Mencari Twin Stroller Untuk Keselesaan Anak? Ibu Ayah Boleh Dapatkan Stroller Kembar Dengan Harga Berpatutan Di sini!

Ada ibu ayah yang mencari twin stroller untuk anak kembar? Kami ada senaraikan 7 stroller untuk kembar berbaloi harganya di sini.

Bagi ibu bapa yang bakal atau mempunyai anak kembar,  antara keperluan yang termasuk dalam persediaan awal adalah stroller yang praktikal. Ini juga termasuk keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak berusia 4 tahun ke bawah, pasti pernah terfikir untuk mendapatkan twin stroller untuk kemudahan seharian. Betul tak?

Mungkin juga ada yang terfikir, agak leceh untuk menggunakan twin stroller  ini kerana saiznya yang berganda walhal stroller sebegini sebenarnya untuk memudahkan perjalanan.  Ibu ayah jangan risau, pada masa sekarang twin stroller mempunyai kualiti yang jauh lebih baik: lebih ringan, kurang besar, lebih padat dan lebih senang dikendalikan!

Memilih Twin Stroller Yang Tepat Untuk Anak-Anak

Sebenarnya, setiap twin stroller ada kegunaan yang berbeza mengikut kesesuaian penggunanya. Jadi sebelum ibu ayah nak beli, pertimbangkan beberapa perkara berikut:

1. Jenis Stroller Kembar

  • Tahan Lasak

Jenis ini dapat menahan permukaan kasar seperti batu karang atau laluan mendaki. Oleh itu, jika terdapat laluan berjalan kaki tetapi anda teragak-agak untuk membawa si manja kerana permukaan jalannya, stroller jenis ini boleh menjadi pilihan tepat untuk anda.

Walau bagaimanapun, stroller ini agak berat dan mahal – tetapi kerana kekuatannya yang kuat, ia boleh menjadi sangat berbaloi untuk pembelian.

  • Serba guna

Sekiranya anda lebih gemar menyimpan lebih banyak simpanan untuk keperluan harian, maka pilihan serba guna adalah pilihan yang sesuai untuk anda. harus diingat ia mungkin tidak tahan lasak tetapi lebih ringan, jadi stroller ini sesuai dibawa travel!

  • Jogger

Bagi pasangan yang gemar menjaga rutin senaman pagi dan menjaga anak-anak  pada masa yang sama, stroller jenis ini adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai 3 tayar yang lebih mudah dan tahan lasak ditolak.

  • Praktikal

Stroller jenis ini boleh diubah dari satu menjadi berganda dan sebaliknya, malah boleh beralih ke gaya duduk dan berdiri. Walaupun lebih berat dan lebih besar daripada jenis lain, ia tetap merupakan jenis yang paling berguna dan cekap bagi kebanyakan ibu bapa.

  • Payung

Ringan dan mudah dilipat, menjadikannya baik untuk kegunaan perjalanan. Namun stroller jenis ini bukan untuk keperluan harian ya.

2. Umur dan Berat Anak 

Setelah mempertimbangkan jenis yang diperlukan, semak had umur dan berat badan si manja. Bandingkan usia dan berat anak  dengan kapasiti kereta sorong supaya berpatutan dengan saiz dan kemampuan stroller.

Contohnya, kanak-kanak berumur tiga tahun yang tinggi mungkin tidak sesuai dengan ukuran standard, jadi parents mungkin perlu mencari yang lebih besar. .

3. Saiz But Kereta

Sekiranya anda mempunyai SUV atau minivan yang besar, ini tidak akan menjadi masalah sama sekali. Tetapi untuk kereta, pertimbangkan terlebih dahulu ukuran dan berat stroller berkembar pilihan anda ya.

Semak saiz stroller setelah dilipat dan pastikan ia sesuai di dalam beg  bersama dengan beberapa beg lain. Lagipun, anda pasti akan mempunyai lebih banyak barang untuk diletakkan di dalam bagasi selepas membeli-belah atau beriadah.

7 Twin Stroller Terbaik di Pasaran

Twin Stroller Terbaik
Joie Twin Stroller - Aire
Terbaik Sangat Ringan
Beli di Shopee
Britax B-Ready Stroller
Terbaik Mudah Lipat
Beli di Shopee
MarvyBaby HY6603 Luxury Separable Twin Twins Stroller
Terbaik Tempat Duduk Kembar Berasingan
Beli di Shopee
Chicco Ohlala Twin Stroller
Terbaik Sangat Kompak
Beli di Shopee
Bugaboo Donkey3 Mono
Beli di Ubuy
Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon
Beli di Ubuy

Joie Twin Stroller – Aire

Terbaik Sangat Ringan

Joie Aire Twin sememangnya sangat ringan dan cukup berbaloi. Ia sesuai untuk bayi baru lahir sehingga anak berat 15kg (kira-kira 3 tahun). Twin stroller ini direka untuk membantu menguruskan dua anak dalam masa yang sama. Dengan beratnya yang ultra ringan biarpun direka twin, ibu pasti akan lebih lega untuk mengendalikannya.

Yang menariknya lagi, ia mempunyai liners tempat duduk jenis boleh diterbalikkan ditambah pula dengan kanopi individual serta tempat duduk boleh laras bermaksud kedua-dua anak akan kekal selesa biarpun mereka pada posisi sebaliknya.

Tentang produk ini:

  • Ringan, kurang daripada 12kg
  • Alas tempat duduk reversible, kanopi individual, tempat duduk boleh laras
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia 3 tahun
  • Kekunci automatik dengan pengendalian satu tangan sahaja
  • Mudah berdiri apabila dilipat dan muat untuk disimpan di dalam bonet kereta
  • Multi-posisi, tempat duduk boleh baring memberikan pilihan boleh laras untuk kedua-dua anak
  • Kanopi dengan perlindungan UPF+50
  • Hood boleh laras bercirikan visor cahaya matahari serta tetingkap
  • Bakul beli-belah yang cukup dalam untuk menampung barang peribadi dengan selamat
  • Semua tayar dengan suspension menjamin perjalanan yang lancar biarpun di atas permukaan tidak rata
  • Armbar boleh cabut, memberikan perlindungan tambahan buat anak
  • SoftTouch, sistem harness dengan 5 mata boleh laras kepada 3 ketinggian untuk memastikan anak lebih selamat
  • Produk dari United Kingdom

Britax B-Ready Stroller

Terbaik Mudah Lipat

Britax B-Ready adalah stroller baby versatil untuk keluarga dengan keperluan yang sentiasa berubah. Model ini bercirikan rupa yang moden berserta bakul besar. Boleh disesuaikan secara maya mengikut senario keibubapaan, stroller ini menawarkan rekaan yang mudah lipat dengan satu atau dua tempat duduk yang dicantumkan dan 12 pilihan tempat duduk yang versatil.

Click & Go System menyediakan sambungan mudah ke atas mana-mana car seat bayi Britax untuk sistem perjalanan yang terbaik. 

Tentang produk ini:

  • 12 pilihan tempat duduk
  • Lipatan kompak biarpun dengan dua tempat duduk
  • Bakul penyimpanan yang sangat besar
  • Kekunci tayar depan dengan hanya satu brek
  • Tayar foam menjamin perjalanan yang lancar
  • Click & Go System membolehkan sambungan mudah dengan mana-mana car seat bayi jenama Britax atau bassinet
  • Kerusi atas yang boleh dipusingkan membolehkan anak anda menghadap ke depan atau ke belakang
  • Kekunci frame automatik menjamin keselamatan stroller yang ditutup dan memastikan ia kompak untuk pengembaraan atau penyimpanan
  • Bakul sangat besar di bawah tempat duduk
  • 4 posisi tempat duduk boleh laras menjadikan ia mudah untuk meletakkan bayi yang sedang tidur atau kanak-kanak
  • Ketinggian handle yang boleh laras ke atas dan bawah untuk memberikan ketinggian yang paling fit untuk ibu ayah
  • Menampung kanak-kanak 6 bulan dan berat sehingga 25kg menggunakan tempat duduk atas
  • Sesuai untuk bayi baru lahir apabila digunakan dengan car seat bayi, bassinet atau kerusi kedua
  • Brek parking yang disambung dengan indikator kekunci merah dan hijau pada kedua-dua tayar depan dengan hanya satu step
  • Kanopi besar dengan tetingkap pengudaraan melindungi anak anda daripada pelbagai elemen

MarvyBaby HY6603 Luxury Separable Twin Twins Stroller

Terbaik Tempat Duduk Kembar Berasingan

Twin stroller MarvyBaby HY6603 Luxury Separable ini boleh dikatakan twin stroller yang cukup ringan. Ia direka dengan 8 tayar suspension membolehkan perjalanan yang lancar. Stroller untuk anak kembar atau dua kanak-kanak ini juga bercirikan kerusi backrest boleh laras dengan kanopi pengudaraan.

