Susahnya Nak Beli Skrub Muka Ketika Kawalan Pergerakan, Jom DIY Guna Bahan Dari Dapur!

Untuk mendapatkan wajah yang sihat, anda perlu sentiasa rajin menggunakan skrub muka sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jom cuba diy skrub dari rumah!

Tahukah anda bahawa skrub muka boleh dibuat sendiri menggunakan beberapa resepi terbaik yang mampu menjaga kesihatan kulit?

Apa yang menarik adalah bahan-bahan yang diperlukan adalah tidak mahal dan mudah diperoleh. Bahkan, kebanyakannya sudah tersedia di dalam dapur anda!

Kepentingan skrub muka

foto: quora

Membuat sendiri skrub muka bukanlah perkara yang sukar dan ia dijamin tidak akan memberikan kesan negatif kepada wajah anda.

Justeru, kami ingin berkongsi cara yang betul untuk menanggalkan sel kulit mati secara semula jadi. Anda boleh membuka almari dapur dan lakukan mix and match bahan-bahan biasa mengikut kesesuaian kulit wajah.

Ketika melumurkan skrub muka, anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan kerana wajah juga memerlukan sentuhan penuh kelembutan.

Hal yang lebih penting adalah anda perlu bersabar dan konsisten dalam menjaga bahagian wajah bagi mendapatkan hasil terbaik buat jangka masa yang panjang.

Mainkan bahagian belakang tangan ke pipi anda dan lihat jika ia terasa kering atau sedikit bersisik.

Jika ya, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan skrub muka. Ramai wanita tidak menyedari bahawa kulit yang kering akan menyebabkan hilang seri wajah serta kesukaran menerima manfaat dari pelembap, minyak dan serum.

Rangkaian produk mewah ini tidak dapat menembusi lapisan kulit mati dengan efektif. Justeru, anda disarankan untuk melakukan skrub muka 1-3 kali sahaja bagi tempoh seminggu.

5 resepi skrub wajah buatan sendiri

Membuang sel kulit mati pada wajah adalah rutin yang sangat penting. Kami mencadangkan anda melakukannya supaya sel kulit baru dapat digalakkan dan menggelakkan pori dari tersumbat.

Bukan itu sahaja, malam adalah waktu yang terbaik untuk skrub muka bagi membolehkannya menyerap dengan berkesan. Keesokan paginya anda akan merasai kulit lebih lembut dan licin!

#1. Skrub oat lembut

foto: Beauty & Health tips

Tekstur oat menenangkan dan bersifat anti-radang adalah sesuai untuk kulit sensitif. Penggunaan bahan ini dapat menanggalkan pori tersumbat, membersihkan  kotoran dan minyak.

  •  ½ cawan oat 
  • Air

Kisarkan oat sehingga halus. Letakkan oat ke telapak tangan, kemudian tambahkan air sehingga ia membentuk seperti pes.

Lumurkannya ke bahagian muka dan leher. Lebihan skrub oat perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan boleh digunakan pada hari kemudian.

Tips: Selain dari air, anda boleh menambah susu atau yogurt dengan asid laktik sebagai exfoliant. Atau, tambah cuka epal dengan asid malik untuk fungsi pencerahan.

#2. Gula perang dan madu

Ia adalah campuran pelembap semula jadi bersama-sama dengan madu. Penggunaan gula berfungsi menghilangkan kedutan, membersihkan pori-pori dan mengekalkan kelembapan wajah.

  • 1 sudu gula perang 
  • 1 sudu madu (lebih baik yang asli)

Campurkan gula perang dan madu menggunakan hujung jari yang bersih. Gosok perlahan ke bahagian muka dengan gerakan secara bulatan untuk menanggalkan kulit mati dengan mudah.

Kemudian, bilas dengan air suam dan keringkan menggunakan kain yang bersih.

#3. Serbuk penaik

credit to sources

Dengan tekstur yang begitu halus, serbuk penaik bertindak seperti microdermabrasion di rumah untuk semua jenis kulit.

Bahan murah ini akan menyerap lebihan minyak dan sangat berkesan kepada anda yang mengalami masalah kulit berminyak.

  • 1 sudu teh serbuk penaik

Tambahkan 1 sudu teh serbuk ke dalam pencuci muka.

#4. Kopi & minyak 

Kopi adalah bahan yang sering digunakan untuk seluruh badan dan bahagian sensitif seperti wajah.

Selain itu, kopi dikatakan tinggi dengan antioksida yang menjadikan kulit kelihatan lembut dan sihat.

  • 1 sudu teh kopi
  • 1 sudu minyak (jojoba, zaitun atau rosehip)

Jangan buang lebihan kopi dari minuman pagi anda. Hanya tambah 1 sudu minyak kedalamnya dan anda telah mendapat skrub wajah yang lembut.

Bukan itu sahaja, skrub kopi (dengan tambahan minyak pati) sangat baik untuk menghilangkan selulit.

#5. Beras dan putih telur

Serbuk beras dijadikan sebagai pencuci wajah kerana mempunyai fungsi pencerahan  yang sangat baik.

Tepung beras perang mempunyai manfaat menyerap minyak dan antiradang yang membantu merawat kulit berminyak dan sensitif. Anda boleh campur satu sudu makan serbuk badam jika ada masalah penuaan.

  • 2 sudu beras merah
  • Putih telur

Kisar beras perang sehingga halus. Tambahkan putih telur sehingga membentuk seperti pes, kemudian gosok perlahan-lahan ke bahagian wajah bagi menanggalkan sel kulit mati.

Kemudian, bilas dengan air suam.

Sumber: Hello Glow

Kredit foto: Tarte Cosmetics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdiy-hand-sanitizer