Ini Sebab Mengapa Ibu Baru Wajib Ada Sleep Tracker, Elak Anda Berjaga Malam & Dapat Rehat Lebih

Sleep tracker dikatakan amat penting bagi ibu-ibu baharu bagi memudahkan anda mengetahui lebih details mengenai pola tidur si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan merupakan pengalaman yang mengubah hidup ibu ayah, bahkan bulan-bulan pertama selepas kelahiran adalah waktu paling sukar bagi kebanyakan ibu. Namun tahukah bahawa sleep tracker mampu mengelakkan anda dari berjaga malam?

Kehadiran cahaya mata membuatkan anda mula belajar mengenai parenting dan hakikatnya banyak memberikan kejutan meskipu seberapa banyak persiapan sudah dilakukan.

Ketika tubuh ibu masih dalam fasa pemulihan, anda perlu berusaha menyesuaikan diri dengan pola tidur bayi baru lahir yang sangat tidak teratur. Lebih dari sekali si kecil akan berjaga malam dan ibu juga perlu bangun untuk menenangkannya.

Kesannya, ibu akan mengalami kurang tidur, berasa letih sepanjang hari dan tiada masa untuk menjaga diri. Gerakan menjadi lambat, badan berasa sakit dan rasa mengantuk sepanjang waktu. Selain itu kerja rumah yang biasanya mudah dilakukan kini menjadi beban.

Oleh sebab itu, hal yang boleh kami bantu ibu-ibu adalah menjadikan hidup anda lebih teratur. Dan inilah tujuan kami sediakan sleep tracker penjagaan bayi yang baharu di aplikasi theAsianparent. Alat tersebut telah direka, diuji dan disahkan secara khusus oleh ibu seperti anda. Ia dicipta khas untuk kegunaan ibu-ibu. Ciptaan ini dengan bangganya kami panggil #ForMumsByMums.

 

Apakah sleep tracker bayi?

Sleep tracker membantu anda menjejaki kitaran hidup bayi. Berapa jam tidur si kecil anda? Bilakah mereka bangun? Adakah mereka memperoleh jumlah tidur yang diperlukan? Sleep tracker akan membantu menjawab soalan ini.

Apabila anda mencatat tabiat waktu tidur si manja, anda boleh melihat corak dan tingkah laku dengan cara yang lebih mudah dan bermakna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa yang sama, anda mendapat peluang untuk mengatur kitaran tidur anda, bila anda boleh keluar dari rumah, mandi, memasak ataupun membaca buku.

Kerana ibu layak mendapatkan lebih

theAsianParent telah bekerjasama secara meluas dengan ibu tempatan bagi mencipta sleep tracker. Masalah ini hanya ibu yang melaluinya sahaja akan faham sepanjang bulan-bulan pertama selepas bersalin.

Pandangan-pandangan berharga inilah yang kami satukan ke dalam alat ini untuk beri manfaat kepada ibu baharu.

Tidak ada istilah selesai ketika menjadi ibu dan itulah sebabnya anda layak mendapatkan lebih. Anda layak mendapatkan waktu lebih untuk diri sendiri. Anda layak mendapatkan waktu lebih untuk bersantai setelah siap menunaikan semua tanggungjawab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan pelbagai bentuk sokongan boleh anda dapatkan bagi membantu perjalanan parenting yang penuh mencabar ini.

Tujuan aplikasi ini adalah membuatkan hidup ibu menjadi lebih mudah meskipun banyak halangan. Satu-satunya yang perlu ibu lakukan adalah memuat turun aplikasi sleep tracker kami secara percuma sama ada di Google PlayStore atau iOS App Store.

Adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kesihatan keseluruhan bayi anda, tetapi ibu juga perlu mendapatkan tidur malam yang nyenyak. Namun apabila menyentuh mengenai corak tidur si manja anda, sleep tracker ini adalah sangat berguna.

Memandangkan anda masih dalam fasa meneroka cara bagaimana menjadi seorang ibu, alat ini setidaknya mampu mengurangkan satu beban ibu.

Selearas dengan tidur bayi anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggunakan sleep tracker atau penjejak tidur adalah proses yang agak mudah dan anda hanya memasukkan maklumat ke dalam aplikasi. Berikut adalah perkara yang akan diminta oleh aplikasi kepada anda:

  • Waktu mula tidur
  • Waktu bangun

Semudah itu. Tidak sampai seminit memasukkan maklumat tersebut, anda sudah memperoleh sesuatu yang sangat berharga. Alat ini akan membantu hidup anda menjadi lebih terurus dalam banyak aspek.

Mengapa ibu memerlukan aplikasi sleep tracker untuk bayi anda?

Aplikasi ini mampu mengurangkan rasa cemas ibu dan bertindak sebagai perantara antara kesimpulan anda sendiri serta perkara yang diketahui oleh doktor.

Sebagai ibu baharu, adalah wajar jika anda berasa risau dalam banyak perkara. Aplikasi ini mampu memberikan informasi-informasi tepat yang akan membantu ibu lebih memahami keadaan bayi.

Ini antara sebab mengapa anda perlu menggunakan sleep tracker:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memudahkan ibu memantau pola tidur bayi
  • Membantu menganalisa pola tidur dengan bantuan grafik mingguan dan bulanan
  • Mendapatkan analisis ahli dan pelan tidur sesuai keperluan bayi
  • Tersedia ruang untuk mencatat semua informasi agar tidak lupa
  • Membolehkan ibu mendapatkan waktu tidur yang lebih berkualiti

Berapa banyak waktu tidur yang diperlukan oleh bayi?

Semakin bayi bertambah besar, pola tidur mereka akan terus berubah dan begitu juga jam tidurnya.

Bayi baru lahir memerlukan 14 hingga 17 jam tidur setiap hari selama tiga bulan pertama hidupnya. Sesetengah bayi tidur hingga 18 hingga 19 jam dalam sehari dengan terjaga hanya 2 hingga 3 jam untuk menyusu.

Bermula 4-11 bulan, bayi memerlukan kira-kira 12 hingga 15 jam tidur, ia berkurang kepada 11 hingga 14 jam untuk kanak-kanak berusia antara 1 dan 2 tahun.

Apabila kanak-kanak memasuki prasekolah, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 9 hingga 11 jam tidur setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan corak tidur yang berubah begitu pantas, lebih mudah anda menjejaki perubahan ini dengan menggunakan aplikasi sleep tracker kami.

Ingat: Setiap bayi adalah berbeza dan akan mempunyai waktu bangun berbeza. Perhatikan bila si manja anda menunjukkan tanda-tanda keletihan, menggosok-gosok mata, menangis dan sebagainya. 

Gunakan alat pemantau tidur aplikasi ini untuk menciptakan pola tidur yang sesuai keperluannya sehingga membolehkan ibu mengatur rutin harian lebih mudah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Latih Anak Tidur Awal Setiap Malam, Baik Untuk Otak & Ibu Ayah Dapat Rehat Lebih 

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

Baca juga: Tetapkan Jadual Tidur Bayi 90 Minit Setiap Hari Agar Si Manja Tidur Lena Pada Waktu Malam