Ibu ayah tengah survey training cup atau cawan sippy yang terbaik untuk anak? Penggunaan cawan sippy ini adalah satu perkembangan yang bermaksud si manja anda sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.
Buat pengetahuan ibu ayah, training cup boleh mula digunakan oleh bayi yang memasuki usia 6 bulan lagi. Ia bukan sahaja membantu si manja berdikari malah memudahkan transisi untuk bayi belajar menggunakan cawan dari botol susu.
Isi Kandungan
Memilih Cawan Sippy Terbaik Untuk Si Manja
Nak memilih training cup pun boleh jadi mengelirukan, apatah lagi dengan lambakan jenis sippy cup yang menarik di pasaran. Kalau nak diikutkan pilihan ibu ayah mahu yang A, tapi bila nampak jenis B berkenan pula untuk diberikan kepada anak.
Bagi memudahkan anda, semak 3 perkara ini terlebih dahulu:
Fungsi
- Memandangkan si manja baru belajar menggunakan training cup, cari yang anti-tumpah. Sippy cup jenis ini biasanya tidak mudah tumpah apabila disengetkan.
- Pilih jenis corong yang disukai si manja. Ada yang sukakan jenis lembut, keras, straw dan ada juga yang boleh digunakan seperti cawan biasa.
Mudah dibersihkan
- Cari training cup yang pada anda, mudah untuk dibersihkan. Sesetengah sippy cup sukar dibersihkan dan ini menyebabkan ibu ayah tak sedar yang ruang dalamnya sudah menghitam dan dipenuhi bakteria yang menyebabkan si manja jatuh sakit.
Material
- Material haruslah bebas BPA.
Cawan Sippy Terbaik Di Malaysia
Philips AVENT My Easy Sippy Soft Spout Cup
Terbaik dengan silikon lembut
|
Beli di Shopee |
OXO Tot Grow Soft Spout Sippy Cup with Removable Handles
Terbaik mudah dibersihkan
|
Beli di Shopee |
Mamimami Home Toddler Learning Cup
Terbaik rekaan minimalis
|
Beli di Lazada |
Heorshe Dental-Care Sippy Cup / Learning Cup
Terbaik anti-kolik
|
Beli di Shopee |
KU.KU Duckbill Training Cup
Terbaik harga murah
|
Beli di Shopee |
Tommee Tippee Spout Cup
Terbaik untuk anak suka menggigit
|
Beli di Shopee |
Munchkin Click Lock Weighted Flexi-Straw Cup
Terbaik untuk bayi aktif
|
Beli di Shopee |
Nuby Two-Handle Flip N' Sip Straw Sippy Cup
Terbaik anti-tumpah
|
Beli di Shopee |
Philips AVENT My Easy Sippy Soft Spout Cup
Terbaik dengan silikon lembut
Si manja boleh minum dari cawan dengan lebih cermat dengan Philips Avent My Easy Sippy Cup! Cawan dengan reka bentuk ergonomik dan muncung silikon lembut ini pastinya serasi untuk gusi dan gigi anak. My Easy Sippy Cup direka untuk kanak-kanak yang berumur 9 bulan ke atas.
Fungsi:
- Direka dengan injap terpadu satu bahagian untuk mengelakkan tumpahan
- Tekstur anti-slip yang bergelombang mudah dipegang oleh tangan kecil
- Fleksibel, muncung silikon lembut pada gusi
Mudah dibersihkan:
- Bahagian yang sedikit menjadikan pemasangan dan pembersihan yang mudah
- Selamat digunakan dalam mesin cuci pinggan mangkuk
Material:
- Plastik bebas BPA
OXO Tot Grow Soft Spout Training Cup with Removable Handles
Terbaik mudah dibersihkan
XO’s Transitions Soft Spout Sippy Cup dengan Removable Handles mempunyai corong kadar aliran semula jadi untuk peralihan yang mudah dari pemberian botol, dan dilindungi dari kebocoran oleh penutup yang mudah dibuka.
Produk ini mempunyai tanda ukur yang mudah, dan pegangan yang lembut, tidak tergelincir dan boleh ditanggalkan.
Fungsi:
- Cerat berbentuk almond yang dipatenkan sesuai dengan lelangit bayi dan mudah dibuka untuk menghirup
- Mempunyai kadar aliran semula jadi untuk peralihan mudah dari botol
- Cengkaman yang lembut, selesa, tidak tergelincir, dan pemegang yang berkontur dan boleh disesuaikan membantu si kecil mengawal minum
- Tanda aras air yang mudah
Mudah dibersihkan:
- Penutup berengsel menjaga corong agar bersih dan tahan kebocoran
- Penutup boleh ditanggalkan untuk memudahkan pembersihan
Material:
- Plastik bebas BPA
Mamimami Home Toddler Learning Cup
Terbaik rekaan minimalis
Mahukan sippy cup yang minimalis dengan harga yang berpatutan? Mamimami adalah jawapannya. Produk ini didatangkan dalam reka bentuk ringkas dan hadir dengan warna-warna pastel menarik, yang jarang kita dapat lihat pada barangan bayi.
Fungsi:
- Didatangkan dengan straw
- Penutup yang serasi dan ketat bagi mengelakkan bendasing masuk
- Anti tumpah
Mudah dibersihkan:
- Mudah dibersihkan dengan air suam dan sabun
- Selamat digunakan dalam mesin cuci pinggan mangkuk
Material:
- Silikon yang lembut
He Or She Dental Care Training Cup
Terbaik anti-kolik
Injap anti kolik dual vent pada produk ini untuk membantu mengelakkan penyerapan udara, menghalang kejadian tersedak. Reka bentuk penjagaan gigi yang unik dengan sayap kecil ditambahkan ke puting susu membantu menyebarkan bahagian depan secara seragam semasa menghisap. Ia juga didatangkan dalam reka bentuk yang kemas dan versatil!
