Sos Vietnam Roll Yang Mudah & Lazat, Buat Sapuan Roti Sandwich Pun Sedap!

Siapa suka makan Vietnamese Roll pasti tahu betapa segarnya hidangan ini. Ditambah dengan sos Vietnam Roll menjadi pelengkap rasa hidangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada bermacam jenis pilihan sos Vietnam roll tetapi jenis sos yang satu ini bukan sahaja sesuai untuk Vietnamese roll, malah boleh dijadikan sapuan roti sandwich untuk bekal sekolah anak. Dipadankan dengan protein seperti ayam atau telur, dah siap!

Cara Buat Sos Vietnam Roll Yang Mudah & Ringkas

Resepi sos yang dikongsikan Siti Masyitah Mortaza sangat mudah dibuat dan boleh disimpan lama. Ia boleh dijadikan pilihan yang praktikal buat mak-mak yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan berkhasiat bagi seisi keluarga. 

Makan dengan Vietnam roll pun okey atau makan ala-ala sandwich pun boleh. Memang layan.

Bahan-bahan:

  • Mayonis
  • Daun ketumbar
  • 10 biji cili api merah
  • 7 ulas bawang putih
  • Secubit garam
  • Perasa
  • 2 cubit gula
  • ½ sudu sos nampla
  • Perahan lemon/limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan mayonis separuh dari pengisar. Untuk kuantiti yang banyak, boleh gandakan bahan-bahan yang lain.
  2. Masukkan daun ketumbar. Kalau besar (1 pokok) kalau kecil (2 pokok) dan cili api. Boleh kurangkan kuantiti cili api jika tidak suka pedas.
  3. Masukkan sekali 7 ulas bawang putih.
  4. Kemudian, masukkan secubit garam, perasa dan gula. Kalau nak manis boleh tambahkan lagi.
  5. Masukkan pula sos nampla dan perahan lemon atau limau nipis.
  6. Boleh sesuaikan ikut citarasa.
  7. Kisar semua bahan ini. Jangan campur air.
  8. Siap

Rasa masam manis yang membuatkan kecur air liur apabila menikmati hidangan Vietnamese Roll 

Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan dari cepat basi jika diletakkan pada suhu bilik.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Baca juga: Resepi Steamboat Ala Johnny Yang Meriah & Sedap, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!

Baca juga: Resepi Soto Ayam Istimewa, Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah