Organ reproduksi wanita merupakan ciptaan Tuhan yang paling rumit, dimana darinya lahir manusia kecil hasil pembuahan sel telur dan sperma. Namun, bolehkah kehamilan berlaku bagi wanita yang memiliki keadaan stenosis serviks?
Stenosis Serviks, Keadaan Mulut Rahim Kecil Pada Wanita
Secara anatominya terdapat 2 lubang serviks, bahagian luar yang berhubungan dengan vagina dan bahagian dalam yang berdekatan rahim.
Mulut serviks yang kecil umumnya terjadi akibat penyempitan lubang serviks atau dalam terma medik disebut stenosis serviks, dan keadaan ini boleh ditemui di mana-mana bahagian serviks. Namun ada juga lubang serviks yang mengecil kerana faktor lain seperti jangkitan rahim atau serviks, terapi kanser, atau kesan pembedahan yang melibatkan serviks.
Ciri-Ciri Stenosis Serviks
Stenosis serviks atau penyempitan lubang serviks turut berperanan menyebabkan mulut rahim kecil. Secara umumnya, keadaan ini mempegaruhi leher dan bahagian belakang tubuh anda. Berikut ciri spesifik lain harus anda perhatikan:
- Sciatica; keadaan yang membuat kaki terasa sakit, lalu menjalar ke bahagian punggung.
- Fungsi kaki lemah walaupun untuk sekadar menapak di tanah.
- Kesulitan berdiri dan berjalan.
- Fungsi pundi kencing dan pergerakan usus yang lemah.
Jika anda merasakan salah satu atau lebih dari tanda di atas, berbincang segera dengan doktor bagi mendapatkan rawatan segera.
Benarkah Wanita Dengan Mulut Rahim Kecil Sukar Hamil?
Keadaan mulut serviks yang berukuran kecil sebaiknya tidak terus dianggap mengganggu kesuburan walaupun ia boleh memberi kesan kepada pasangan yang menantikan anak. Serviks bagaimanapun memainkan peranan penting dalam kesuburan wanita, ini kerana:
- Lubang serviks berukuran kecil akan menyukarkan sperma untuk berenang mencapai saluran telur, sehingga menyukarkan pembenihan berlaku.
- Produksi lendir serviks turut terkesan. Tanpa lendir serviks yang cukup, sperma akan sukar bergerak dan bertahan lama dalam rahim.
- Peradangan uterus dan endometriosis; darah haid susah dikeluarkan menyebabkan rahim terisi darah (hematometra). Jika dibiarkan, akan terjadi jangkitan dan rahim boleh bernanah. Kedua keadaan ini boleh mengakibatkan radangan pada rahim yang mempengaruhi kesuburan. Apabila lubang serviks masih sedikit terbuka dan darah masih mengalir, aliran darah kadang berbalik menuju saluran telur dan boleh menyebabkan endometriosis.
Di samping itu, keadaan mulut rahim kecil mempunyai risiko keguguran dan kelahiran bagi pramatang kerana serviks tidak cukup kuat untuk mempertahankan kehamilan. Pada kandungan yang sihat, serviks berukuran antara 30-50 mm (3-5 cm).
Namun kajian menunjukkan bayi berisiko menjadi kurang matang apabila ukuran serviks kurang dari 2.5 cm. Ini dapat mengakibatkan kematian janin apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua.
Mengatasi Stenosis Serviks Atau Mulut Rahim Kecil
Berikut ini langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi mulut rahim kecil:
- Ubat-ubatan: Doktor akan memberikan ubat tertentu seperti aspirin, acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin) dan naproxen dalam dos rendah. Ubat lain juga akan diberikan termasuk ubat untuk melembutkan otot yang berhubung spinal stenosis, di beberapa kawasan yang dapat mengakibatkan kejang otot yang membahayakan saraf.
- Suntikan kortikosteroid: Suntikan steroid akan dilakukan di bahagian belakang atau leher bagi meredakan peradangan. Namun terapi ini digunakan sedikit saja kerana mempunyai kesan sampingan.
- Anestesia bagi menghentikan sakit untuk sementara waktu.
- Senaman Biasanya doktor akan menyarankan senaman fizikal.
- Alat bantuan seperti korset dan tongkat akan diberikan jika perlu.
Semoga bermanfaat.
Bayi kurang aktif, apa yang perlu saya lakukan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: