Panduan Solat Taubat Yang Lengkap Dengan Niat Dan Cara Untuk Melakukannya

Solat taubat seeloknya dilakukan selalu kerana ia dapat membersihkan jiwa kita dari dibelenggu dosa dan kesalahan yang mungkin kita lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat taubat hukumnya adalah sunat bukannya wajib dan yang wajib ialah taubat itu sendiri walaupun anda melakukan dosa kecil.

Solat sunat taubat dikerjakan sekurangnya dua rakaat seperti solat sunat yang lain dan sunat baca surah selepas membaca surah Al-Fatihah.

Cara solat taubat

Sesiapa yang bertaubat bersungguh-sungguh dan melakukan solat taubat nasuha, akan diterima taubatnya itu nescaya kesalahan serta dosa yang dia lakukan itu terhapus dari buku amalan tidak akan dibicarakan lagi pada hari kiamat.

Cara solat taubat ringkas adalah seperti berikut:

1. Niat

Rumi: Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Niat dalam hati: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Rakaat pertama: Baca doa iftitah

3. Surah yang diperlu dibaca pada rakaat pertama: Surah Al Fatihah & Al Kafirun

4. Selesai baca rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama

5. Rakaat kedua: Baca surah Al Fatihah Dan surah Al Ikhlas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Teruskan solat dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehingga selesai rakaat ke 2.

Semasa sujud rakaat kedua, bisikkan:

إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Rumi: “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

7. Salam

Nota: ulangi lagi sekiranya ingin menambah bilangan rakaat. Tetapi 2 rakaat sudah memadai.

8. Seeloknya untuk berzikir selepas melakukan solat sunat taubat

إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : .” 7X
  • Istighfar 40X
  • Subhanallahi wabihamdih subhanallahil Adzim 7X

Wajib bertaubat jika melakukan dosa

Telah berkata Syeikh Muhammad bin Umar An-Nawawi :

و منه صلاة التوبة و هى ركعتان قبل التوبة ينوى بهما بنة التوبة و تصحان بعدها و التوبة واجبة على الفور و لو من صغيرة و تاخيرها ذنب تجب التوبة منه و لا يعد تاخير التوبة باتيان الركعتين لاجلها لانها من و سائلها و فائدة التوبة انها حيث صحت كفرت الذنب و لو كبيرة

Maksudnya:

“Dan setengah daripada solat-solat sunat itu ialah solat taubat dan iaitu dua rakaat sebelum bertaubat dan berniat ia dengan dua rakaat itu dengan niat bertaubat. Dan sah kedua rakaat itu selepas dari bertaubat. Dan bertaubat itu wajib dengan bersegera sekali pun dari dosa yang kecil. Dan melambatkan taubat itu mewajibkan bertaubat pula darinya dan tidak dikira melambatkan taubat dengan melakukan dua rakaat solat taubat dari kerana bahawasanya ia adalah dari jalan kepada taubat. Dan sungguhnya sunat taubat yang sah itu memadamkan bagi segala dosa sekali pun dosa besar.” (Kitab Nihayah Zain)

Kesimpulannya, cara solat sunat taubat itu hukumnya adalah sunat bukannya wajib. Ada pun sunat taubat maka hukumnya adalah wajib samada dari dosa besar atau dosa kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu sesuai untuk solat sunat taubat

Solat taubat nasuha boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat taubat nasuha ini

Apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

1. Lakukan sunat taubat dahulu atau tahajjud terlebih dahulu?

Jika sunat taubat ingin dilakukan pada waktu malam selepas tidur (qiamullail), maka lakukan solat tahajud terlebih dahulu bagi menghormati empunya waktu.

2. Bolehkan buat solat taubat nasuha selepas subuh?

Ya, boleh. Solat taubat nasuha termasuk dalam solat sunat yang bersebab dan boleh dilakukan dikerjakan selepas subuh ataupun asar.

Doa solat taubat nasuha

Doa ketika solat 1:

Ya Allah, daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Doa selepas solat 2:

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Doa selepas solat 3:

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Doa selepas solat 4:

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Syarat sah solat taubat

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Jika sekadar dilakukan tanpa keinsafan yang sebenar, maka solat  itu menjadi sia-sia.

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Cara Solat Dhuha Berserta Doa, Rahsia Pembuka Pintu Rezeki & Keampunan

Baca juga: Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka