Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

Simptom depresi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Pesakit yang mengalaminya cenderung untuk bersendirian dan emosi tidak menentu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom depresi atau kemurungan boleh terjadi tanpa disedari oleh diri sendiri. Ia adalah masalah ‘dalaman’ yang tidak dapat dilihat dan orang sekeliling juga tidak mengetahui keadaan sebenar anda.

Mungkin sesetengahnya melihat diri anda sentiasa bahagia, namun hakikatnya anda sengsara melawan emosi bersendirian di rumah. Ia bukanlah masalah yang boleh diambil mudah kerana sudah berlaku banyak kes sehingga membunuh diri.

Baca juga: Ibu Ayah Hilang Pendapatan Kerana Covid-19 Cenderung Menjejaskan Kesihatan Mental Anak Di Rumah

Simptom depresi yang berlaku tanpa disedari

credit to sources

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat di negara ini didapati mengalami simptom depresi atau tekanan perasaan.

Menurut penaung Befrienders Kuala Lumpur Tan Sri Lee Lam Thye, kajian berkenaan mendapati seramai 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.

Tambahnya lagi, berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi kerana perubahan persekitaran kerja seperti work from home, hilang punca pendapatan dan bimbang terhadap keselamatan.

”Ada juga kes cubaan untuk membunuh diri. Data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara bulan Januari dan Jun pada tahun lalu,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya jika seseorang mengalami masalah kemurungan, mereka akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

#1. Sukar menumpukan perhatian

Sukar untuk fokus terhadap sesuatu pekerjaan boleh menjadi salah satu tanda anda sedang mengalami depresi. Misalnya apabila diberi tugasan oleh majikan, anda akan berdepan dengan waktu sukar untuk menumpukan perhatian serta memahami arahan yang diberikan meskipun ia adalah tugas yang mudah.

Bukan itu sahaja, anda juga akan menganggap tanggungjawab sebagai ibu dan isteri adalah sesuatu yang membebankan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mengalami gangguan tidur

credit to sources

Tanda depresi yang seterusnya adalah mengalami penyakit seperti insomnia di mana anda sukar untuk melelapkan mata terutamanya pada waktu malam. Ini mungkin juga adalah kerana terlalu banyak berfikir sehinggakan susah untuk tidur dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat berjaga malam ini boleh memberikan kesan terhadap prestasi harian, anda akan berasa mudah letih, mengantuk sepanjang hari dan mood menjadi kurang stabil.

#3. Hilang minat terhadap perkara yang disukai

Apa yang selama ini memberikan kegembiraan kepada anda, namun kini mungkin tidak lagi. Anda merasakan ada yang tidak kena dengan diri sendiri, namun tidak berapa pasti akan perkara yang sebenarnya.

Seterusnya, anda juga menyedari bahawa hidup hanya berlalu begitu sahaja kerana otak terlalu banyak berfikir dan dibebani dengan pelbagai perkara yang tidak berkesudahan.

#4. Memiliki tabiat makan yang tidak normal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sesetengah pesakit akan mempunyai hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar. Bukan itu sahaja, cara pengambilan makanan harian adalah cenderung kepada gaya yang tidak sihat.

Makanan yang tinggi kandungan gula, garam atau lemak boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh jika diambil secara berterusan. Misalnya mee segera, burger atau kentang goreng.

#5. Sentiasa dalam keadaan tiada mood

Antara tanda-tanda yang sangat mudah dilihat adalah jika anda kerap marah, mendiamkan diri, enggan berlalu atau ingin selalu bersendirian. Malah, anda juga tidak mahu melakukan apa-apa ketika berada di rumah.

Kebiasaannya orang yang mengalami tekanan atau kemurungan tidak mahu pertolongan dari sesiapa. Namun sebenarnya mereka hanya perlukan kata-kata semangat dan sokongan daripada orang terdekat seperti ahli keluarga, suami dan kawan rapat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, mereka yang mengalami masalah depresi ini turut memiliki kebolehan berbohong dan menipu tentang emosi atau tanda-tanda lebam pada badan. Meskipun jiwa sedang bergelut untuk meneruskan hidup, anda juga sanggup berbohong mengenainya apabila ditanya.

Sekiranya anda merasai berlakunya banyak perubahan terhadap diri, segeralah untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Sumber: Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!