Sijil Anak Angkat, Panduan JPN : Bolehkah Kanak-Kanak Yang Tiada Surat Beranak Dijadikan Anak Angkat?

Sijil anak angkat yang sah memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada pasangan berkahwin lama tetapi belum dikurniakan rezeki anak bercadang untuk mengambil anak angkat. Terdapat beberapa prosedur untuk anda dapatkan sijil anak angkat. 

Cara Memohon Anak Angkat Di Malaysia

Untuk mendapatkan anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia, terdapat dua cara umum:

  1. Secara terus daripada ibu bapa kandung kanak-kanak yang ingin diambil sebagai anak angkat itu
  2. Permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bagi cara nombor satu anda perlu mengikuti beberap prosedur untuk memastikan status anak angkat itu sah di sisi undang-undang iaitu melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi dalam masa tiga bulan selepas menerima Notis Pengangkatan
  2. Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara

Bagi permohonan anak angkat melalui JKM, permohonan boleh dibuat melalui surat, faks, telefon, emel atau yang sebaiknya datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah tempat anda tinggal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarat-syarat Permohonan Anak Angkat JKM

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau
    kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen-Dokumen Permohonan

  • Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri)
  • Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  • Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri)
  • Lain-lain dokumen sokongan seperti laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.

Sijil Anak Angkat Penting Untuk Pengangkatan

Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.

Adakah Wajib Untuk Membuat Pendaftaran Anak Angkat?

Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah Anak Yang Tiada Sijil Kelahiran Dianakangkatkan?

Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah sijil kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.

Bolehkah Kanak-Kanak Yang Lahir Di Luar Negeri Dianakangkatkan Oleh Pasangan Suami Isteri Di Malaysia?

Boleh, dengan syarat kanak-kanak menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan.

eCentral, JPN

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara & Prosedur Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia

Baca juga: Kisah Ambil Anak Angkat Yang Penuh Pahit Manis Untuk Pasangan Ini

Baca juga: Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya…

Penulis

Lala Annuar