Tahniah ibu ayah! Si manja kini sudah mencapai usia yang tepat untuk mula mengenali makanan pejal yang berkhasiat bagi menampung keperluan nutrisinya! Bagi ibu ayah yang sentiasa sibuk, makanan ringan seperti snek untuk bayi 6 bulan juga sesuai untuk diperkenalkan.
Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas, biasanya ibu ayah boleh memulakan makanan pejal dengan bubur kosong atau puri buah, tetapi bagi ibu ayah yang tidak sempat menyediakan makanan boleh juga memberikan snack untuk bayi 6 bulan ke atas; asalkan berkhasiat, mudah dicerna dan disediakan tanpa gula dan garam!
Tips Memilih Makanan Ringan Untuk Bayi 6 Bulan dan Ke Atas
Ibu ayah, jika memilih snack untuk bayi 6 bulan, tidak boleh sembarangan ya.
Hal ini kerana si manja baru hendak memulakan perjalananan makannya jadi dia sebenarnya sedang belajar mengunyah, menelan, merasai tekstur baru serta memegang makanan.
Berikut merupakan beberapa panduan memilih snack untuk bayi:
- Pastikan snack mengandungi ramuan yang berkhasiat, tanpa sebarang perasa tambahan, MSG dan bahan merbahaya.
- Cari snack tanpa gula dan garam.
- Tekstur yang mudah dikunyah dan ditelan; misalnya puri atau puff mudah larut.
- Baca label yang menyatakan ia sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas.
- Elakkan memberi makanan dengaan ramuan/perisa yang ibu ayah belum beri pada anak, untuk mengelakkan risiko alergi.
9 Snek Atau Makanan Ringan Untuk Bayi 6 Bulan Terbaik Di Malaysia, Sesuai Untuk Si Manja Yang Baru Mulai Makan
Bagi membantu ibu ayah, kami di theAsianparent telah menyediakan senarai snack untuk bayi 6 bulan ke atas yang boleh dipertimbangkan. Yang penting, kesemua produk ini memenuhi syarat yang disenaraikan di atas!
Makanan Ringan Bayi 6 Bulan
| Ddoddomam Organic Rice Rusk Series Terbaik Jenis Biskut Beras | | View Details | Beli di Shopee |
| Baby Natura Organic Riceberry Puffs (Mixed Veggies) Terbaik Jenis Puff Sayuran | | View Details | Beli di Shopee |
| Ibu Anis Natural Snack Fruit Terbaik Jenis Buah-buahan Kering | | View Details | Beli di Shopee |
| Fawwaz Puff Cheezy Chicken Terbaik Jenis Keropok | | View Details | Beli di Shopee |
| Hugging Baby Organic Buckwheat Puff Terbaik Untuk Bayi Alergi | | View Details | Beli di Shopee |
| Bubs Organic Toothy Rusks Terbaik Untuk Gatal Gusi | | View Details | Beli di Shopee |
| Rafferty's Garden Healthy Organic Baby Food Puree Terbaik Jenis Puri | | View Details | Beli di Shopee |
| Danalac Baby Biscuits Terbaik Tinggi Kalsium Dan Vitamin | | View Details | Beli di Shopee |
| Little Freddie Pouches Greek Style Yoghurt Terbaik Jenis Yogurt | | View Details | Beli di Shopee |
Makanan Ringan Terbaik Jenis Biskut Beras
Dddoddoman Organic Rice Rusk merupakan snek sihat buat si manja yang bukan sahaja mudah larut dalam mulut, malah lebih sihat kerana dibuat hanya dengan panas dan tekanan, jadi tidak ada minyak dan rendah kalori!
Bentuk snek ini juga mudah dipegang dengan ukuran terbaik untuk bayi, namun kekal rangup dan mencair di mulut anda dengan mudah.
Ia didatangkan dengan pek kemas yang mudah dibuka dan tutup dengan zip kunci, malahan saiz sempurna untuk dibawa sebagai makanan ringan, atau semasa dalam perjalanan.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: Tepung beras organik (Korea)
- Tekstur: Rusk mudah larut
- Perisa: Labu manis/asli/keledek/bayam/epal/pisang
Apa yang kami suka?