Tentang produk ini:

  • Tempat duduk berasingan yang fleksibel
  • Ringan
  • Kompak dan mudah kembara
  • Suspension depan untuk perjalanan yang lancar
  • Boleh berdiri selepas dilipat
  • Bakul penyimpanan besar
  • Kanopi boleh dibesarkan untuk perlindungan cahaya matahari maksimum
  • Footrest boleh laras
  • Bingkai mudah untuk dilipat, juga mudah untuk disimpan
  • Backrest boleh laras di antara 100 ke 175 darjah untuk keselesaan bayi ketika duduk, baring dan tidur
  • Sesuai untuk kegunaan ibu baru
  • Untuk bayi dari usia 1 bulan ke 3 tahun

Chicco Ohlala Twin Stroller

Terbaik Sangat Kompak

Twin stroller Chicco Ohlala ini adalah ultra ringan dan ultra kompak. Rekaannya cukup moden dan menarik perhatian, dijamin yang ibu ayah dan bayi akan merasakan keselesaan dan kebijakan yang sama dalam memilih twin stroller ini. 

Ia juga mudah untuk digunakan, dan dibawa ke mana sahaja, boleh kata yang terbaik untuk ibu ayah yang mempunyai anak kembar atau dua orang anak kecil.

Tentang produk ini:

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berat 15kg untuk setiap tempat duduk
  • Stroller yang sangat ringan, hanya 8kg, mudah untuk diangkut
  • Melipat dengan hanya sebelah tangan, ia boleh berdiri sendirinya apabila dilipat
  • Tempat duduk dan tempat rehat kaki boleh laras sepenuhnya, kanopi boleh dibesarkan membolehkan ibu ayah untuk memilih pilihan yang terbaik untuk setiap anak di dalam semua jenis situasi
  • Mudah untuk dikendalikan biarpun sebelah tangan
  • Datang dengan pelitup hujan

Bugaboo Donkey3 Mono

Terbaik Roda Berlapik

Mudah ditolak dan dikawal walaupun muatan penuh, stroller kembar ini dapat menahan berat bayi dan anak kecil dalam pelbagai gerakan dengan mudah! Dengan roda berlapik yang besar, ini sememangnya tahan pancit, malah kemampuan kawalan memudahkan ia bergerak dengan selesa di mana sahaja kawasannya.

Tentang produk ini:

  • Disediakan untuk 2 kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur.
  • Dilengkapi dengan Mono dan Duo Extension Set! Tidak diperlukan pembelian tambahan.
  • Kanopi matahari yang lebih baik, dengan tingkap peekaboo dan panel berangin
  • Reka bentuk bakul barang sampingan yang lebih baik dan keranjang yang lebih baik, dengan poket tambahan yang berguna di hadapan
  • Roda lebih ringan, reka bentuk baru
  • Estetika yang lebih baik, untuk penampilan yang lebih bersih dan anggun
  • Kain boleh dicuci dengan mesin.

Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon

Terbaik Jenis Stroller Atau Wagon

Anak-anak pasti sukakan pilihan yang seterusnya ini, memperkenalkan Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon! Pengalaman menunggang baru ini memberikan penggunaan yang lebih lama dengan menampung 1 atau 2 kanak-kanak sehingga 5 tahun.

Pivot Xplore juga boleh berubah dari stroller ke gerabak dengan membalikkan pemegangnya. Ini memberi ibu bapa kemampuan untuk menggunakannya sebagai stroller atau menarik sebagai gerabak. Anak-anak mesti sukakan yang ini!

Tentang produk ini:

  • Roda seluruh medan memberi  kebebasan untuk pergi ke mana-mana dengan selesa.
  • Kanopi dengan UPF 50+ membantu melindungi anak dari sinaran berbahaya matahari
  • Bakul akses luas dan mudah untuk menyimpan semua barang keperluan anak.
  • Ubah ke gerabak apabila hanya seorang kanak-kanak yang duduk
  • Lindungi seorangkanak-kanak atau kedua-duanya dengan kanopi pelindung matahari. Boleh diterbalikkan dengan dua pilihan warna!
  • Tray yang berguna memudahkan anda berkongsi makanan ringan. 

Perbandingan Harga Twin Stroller Terbaik

Jenama Harga
Graco Ready to Grow  
Delta Children City Street LX Side By Side Stroller  
Baby Jogger City Mini GT2 Double Stroller, Jet  
Joovy Caboose Ultralight  
Mountain Buggy Duet V3_59 Double Buggy Stroller  
Bugaboo Donkey3 Mono  
Evenflo Pivot Xplore All-Terrain Stroller Wagon  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Penulis

Farhana Fuad