Ibu Tak Perlu Jadi Supermom, Ini Punca Ramai Ibu Jadi Tertekan & Stress Dengan Anak

Apabila terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab pada masa yang sama, ramai ibu semakin stress dengan anak, suami, keluarga dan urusan kerja. Apa penyelesaiannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai yang pernah dengar tentang istilah “supermom”. Ia berkisar tentang kemampuan luar biasa seorang wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab pada masa yang sama. Akhirnya, si ibu mengalami stress dengan anak, suami, keluarga dan kerja!

Ya, apabila sudah menjadi ibu ini, kita secara sendirinya sanggup berkorban demi kebahagiaan ahli keluarga yang lain. Kita melahirkan si kecil, menjaga dan menyusu badan (kadang-kadang sambil memasak!), membesarkan anak-anak, pergi kerja di awal pagi…dan macam-macam lagilah!

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Apa itu fenomena supermom?
  • Apa perlu buat jika ibu sudah burnout
  • Cara untuk mengawal kemarahan terhadap anak

Apa Itu Fenomena Supermom?

Fenomena supermom ini tercetus kepada wanita yang sudah berkahwin dan memiliki anak kecil dan seorang yang serba boleh. Bukan saja dalam hal pengurusan rumah malah seorang yang berjaya dan berkerjaya.

Saya menggelarkan hal ini sebagai fenomena supermom. Ia adalah gelaran yang dianugerahkan kepada para wanita yang tabah berusaha dalam menguruskan keluarga.

Namun, kadangkala, tugasan ini tidak disokong atau dibantu oleh orang terdekat. Kita merasakan yang kita melakukannya seorang diri sahaja. Akibatnya? Kita mudah stress dengan anak, mudah stress dengan suami, dan mudah tertekan di tempat kerja.

Nampaknya, ada sedikit masalah dengan gelaran hebat yang diberikan kepada kita ini. Ia menyebabkan orang di sekeliling kita sentiasa mengharapkan yang sempurna dan terbaik dari diri yang serba lemah dan penuh kekurangan ini.

Apabila kita gagal menjalankan tugasan sebagai isteri atau ibu dengan baik, mudah saja orang menghukum. Segala susah payah berjaga siang dan malam, melayan kerenah anak-anak, serta memenuhi keperluan keluarga akhirnya dipandang sepi.

Kita cuba sedaya-upaya menjaga orang di sekeliling sehingga terlupa untuk menjaga satu perkara… diri sendiri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa Fenomena Supermom Buat Ibu Stress Dengan Anak dan Suami?

Kredit: Gifttreasure.blogspot

Ada satu tugasan yang telah dilupakan oleh mak-mak, iaitu menjaga kebajikan dan kesejahteraan diri sendiri!

Ibu, bila kali terakhir anda lakukan perkara berikut?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bercuti sehari daripada menjaga anak dan menguruskan hal rumah tangga
  • Duduk berehat selama sejam, baca buku atau buat aktiviti kegemaran sendiri
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan diri
  • Membeli barang keinginan sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri

Jika anda baru saja melakukan beberapa perkara di atas, anda sungguh bernasib baik. Bagaimana pula dengan supermom yang tiada masa untuk semua ini?

Jika tidak dikawal segala bebanan kerja dan perasaan yang dialami, tidak mustahil untuk para ibu mengalami depresi, rasa murung atau amuk dalam diri, dan stress dengan anak dan ahli keluarga.

Tanda-tanda Burnout Ramai Ibu Terlepas Pandang

#1. Selalu keletihan

Selalu berasa keletihan akibat daripada tidak mendapatkan tidur yang berkualiti. Ibu sentiasa fikir sehingga menganggu masa tidur.

Nota: Buat ibu pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang cukup untuk mengelakkan kemurungan.

#2. Cepat marah

Akan menjadi cepat marah daripada biasa. Semua benda jadi tidak kena. Tahap kesabaran menjadi rendah walaupun disebabkan perkara kecil.

#3. Kurang keyakinan

Kurang melakukan aktiviti yang digemari. Lebih banyak termenung dan duduk bersendirian di dalam bilik tanpa melakukan aktiviti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Sering berasa melakukan perbuatan sia-sia

Lebih banyak duduk bersendirian dan tidur. Tidak mahu berjumpa orang dan berbual dengan orang. Badan akan berasa letih dan tidak bermaya walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti.