- Disahkan HALAL oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).
- Hanya menggunakan bijirin bebas kimia yang ditanam tanpa menggunakan racun perosak kimia.
- Digoreng tanpa minyak
- Bebas bahan tambahan (Tanpa perasa, pewarna, pemanis dan pengawet tiruan)
- Bahan bebas gluten dan bukan GMO
Makanan Ringan Terbaik Jenis Puff Sayuran
Baby Natura Organic Riceberry Puffs adalah pilihan snack baik kerana ia tidak mengandungi bahan alergi seperti garam, telur, kacang, dan laktosa. Makanan bayi berasaskan tumbuhan ini mempunyai kepingan berbentuk donat yang bersaiz tepat untuk tangan kecil dan untuk mengembangkan kemahiran motorik bayi.
Bukan sahaja akan menjadi pilihan lazat untuk si manja, malah merupakan pilihan yang berkhasiat dan menggembirakan untuk makan sendiri di mana sahaja!
Apa yang kami suka?
- Tidak mengandungi bahan alahan
- Puff berbentuk donat
- Tidak mengandungi ramuan tiruan
- Mengandungi serat, mineral, dan antioksidan
- Berkhasiat dan memberangsangkan
- Bebas laktosa dan gluten
Makanan Ringan Terbaik Jenis Buah-Buahan Kering
Untuk ibu yang masih belum familiar dan tahu tentang snek daripada buah-buahan kering ia adalah buah asli yang dihasilkan menerusi beberapa proses tanpa gula, tanpa garam dan tanpa bahan pengawet menerusi teknik Freeze Dried.
Daripada memberikan keropok masin, gula-gula, dan biskut manis kepada anak, lebih baik gantikan dengan snack fruit ini. 100% buah asli, 90% nutrisi kekal dan teksturnya juga rangup.
Anak juga boleh belajar teknik memegang dan dijadikan sebagai teether jika anak dalam fasa gatal gusi.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: 100% buah-buahan asli
- Tekstur: Rangup
- Perisa: Aprikot/ strawberi/ anggur
Apa yang kami suka?
- Manis snek ini asli datang daripada buah
- Boleh ditambah dalam yogurt atau ais krim
- Halal
- Travel friendly
- Tanpa tambahan gula, garam, bahan pengawet, dan pewarna tiruan
- Boleh terus dimakan
- Jika bayi tiada gigi, boleh dimakan bersama food feeder
Makanan Ringan Terbaik Jenis Keropok
Boleh ke beri jajan kepada bayi? Jika ada garam, gula, pengawet, dan MSG tak boleh beri ya ibu, tetapi boleh gantikan dengan puff sihat Fawwaz Puff Cheezy Chicken.
Jika anak sudah memasuki usia 8 bulan, ibu sudah boleh memberi snek dengan tekstur keropok. Keropok yang seakan-akan jajan ini tidak mengandungi sebarang gula atau garam dan rasa enaknya daripada campuran serbuk sayuran dan keju.
Mudah dipegang dan cair di dalam mulut, ibu boleh berikan snek sihat ini ketika dalam kereta untuk perjalanan jauh atau dimakan ketika menonton televisyen seisi keluarga.
- Umur: 8 bulan ke atas
- Ramuan: Beras perang, minyak bunga matahari, serbuk Whey, serbuk keju, serbuk labu, serbuk saleri, serbuk lobak merah, Taurine, campuran serbuk sayuran, serbuk brokoli dan serbuk tomato
- Tekstur: Rangup, mudah cair dalam mulut
- Perisa: Ayam berkeju
Apa yang kami suka?
- Boleh dimakan begitu sahaja atau ditabur dalam masakan bayi sebagai penambah perisa
- Tanpa gula, garam, MSG, bahan pengawet atau pewarna tiruan
- Halal
- Travel friendly
Makanan Ringan Terbaik Untuk Bayi Alergi
Hugging Baby merupakan pilihan terbaik untuk pemakanan snek biskut organik dan semula jadi untuk bayi kesayangan anda. Diperbuat daripada bahan dan ramuan yang disahkan organik untuk memastikan ia selamat untuk pemakanan bayi.
