X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

(Video) Lelaki Tolak Kanak-Kanak Di Saf Belakang, Rasa Terganggu Ketika Solat Di Masjid

3 min bacaan
(Video) Lelaki Tolak Kanak-Kanak Di Saf Belakang, Rasa Terganggu Ketika Solat Di Masjid

Solat di masjid sememangnya lebih afdhal. Namun masih ada golongan berusia yang tidak menyokong kanak-kanak berada dalam masjid

Tular rakaman video seorang lelaki dewasa bertindak kasar menolak tiga kanak-kanak dengan kuat ketika mereka dalam saf solat di masjid. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Solat di masjid bertukar tragedi, 3 kanak-kanak ditolak sebelum solat
  • Adab menegur kanak-kanak

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, sama ada di negara kita atau seberang. Ia dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bersiap sedia pada saf paling belakang untuk memulakan solat di masjid.

Lelaki berang terganggu ketika ingin solat di masjid bertindak menolak kanak-kanak

Dalam perkongsian video oleh seorang pengguna Facebook, Shahrul Hisham, lelaki berkenaan dilihat berjalan laju daripada saf dewasa di bahagian depan ke bahagian belakang.

Dia kemudiannya bertindak menolak tiga kanak-kanak sehingga salah seorang daripada terjatuh ke lantai masjid berkenaaan.

Dalam rakaman video tersebut jelas kelihatan seperti dia berkata sesuatu seolah-olah memberi amaran kepada kanak-kanak tersebut sehingga membuatkan mereka rasa takut.

 

Dalam perkongsian itu, ramai pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dianggap kasar dan boleh membuatkan generasi seterusnya tidak berminat menjejakkan kaki ke masjid.

“Generasi ini lah yg mungkin takkan jejak kaki ke surau masjid sebab malas nak bertelagah dgn ahli syurga mcm pakcik.

“Kalau pakcik tak kusyuk, tu masalah pakcik. Bukan masalah budak-budak tu. Nabi solat waktu perang elok kusyuk. Kusyuk atau tak, bergantung pada iman, pada fokus dan pada niat. Kalau dah mmg pasang niat nak salahkan budak budak tu, sampai mati pun pakcik takkan kusyuk.

“Budak budak nak mengenal solat, mengenal jemaah, mengenal surau masjid, normal la perangai mcm tu. Pakcik dulu kecik kecik baik sangat ke”

Video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Antaranya termasuklah:

“Kuar saf semata2 tolok budak… Mcm x ada otak je…”

“Ni lh punca budak2 tk nk n tkut nk pi masjid/surau nnti… Lagi2 klu budak 2 tgk video ni….”

Adab menegur kanak-kanak

solat di masjid

Walaupun mereka masih kecil, menegur kanak-kanak juga ada adabnya. Ini beberapa cara yang sepatutnya kita buat jika mahu menegur kanak-kanak.

#1.Tanya dan dengar dahulu

Jangan terus melulu marah atau buat kesimpulan. Tanya dulu sebelum bertindak marah dan sebagainya. Tugas kita selepas bertanya adalah mendengar dan memberikan respons secara positif.

#2. Nasihat

Cuba dengar apa alasan mereka buat sesuatu dan bantu mereka dengan nasihat daripada perspektif dewasa. 

#3. Tegur dengan baik

Jika mereka buat bising seperti di surau dan sebagainya, tegur dengan baik. Tidak perlu bertindak kasar atau meninggikan suara. Mereka juga ada maruah dan tahu malu. 

Ada yang akan bertindak lebih teruk kerana mahu protes, jadi tegurlah dengan berhikmah.

Facebook, Shahrul Hisham

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas @ Ambil Barang Orang Supaya Tidak Jadi ‘Raja’ Bila Besar

Baca juga: Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita…

Baca juga: 5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • (Video) Lelaki Tolak Kanak-Kanak Di Saf Belakang, Rasa Terganggu Ketika Solat Di Masjid
Kongsikan:
  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

    Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.