#5. Suka menyendiri

Kebiasaanya pasti ibu akan menghabiskan masanya bersama bayi, tetapi jika ada berasa tak minat atau ingin rasa berjauhan dengan bayi anda itu adalah pentanda yang anda sedang mengalami masalah kemurungan

Cara Tangani Stress Dengan Betul

Kredit: Rebelcircus.com

Ya, anda insan yang tabah dan hebat. Anda seorang supermom yang memakai kain merah di belakang anda, umpama superman.

Anda bijak, cantik, dan penuh kelembutan. Anda mampu memujuk tangisan si kecil dengan satu pelukan. Anda mampu mencairkan hati suami dengan satu senyuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi… anda juga manusia biasa. Jadi cubalah cara macam mana nak hilangkan stress yang betul:

  • Jangan pernah berasa ragu untuk meminta bantuan suami dalam menguruskan anak
  • Jangan berasa bersalah apabila anda mengambil sedikit me-time untuk diri sendiri
  • Jangan abaikan keperluan dan kesihatan diri
  • Jangan lupa untuk menyayangi diri sendiri

Dan, yang paling penting, jangan biarkan kesibukan anda dalam menjaga orang di sekeliling menyebabkan anda semakin stress dengan anak, suami, keluarga dan kerja.

Takut-takut, ia akan menjadi batu kriptonite yang melemahkan anda, sama seperti batu kriptonite yang melemahkan insan hebat bernama Superman!

Cara Mengawal Emosi & Tips Kawal Kemarahan

Ini antara cara mengatasi kemarahan terhadap anak yang ibu dan ayah boleh cuba selalu:

  • Bertenang

Kenali punca terlebih dahulu, jangan marah mengikut emosi. Beri ruang untuk berfikir. Bertenang adalah terapi yang terbaik untuk mengurangkan perasaan marah. Cari ketenangan dan cara cara menangani tekanan emosi supaya anda tidak tersalah membuat keputusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  •  Elak dari buat ancaman

Elak membuat ancaman yang seperti ingin meninggalkan mereka jika tidak mendengar nasihat hal ini menyebabkan anak-anak tidak berasa takut kerana tahu anda tidak akan lakukan ancaman tersebut.

  •  Pilih kata-kata yang sesuai

Apabila marah jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang negatif yang hanya memburukkan keadaan sebaliknya guna kata-kata dan nada yang sesuai dan tenang.

  • Dapatkan nasihat

Dapatkan nasihat dan sokongan ibu bapa lain terutamanya kaedah menguruskan stress. Jika anda masih menghadapi masalah untuk mengawal kemarahan anda terhadap anak dan selalu stress, dapatkan bantuan kaunseling atau hubungi Befrienders Malaysia di talian 03-79568145.

Jangan sesekali lepaskan stress dengan orang sekeliling terutamanya pada anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Kaunseling keluarga juga antara jalan terbaik untuk pulihkan mental diri. Dapatkan sahaja khidmat melalui senarai kami di sini.

Dapatkan Bantuan Segera Jika Anda…

  • Mengalami masalah kemurungan yang menjejaskan kerja atau aktiviti dalam kehidupan seharian
  • Berkelakuan ganas sehingga mahu mencederakan diri sendiri dan orang lain
  • Terpaksa mengambil ubat penenang untuk mengatasi masalah kemurungan

Ibu, sayangi diri anda. Jaga diri anda. Gembirakan diri kerana supermom juga layak untuk bergembira!

Semoga bermanfaat!

  1. Why we get so angry at our kids and what we can do about it. (n.d). Why we get so angry at our kids and what we can do about it. https://www.ahaparenting.com/read/handling-anger
  2. Oprah.com. (2008, May 30). Look! Up in the sky! It’s a bird! It’s a plane! It’s… Supermom!. https://www.oprah.com/relationships/involved-parents-the-supermom-phenomenon-by-amanda-robb/all

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu lebih tertekan dengan tanggungjawab berbanding ayah, menurut kajian

Baca juga: 11 sebab kenapa ibu garang TIADA anak yang nakal & tak dengar cakap

Baca juga: 5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Penulis

Noor