Diperbuat tanpa tepung, tanpa minyak sawit, tanpa susu, telur dan kacang, serta tanpa gluten, snek ini amat sesuai untuk bayi yang mempunyai pelbagai alahan terhadap makanan.
Snek bayi ini mengandungi campuran buah-buahan asli untuk memenuhi keperluan khasiat semula jadi dan tanpa sebarang pengawet dan perisa tiruan.
Ia mempunyai tekstur yang lembut untuk memudahkan pemakanan oleh bayi anda. Dengan reka bentuk bunga, ia membantu menggalakkan si kecil anda mengembangkan kemahiran pemakanan sendiri.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: Beras organik, gandum kuda organik, ekstrak epal organik, puri pir, serbuk pisang organik, serbuk ubi keledek oren organik, dan mengandungi bahan perisa yang dibenarkan (PIC semula jadi)
- Tekstur: Lembut dan mudah dipegang
- Perisa: Pir+Pic/ Pisang + Ubi Oren
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk bayi mempunyai alahan makanan
- Pek yang mudah disimpan
- Halal
- Diperakui Organik oleh MyOrganic Malaysia dan MeSTI
- Diperakui oleh HACCP dan kilang berstatus GMP
Makanan Ringan Terbaik Untuk Gatal Gusi
Biasanya apabila bayi nak tumbuh gigi atau sedang dalam fasa gatal gusi, seeloknya beri anak kemam biskut teething kerana dia akan kerap meragam dan tidak selesa di bahagian gusi.
Biskut jenis ini cukup keras dan selamat untuk dipegang sendiri tetapi mudah larut dalam air liur serta boleh melegakan ketidakselesaan gusi bayi.
Bubs Organic Toothy Rusks diperbuat daripada bahan-bahan organik dan menyokong perkembangan gigi kecil dan rahang yang sihat dengan menggalakkan mengunyah dan menggigit biskut keras.
Dicadangkan untuk masukkan biskut ke dalam peti ais dan hidangkan sejuk untuk membantu kebas gusi yang sakit dan memberikan kelegaan tambahan
Disebabkan ia bertekstur keras, diingatkan supaya sentiasa pastikan bayi makan dalam keadaan tegak, jngan tinggalkan bayi tanpa pengawasan semasa makan dan buang biskut jika patah.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: Tepung gandum organik, epal organik, malt barli organik, tepung beras organik, garam, mineral dan zat besi, kuman gandum, dan ragi.
- Tekstur: Keras tetapi larut dalam air liur
- Perisa: Epal
Apa yang kami suka?
- Tiada perasa, pewarna atau pengawet tambahan
- Lactose free
- Dibuat khas untuk bayi yang sedang tumbuh gigi
Makanan Ringan Terbaik Jenis Puri
Puri juga boleh dijadikan snek untuk anak jika perlu berada di luar rumah tetapi agak renyah untuk disiapkan. Bagi memudahkan para ibu, puri segera boleh dijadikan pilihan.
Rafferty’s Garden Healthy Organic Baby Food Puree merupakan puri buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperbuat daripada ramuan semula jadi dan dipek dalam pouch lembut yang mudah dipegang bayi.
Mempunyai pelbagai rasa mengikut kesesuaian umur antara 4 bulan hingga ke 8 bulan ke atas,
- Umur: 4 bulan ke atas (dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika mahu memulakan makanan pepejal pada usia 4 bulan)
- Ramuan: Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Tekstur: Cecair pekat
- Perisa: Pelbagai pilihan perasa buah-buahan dan sayur-sayuran
Apa yang kami suka?
- Diperakui organik oleh NASAA dan ACO
- Pek bebas BPA
- Penutup selamat daripada tercekik
- Tiada penambah perasa, pewarna, pengawet.
- Tiada garam dan gula
- Tiada jus tambahan
- Travel friendly
Makanan Ringan Terbaik Tinggi Kalsium Dan Vitamin
Dibuat untuk bayi yang sedang membesar yang dalam fasa mula tumbuh gigi, Danalac Baby Biscuits dibuat supaya mudah larut dalam mulut bayi dan sesuai untuk bayi dari usia enam bulan ke atas.
