X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Minyak Kelapa Adalah Berbahaya & Tidak Baik Untuk Kesihatan - Penelitian Harvard

4 min bacaan
Minyak Kelapa Adalah Berbahaya & Tidak Baik Untuk Kesihatan - Penelitian Harvard

Minyak kelapa yang digunakan setiap hari dikatakan beracun oleh seorang professor dari Harvard. Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?

Seorang profesor dari Universiti Harvard, Dr. Karin Michels mengatakan minyak kelapa adalah racun.

Betul ke? Kenapa dan apa penjelasan beliau tentang hal ini? Ada sokongan sains ke?

Jom kita semak.

Benarkah minyak kelapa mengandungi racun?

minyak kelapa

Kredit: iStock

Di Asia, kita menggunakan minyak kelapa untuk memasak dan secara topikal – pada kulit dan rambut kita dan bayi kita.

Ada juga mengatakan, setiap bahagian pokok kelapa ada kegunaannya. Airnya yang manis, isi yang dibuat minyak, daun untuk membuat pondok dan batang untuk membuat bot.

Jadi sangat mengejutkan apabila profesor dari Harvard ini memanggilnya sebagai racun dalam video di YouTube yang mendapat tontonan hingga 1.3 juta ini.

Selepas mendapat kecaman di Internet, dia telah meminta maaf kepada orang ramai dan mengatakan yang pemilihan perkataannya itu tak tepat.

Dia hanya mahu memberitahu tentang lemak tepu dalam minyak masak dan ia perlu digunakan dengan berhati-hati.

minyak kelapa

Lemak adalah sebahagian daripada nutrisi penting yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jenis dan kuantiti lemak yang salah boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung.

Minyak kelapa mengandungi 87% lemak tepu. Minyak zaitun atau minyak sayuran pula hanya mengandungi 14% lemak tepu.

Jadi, walaupun ia boleh meningkatkan rasa makanan, minyak kelapa boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan pada jantung anda berbanding minyak sayuran.

Tapi ia juga mempunyai beberapa kelebihan. Seperti lemak lain yang datang dari tumbuhan, ia mengandungi vitamin lemak larut – A, D, E dan K.

Minyak kelapa juga mengandungi mengandungi asid lemak rantaian sederhana lebih-lebih lagi asid laurik. Asid lemak rantaian sederhana dikatakan kurang menggemukkan.

Bagaimana pun, peratus lemak tepu telah mengatasi kelebihannya jika digunakan sebagai sumber utama lemak.

Minyak kelapa: Apa yang anda perlu lakukan?

minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak memasak, khasiat minyak kelapa, keburukan minyak kelapa. faedah minyak kelapa

Lemak adalah penting tapi ia mendatangkan masalah. Jadi kita perlu memilih jenis dan kuantiti lemak yang betul.

1# Guna minyak yang betul

Lemak polyunsaturated adalah yang paling selamat, jadi gunakan minyak seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahati atau minyak soya untuk memasak.

Pastikan anda periksa kuantiti anda, hanya kerana ia bagus, tak semestinya anda perlu gunakan dengan banyak.

2# Gunakan lemak tepu dengan berhati-hati

Kawal makanan yang mempunyai lemak tepu seperti butter. Ia bukanlah racun seperti yang dikatakan tapi lebih baik untuk anda kawal penggunaannya.

3# Pilih makanan yang betul

Avokado adalah lemak yang baik seperti biji bunga matahari. Seimbangkan keperluan lemak anda dengan mengawal makanan anda.

Walaupun profesor tersebut telah meminta maaf, ini tak bermakna yang minyak kelapa ada baik. Ia benar sedap, tetapi anda tak perlu menambahnya dalam setiap hidangan anda.

Ia juga selamat untuk digunakan ke atas kulit cuma jangan tambah dengan bahan-bahan lain yang anda tak tahu keselamatannya.

Elak menggunakan minyak masak yang sama berulang kali

Minyak Kelapa Adalah Berbahaya & Tidak Baik Untuk Kesihatan - Penelitian Harvard

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Menurut Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak kelapa sawit atau dikenali sebagai minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.

Semasa menggoreng, minyak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia. Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng.

Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

“Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.

Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

“Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang,” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Htapah

Baca juga: Bahaya Anak Gemar Makan Sosej, Ia Sebenarnya Penyebab Leukemia & Kanser Usus!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Minyak Kelapa Adalah Berbahaya & Tidak Baik Untuk Kesihatan - Penelitian Harvard
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham