Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

Solat jenazah bayi perlu dilakukan mengikut beberapa langkah yang telah diajarkan oleh JAKIM. Berikut merupakan langkahnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat jenazah bayi tidak kurang pentingnya untuk dipelajari. Kehilangan bayi atau kanak-kanak yang disayangi adalah ujian besar yang memerlukan kekuatan hati untuk menerimanya. Dalam Islam, kita diajar untuk menghormati jenazah dengan menguruskan mereka sesuai dengan syariat, termasuk menunaikan solat jenazah. 

Cara Solat Jenazah Bayi

Solat jenazah untuk bayi atau kanak-kanak hampir sama seperti solat jenazah untuk orang dewasa tetapi ada perbezaan kecil. Berikut adalah panduannya:

Niat

Niat solat jenazah bayi lelaki:

نويتُ الصلاةَ على الجنازةِ هذا الطفلِ الذكرِ أربعَ تكبيراتِ فرضَ كفايةِ لِلهِ تعالى

“Nawaitu as-salata ‘ala al-janazah haza at-tifl az-zakar arba’a takbiratin fardhu kifayah lillahi ta’ala.”

Niat solat jenazah bayi perempuan:

نويتُ الصلاةَ على الجنازةِ هذا الطفلِ الانثى أربعَ تكبيراتِ فرضَ كفايةِ لِلهِ تعالى

“Nawaitu as-salata ‘ala al-janazah haza at-tifl al-untha arba’a takbiratin fardhu kifayah lillahi ta’ala.”

Takbir Pertama

  • Baca Surah Al-Fatihah.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ (٣) مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥) اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (٧)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Takbir Kedua

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:

اللهُمَ صَلِ عَلَى مُحَمَّدِ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ. اللهُمَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid. Allahumma barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.”

Takbir Ketiga

Baca doa untuk jenazah bayi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

اللهمَ اجعلهُ لَنَا سَلَفًا وَفَرَطًا وَأَجرًا

“Allahumma ij’alhu lana salafan wa faratan wa ajran.”

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia pendahulu kami, simpanan kami dan pahala buat kami.”

Takbir Keempat

Angkat takbir dan baca doa berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki:

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ

Perempuan:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَ اغْفِرْ لَنَا وَلَهَا

Maksudnya: Ya Allah, janganlah engkau menutup-nutupi pahala mayat ini kepada kami dan janganlah diberikan fitnah kepada kami setelah kami meninggalkan mayit tersebut, ampunilah kami dan ampunilah dia.

Memberi Salam Ke Kanan Dan Ke kiri

Bacaan sesudah salam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.

2. Surah Al-Falaq 1 kali.

3. Surah An-Nas 1 kali.

4. Surah Al-Fatihah 1 kali.

5. Surah Al-Baqarah 1-5.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Surah Kursi 1 kali.

7. Doa yang sesuai.

Adakah Wajib Sembahyang Jenazah Atas Bayi Yang Gugur?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, solat jenazah hanya wajib bagi bayi yang sempat hidup walaupun sebentar selepas dilahirkan. Sekiranya bayi gugur dan tidak menunjukkan tanda-tanda kehidupan seperti bernafas atau menangis, solat jenazah tidak diwajibkan. Namun, tetap disunatkan untuk memandikan, mengkafankan, dan mengebumikan bayi tersebut sebagai penghormatan.

Hukum Solat Jenazah Bayi

Solat jenazah bayi adalah fardu kifayah. Ini bermaksud, jika sudah ada yang melaksanakannya, tanggungjawab tersebut gugur ke atas orang lain. Walau bagaimanapun, setiap solat jenazah ini membawa ganjaran pahala besar, khususnya kepada ibu bapa.

Hadis Rasulullah SAW menyebut:

“Anak-anak kecil orang beriman akan menjadi penghuni syurga dan memberi syafaat kepada ibu bapanya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Menguruskan jenazah bayi atau kanak-kanak adalah salah satu bentuk penghormatan terakhir yang kita berikan. Solat jenazah ini bukan sahaja menjadi tanda kasih sayang tetapi juga doa kita agar mereka ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga. Semoga panduan ini memudahkan anda melaksanakan amanah ini dengan sempurna. Al-Fatihah untuk anak-anak syurga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayat Seribu Dinar, Kebaikan Dan Hikmat Jika Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: Doa Untuk Ibu Bapa Dan Keluarga, Mohon Ampun Dosa Selepas Solat (LENGKAP)

Baca juga: 7 Doa Anak Lembut Hati, Amalkan Agar Anak Lebih Mudah Terima Teguran & Nasihat

Penulis

Anis