Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

Cara solat terawih sendirian di rumah boleh menjadi panduan buat ibu yang tidak berpeluang ke masjid kerana perlu menjaga anak dan sebagainya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan Ramadhan penuh keberkatan dan ganjaran pahala. Bagi mereka yang bergelar ibu, pasti teringin untuk solat terawih namun sukar ke masjid disebabkan oleh anak-anak masih kecil. Kali ini kami kongsikan cara solat terawih sendirian wanita di rumah.

Tidak dinafikan bahawa solat sunat terawih di masjid memakan masa paling kurang setengah jam. Jika bawa anak kecil, dikhuatiri mereka menganggu jemaah lain yang sedang solat dan ibu juga tidak dapat khusyuk dalam solat.

Cara solat terawih sendirian wanita di rumah

Bagi memeriahkan malam-malam bulan mulia ini, kita disaran untuk melakukan ibadat solat terawih, sunat Witir, tadarus al-quran dan amal kebajikan.

Kaum ibu yang memiliki anak kecil tidak perlu risau, anda boleh menunaikan solat sunat terawih di rumah menerusi beberapa panduan ini.

Rasulullah telah bersabda:

“Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di biliknya, dan solat di tempat tidurnya lebih baik daripada solat di rumahnya.”

Paling penting jika ingin menunaikan solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat, ia tidak semestinya dilakukan sekaligus. Anda boleh berhenti seketika dan sambung semula pada pertengahan malam nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut cara solat terawih sendirian wanita di rumah atau kaifiat solat tarawih.

1. Lafaz niat solat terawih

Kaifiat solat tarawih perlu dimulakan dengan lafaz niat sembahyang sunat Tarawih seperti berikut:

 

2. Menyempurnakan rukun solat

Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.

Ini bermaksud, cara sembahyang tarawih selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian diikuti dengan surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

3. Bacaan surah

Secara ringkasnya, cara solat terawih memberi kebebasan untuk kita membaca apa-apa surah yang dihafal.

Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan disaran baca surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama solat sunat terawih mengikut susunan seperti:

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pada tiap-tiap rakaat solat tarawih yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat solat teraweh yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.

*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.

#4. Rakaat solat teraweh

Bagi anda tertanya sama ada solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat? Jawapannya ia bergantung kepada kemampuan. 

Rasulullah SAW juga tidak pernah menetapkan cara sembahyang tarawih bilangan rakaat tertentu, sebaiknya didirikan solat dengan rakaat yang mampu.

Sholat tarawih sendiri memiliki maksud solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.  Minimum solat tarawih adalah sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

Dirikan solat dalam dua rakaat (satu salam), kemudian bangun dan dirikan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki.

Mufti Wilayah Persekutuan mengingatkan bahawa sembayang terawih ini perlu dilakukan secara dua rakaat satu salam. Jika dilakukan selain daripada cara ini, seperti 4 rakaat satu salam, atau lapan rakaat satu salam, maka solatnya tidak sah.

Sekiranya selepas empat rakaat anda sholat tarawih sendiri ini, tiba-tiba anak menangis ataupun mahukan susu atau sebagainya, berhenti dahulu dan menyusukan anak anda terlebih dulu. Setelah itu, bolehlah sambung dengan baki empat rakaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bacaan luar solat

Biasanya di Malaysia, jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup lapan, 16 ataupun 20 rakaat.

Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa jika anda mengerjakan solat sunat tarawih sendirian. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

#6. Doa antara solat (Selepas Empat Rakaat)

Doa antara solat sunat tarawih sendirian yang boleh anda baca adalah:

“Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu.

Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Doa selepas terawih di rumah

“Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Solat sunat witir selepas terawih

Menjadi kebiasaan di negara kita untuk didirikan solat sunat witir selepas solat sunat tarawih.

Solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (enam salam), sebaik-baiknya tiga rakaat (dua salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

Cara mendirikan solat sunat witir

Niat

(Niat solat sunat witir dua rakaat);

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.”

(Niat solat sunat witir satu rakaat);

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

“Aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

#1. Zikir selepas solat witir (30 kali)

#2. Selesai tiga rakaat witir, bolehlah dibaca doa ini;

Doa Solat Witir;

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau.”

Dalam menunaikan terawih di rumah, solatlah mengikut kemampuan dengan tidak terlalu memaksa diri. Lebih baik rakaat yang sedikit tetapi khusyuk dan ikhlas untuk beribadah.

Untuk lebih tenang dan khusyuk, cara solat terawih di rumah bagi perempuan boleh dilakukan pada pertengahan malam setelah anak nyenyak lena.

Setidaknya anda tidak akan berasa risau anak terbangun dan juga boleh sembahyang tarawih sambil menunggu masa menyediakan menu bersahur.

Jangan rasa bersalah kerana tidak tunaikan di masjid kerana cara solat terawih di rumah bagi perempuan turut dilihat baik oleh Allah SWT.

Cara solat terawih dirumah atau masjid adalah ibadah qiamullail yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga Rasulullah SAW menggelarkannya ‘qiam Ramadan’.

Bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”

Hukum solat tarawih

Hukum solat tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.

Solat sunat terawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.

Hukum solat tarawih bersendirian pula adalah seperti berikut:

Semoga dengan panduan solat tarawih bagi perempuan di rumah ini dapat membantu para ibu menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih berkat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini 3 cara betul untuk bawa anak solat terawih di masjid, jom amalkan!

Baca juga: Mahu Kekal Bertenaga Dan Sihat Ketika Puasa? Cuba Resepi Pakar Pemakanan Ini!

Baca juga: Swab Test Tak Batal Puasa, Tapi Korek Hidung Boleh Batal Puasa?