Fungsi:
- Sesuai untuk membantu peralihan dari botol ke cawan
- Membantu mengurangkan pengambilan gas, cecair hanya keluar semasa bayi menyusu
Mudah dibersihkan:
-
Selamat untuk penggunaan mesin pencuci pinggan
Material:
- Bahan anti-bakteria polimer tinggi rintangan haba maksimum
- Bahan PP gred makanan mudah alih tahan debu
- Bebas BPA
KU.KU Duckbill Training Cup
Terbaik harga murah
Ku Ku Duckbill Training Cup dengan straw yang muncul secara automatik melalui sudut ergonomik, memberikan pengalaman minum yang selesa untuk bayi anda. Pegangan yang mudah ditanggalkan mudah digenggam oleh tangan kecil, membantu mengembangkan keupayaan untuk memahami.
Fungsi:
- Bentuk yang ergonomik
- Menggunakan straw
Mudah dibersihkan:
- Gunakan air suam untuk bilas dan bersihkan selepas setiap penggunaan, serta basmi kuman menggunakan air panas mendidih selama lima minit.
Material:
- Bebas BPA
Tommee Tippee Spout Cup
Terbaik untuk anak suka menggigit
Sesetengah anak kecil suka menggigit atau mengunyah puting botol mereka, jadi mereka akan melakukan tabiat yang sama ini terhadap sippy cup mereka pula. Jika si manja anda tergolong dalam kategori ini, cawan jenis ini terbaik untuk anak anda kerana ia mempunyai corong yang keras dan tahan gigitan.
Fungsi :
- Anti-tumpah
- Pemegang mudah genggam yang boleh ditanggalkan sesuai untuk tangan kecil
- Walaupun corong keras namun masih lembut pada gusi bayi
Mudah dibersihkan :
- Injap dua keping boleh tanggal, mudah dibersihkan
Material :
- Bebas BPA
Munchkin Click Lock Weighted Flexi-Straw Cup
Terbaik untuk bayi aktif
Training cup dengan kapasiti air sebanyak 7 oz dengan penyedut minuman ini mempunyai ciri istimewa iaitu ia akan mengeluarkan cecair dari mana-mana sudut, menjadikannya pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang aktif bergerak.
Ia juga mempunyai penutup atas flip dan fungsi click lock, jadi anda tidak perlu risau tentang tumpahan ketika digunakan. Si manja anda boleh memegang cawan seperti botol tetapi minum melalui penyedut minuman. Unik kan?
Fungsi :
- Menggunakan straw yang mempunyai pemberat
- Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Mudah dibersihkan :
- Selamat untuk penggunaan mesin pencuci pinggan
Material :
- Bebas BPA
Nuby Two-Handle Flip N’ Sip Straw Training Cup
Terbaik anti-tumpah
Jika anda seorang ibu yang cermat, sippy cup ini pilihan terbaik untuk bayi anda. Cawan ini mempunyai injap touch-flo khas yang hanya mengeluarkan air apabila ada penyedutan jadi ia tidak akan tumpah walaupun cawan digoncang atau dibaling anak!
Fungsi :
- Sesuai untuk bayi berusia 12 bulan ke atas kerana straw yang perlu disedut
- Mempunyai penutup flip-it yang unik ditutup apabila tidak digunakan, memastikan penyedut minuman bersih daripada kotoran dan kuman
Mudah dibersihkan :
- Mudah dibersihkan dengan air suam dan sabun
Material :
- Bebas kimia dan BPA
Perbandingan Harga Cawan Sippy Terbaik Di Malaysia
Jenama | Paras Kuantiti | Harga |
Philips AVENT My Easy Sippy Soft Spout Cup | 7 oz | RM29.75 |
OXO Tot Grow Soft Spout Sippy Cup with Removable Handles | 6 oz | RM51.90 |
Mamimami Home Toddler Learning Cup | 5 oz | RM14.30 |
He Or She Dental Care Sippy Cup | 6 oz | RM89 |
KU.KU Duckbill Training Cup | 9 oz | RM18 |
Tommee Tippee Spout Cup | 8 oz | RM34.90 |
Munchkin Click Lock Weighted Flexi-Straw Cup | 7 oz | RM29.90 |
Nuby Two-Handle Flip N’ Sip Straw Sippy Cup | 8 oz | RM31.90 |
Jenis Cawan Sippy
Kalau diikutkan dulu, training cup cuma ada dengan corong keras dan straw sahaja. Tetapi kini dah banyak pilihan yang memudahkan ibu ayah untuk pilih mengikut kesukaan si manja.
Terdapat empat jenis training cup yang ada di pasaran iaitu;
- Corong keras
- Corong lembut
- Straw
- Rata atau 360 darjah
Muncung lembut dan straw adalah pilihan yang popular kerana ia lebih menyerupai puting dan lebih mudah untuk anak kecil belajar cara minum menerusinya, namun sebenarya straw adalah lebih baik untuk perkembangan motor mulut, tetapi kebanyakan bayi tidak dapat mengetahui cara menggunakannya sebelum mereka berumur 9 hingga 12 bulan.
Selain straw dan muncung, terdapat jenis cawan yang mempunyai kelebihan 360 darjah untuk membolehkan minum dari semua sisi lebih memudahkan anak belajar untuk minum sendiri.
Secara umumnya, training cup yang terbaik adalah yang disukai atau diterima anak anda. Ibu digalakkan meletakkan air kosong, susu formula, susu ibu atau susu segar (untuk kanak-kanak lebih setahun) dalam cawan dan elakkan meletak minuman tinggi gula seperti jus.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!
Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja