ia termasuklah:

  • Debunga
  • Habuk hama rumah
  • Bulu haiwan peliharaan
  • Asap rokok

Langkah Pencegahan Sesak Nafas Ketika Hamil

  • Jangan terlalu terburu-buru dalam pergerakan seharian kerana ia membuatkan jantung berdegup laju seterusnya udara keluar dan masuk jadi cepat hingga membuatkan anda sukar bernafas.
  • Buat olahraga ringan sahaja semasa mengandung dan tidak mengeluarkan banyak tenaga.
  • Hindari stres yang boleh menyebabkan otak rasa sesak sekaligus nafas jadi susah. Seeloknya sentiasa menjaga fikiran dengan lebih tenang dan bahagia.

Semoga bermanfaat.

  1. Momjunction (June 22, 2022). Shortness Of Breath During Pregnancy: Causes And Remedies. www.momjunction.com/articles/deal-breathing-problems-pregnancy_0080320/
  2. Harvard Medical School (n.d) Shortness of Breath In Pregnancy. www.health.harvard.edu/decision_guide/shortness-of-breath-in-pregnancy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Curi Nafas Masa Bersalin? Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa 8 Bulan Hamil

Baca juga: Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Baca juga: Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Berlarutan Anda Mungkin Hidap Anemia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!