Variasi Resepi Siput Sedut Menu Kampung Asli, Sedap Dan Menyelerakan

Siput sedut sememangnya satu menu kampung yang sangat menyelerakan, apatah lagi apabila digandingkan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan yang salah satu menu masakan kampung yang disukai ramai masyarakat kita adalah siput sedut masak lemak cili api. Ia sememangnya satu hidangan yang cukup menyelerakan, biarpun bagi mereka yang tiada selera makan, pastinya ia membuka selera.

Namun begitu, tahukah anda cara untuk memasak resepi asli siput sedut masak lemak cili api ini? Caranya mudah sahaja, tetapi sebelum itu, anda perlu tahu cara untuk membersihkan siput ini terlebih dahulu sebelum memasaknya.

Kalau masih mentah disebut dipanggil siput belitung tetapi bila dimasak namanya siput sedut kerana perlu menyedut dahulu untuk keluarkan isinya yang kenyal tetapi sedap!

Ternyata hidupan ini bukan sahaja memiliki sumber protein yang baik malah kaya dengan asid amino. Ia juga merupakan sumber folat yang baik untuk dimakan oleh ibu mengandung.

Didalamnya turut mengandungi kandungan tinggi vitamin A dan C yang baik untuk meningkatkan imun.

Hidangan siput sedut masak lemak cili api ini hanyalah salah satu cara untuk memasak siput ini. Terdapat banyak lagi cara lain untuk memasaknya, tetapi biasanya ia menu masak lemak cili api adalah cara masakan untuk siput ini yang paling digemari ramai kerana rasanya yang berlemak dan pedas lazat.

Anda boleh mencuba salah satu resepi siput sedut yang kami kongsikan. Salah satu resepi ini adalah dikongsikan oleh Che Nom, yang mana terkenal dengan menu masakan kegemaran rakyat Malaysia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi siput sedut masak lemak

Bahan-bahan:

  • 700g siput belitung
  • 4 cawan santan sederhana cair
  • ATAU 2 kotak kecil santan + air
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa, jika suka

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Potong kasar cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia (opsyenal), kunyit hidup (kalau tiada boleh ganti dengan kunyit sebuk).
  2. Masukkan bahan potong kasar dan air separuh tenggelam. Kemudian kisar halus.
  3. Serai, trim hujung akar dan batang, buang lapisan yang keras kemudian titik atau tumbuk serai.
  4. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak sampai naik wap panas (tapi belum mendidih).
  5. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.
  6. Untuk masakan lebih berlemak, boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung).
  7. Masukkan asam keping, serai dan koyak masuk daun kunyit. Kerap kacau sampai mendidih.
  8. Masukkan siput sedut dan kacau anggaran 5 minit atau sampai mendidih (naik gelegak sekali sahaja), tidak perlu masak lama sebab siput sudah dicelur tadi.
  9. Tambah santan, serbuk perasa dan garam mengikut selera masing-masing.
  10. Bila sudah mendidih sekali boleh tutup api dan hidang.
  11. Selepas masak biarkan siput terendam anggaran 1/2 jam barulah makan barulah kuah bergaul sebati dengan siput.

Resepi siput sedut masak berlada

Bahan-bahan:

  • 500 gm Siput belitung
  • 4/5 tangkai Cili kering 
  •  1/2 batang Cili merah
  • 5 biji Bawang merah 
  • 2 biji Bawang putih 
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb gula
  • Garam
  • Perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumbuk cili kering, cili merah, bawang besar dan bawang putih sehingga lumat. Kalau malas nak tumbuk boleh kisar sahaja.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Tumis sehingga pecah minyak dan garing
  4. Masukkan gula, garam dan sos cili. Tuang sedikit air.
  5. Gaul sebati.
  6. Masukkan siput sedut yang telah dicuci bersih.
  7. Masak dalam 5-10 minit.
  8. Siap untuk dihidang

Cara basuh siput sedut:

  1. Rendam siput sampai tenggelam dan gosok-gosok kulit supaya lumpur dapat dibersihkan.
  2. Tapis dan bilas dengan air. Ulang proses 2 hingga 3 kali sampai air jernih. Nak berus satu – satu juga boleh.
  3. Rendam siput dengan air garam dan tutup selama 30 minit (tujuan untuk siput muntahkan pasir dalam siput tersebut).
  4. Bilas dengan air sekali lagi.
  5. Potong buang hujung ekor cengkerang anggaran 3 ruas siput supaya ada ruang udara untuk kita sedut masa makan nanti. Boleh guna gunting atau pisau potong daging untuk memotong.
  6. Celur siput dengan air panas anggaran 30 saat dan kacau-kacau.
  7. Toskan air dan ketepikan dulu.

Cara siang siput sedut guna serbuk kunyit:

Selain dari cara Che Nom, anda juga boleh cuba cara basuh siput sedut menggunakan petua yang dikongsikan oleh Nora Anne dalam grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi petua basuh siput sedut mengunakan serbuk kunyit sahaja.Mudah sangat!
  1. Keluarkan siput yang berselut dan letak dalam besen.
  2. Masukkan air paip agak-agak.
  3. Campurkan serbuk kunyit dua tiga sudu. Gaul rata dan biarkan dalam 15-20 minit.
  4. Selepas itu, bolehlah potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung.
  5. Bilas siput sedut sehingga bersih.

Saya guna playar je. Dah potong semua bontot siput tadi boleh bilas macam biasa sehingga warna pada kulit siput bersih dan cerah takde selut, tak ada serpihan anda potong tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara bersihkan siput sedut dengan cepat dan mudah:

Bagi yang tiada masa untuk membersihkan siput sedut yang agak memakan masa,anda boleh menggunakan water jet sahaja. Dengan alat ini, siput sedut mudah dan cepat dibersihkan. Basuh 2-3 kali dah boleh masak. 

Jom ikuti perkongsian lelaki ini menerusi Tiktok miliknya.

  1. Masukkan air ke dalam baldi. 
  2. Masukkan siput sedut ke dalam baldi tadi.
  3. Kacau rata sebelum disembur dengan water jet.
  4. Setelah air bertukar keruh, gantikan air baharu
  5. Sembur lagi sehingga air menjadi jernih.
  6. Dah siap

Nak lagi jelas, boleh rujuk video di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@cikgufer cara buat isteri autohappy.. #siputsedut #bersihkansiput #waterjet ♬ Happy Music – Mystix Instrumentals

Tip memasak siput sedut masak lemak cili api:

  • Untuk siput muntahkan pasir dalam siput tu rendam dengan air garam dan tutup selama 30 minit.
  • Petua untuk elak santan pecah minyak, boleh letak garam masa awal-awal masak.
  • Boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung) untuk masakkan lebih berlemak.
  • Bila santan dah mula mendidih, kerap kacau untuk elak santan pecah.
Resepi Che Nom , Nora Anne’s, Julie’s Cooking

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Farhana Fuad