Bukan sekadar rasa yang hebat, biskut ini juga penuh nutrien, tinggi kalsium dan vitamin yang diperlukan kanak-kanak.
Boleh dijadikan sebagai makanan jejari, snek ini juga boleh dihancurkan dan direndam dalam susu atau air untuk disuap menggunakan sudu.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: tepung gandum, minyak sayuran tidak terhidrogenasi ( kelapa sawit & zaitun ), kanji jagung, pati kentang, malt barli, madu, tepung susu skim, agen penaik, pengemulsi (lecithin soya), L-Cysteine (bukan berasal dari haiwan), garam mineral, vitamin, krim aroma, aroma vanila
- Tekstur: Lembut, cair di dalam mulut
- Perisa: Natural/ pisang/ koko
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk biskut yang comel
- Mudah dipegang
- Tiada pewarna tambahan, perisa tambahan, dan pengawet
- Non-GMO
Makanan Ringan Terbaik Jenis Yogurt
Yogurt adalah makanan bayi yang baik dan ia boleh diperkenalkan seawal usia 6 bulan. Ia mengandungi banyak protein, kalsium dan bakteria baik yang bagus untuk sistem penghadaman bayi.
Seeloknya pilih yogurt yang kaya dengan lemak dan tanpa perisa tambahan. Jika anak tidak suka rasa yogurt kosong, ibu boleh mencuba Little Freddie Pouches Greek Style Yoghurt yang dicampur rasa buah-buahan asli tanpa gula tambahan.
- Umur: 6 bulan ke atas
- Ramuan: Yogurt Greek organik (susu), buah-buahan organik, tepung Oat organik (gluten), tepung barli organik (gluten), dan jus lemon organik
- Tekstur: Cecair pekat
- Perisa: Pelbagai perisa buah-buahan
Apa yang kami suka?
- Dibungkus dalam pek pouch mudah dipegang
- Rasa yang enak daripada buah-buahan asli
- Travel friendly
Perbandingan Harga Snek Untuk Bayi 6 Bulan Terbaik
|
Jenama |
Berat |
Harga |
Ddoddomam Organic Rice Rusk Series |
20 g |
RM14.90 |
Baby Natura Organic Riceberry Puffs (Mixed Veggies) |
40 g |
RM12.32 – RM17.60 |
Ibu Anis Natural Snack Fruit |
25 g |
RM5 – RM18.00 |
Fawwaz Puff Cheezy Chicken |
100 g |
RM19.00 |
Hugging Baby Organic Buckwheat Puff |
10 g |
RM9.50 |
Bubs Organic Toothy Rusks |
100 g |
RM19.90 |
Rafferty’s Garden Healthy Organic Baby Food Puree |
120 g |
RM10.54 – RM18.87 |
Danalac Baby Biscuits |
120 g |
RM13.80 |
Little Freddie Pouches Greek Style Yoghurt |
100 g |
RM15.33 – RM16.88 |
Pantau Anak Makan Elak Tercekik
Biasanya anak mungkin bersedia untuk menerima makanan seperti puri yang tidak memerlukan kunyahan apabila mereka sudah mampu untuk menyeimbangkan kepala dan dapat duduk dengan sokongan.
Si manja berusia 6 hingga 12 bulan masih belajar cara untuk mengunyah dan menelan makanan. Ini bermakna mereka berisiko untuk tersedak.
Disebabkan itu, adalah penting untuk anda memerhatikan apa yang anak makan dan apa yang dimasukkan ke dalam mulutnya.
Cara paling baik untuk menghindari daripada tercekik atau tersedak makanan adalah perlu menunggu sehingga si manja dapat duduk di kerusi dengan betul sebelum memperkenalkan makanan pejal.
Elakkan jenis makanan berisiko dan pastikan setiap makanan besar dipotong kepada saiz yang lebih kecil.
Sentiasa awasi anak anda ketika makan. Jangan asyik leka menghadap televisyen atau telefon bimbit pula, ya?
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas
Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!
Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini