"Sebelum Pasang Niat Nak Curang, Ingat Janji Anda Masa Akad Nikah Dulu!"

"Sebelum Pasang Niat Nak Curang, Ingat Janji Anda Masa Akad Nikah Dulu!"

Seorang suami telah membuka mata ramai orang dengan kebernasan nasihatnya untuk suami lain tentang isu curang dalam rumah tangga. Jom baca apa yang dikatakannya!

Kecoh Kes Suami Curang Ketika Isteri Dalam Pantang

Baru-baru ini, kecoh juga media sosial dengan skandal seorang artis kelahiran Singapura yang curang dengan isterinya.

Apa yang menjadikan isu tersebut lebih hangat ialah isteri artis tersebut masih lagi di dalam pantang selepas melahirkan anak sulung mereka.

Rata-rata melemparkan kecaman terhadap artis tersebut kerana memperlakukan isterinya sebegitu.

Namun, seorang pengguna media sosial Facebook, Mizan Dzai telah menyatakan pendapatnya dari sudut seorang lelaki yang jika dilihat isi pengongsiannya, ia bagus untuk dikongsikan di sini.

Nasihat Seorang Suami Pada Suami Yang Lain
suami curang

Foto ehsan: Mizan Dzai

Secara ringkas, apa yang telah dikongsikan oleh lelaki ini ialah:

  1. Mengasari isteri umpama melanggar taklik semasa akad nikah, melanggar janji kepada si isteri semasa menikahinya, melanggar janji pada mertua untuk menjaga anak mereka serta paling menyedihkan, mensia-siakan doa ibu bapa yang berharap mereka menjadi suami yang soleh.
  2. Fitrah seorang lelaki, sukakan yang cantik dan terbaik. Namun, sebagai seorang lelaki juga, mereka diberikan tanggungjawab yang besar sebagai suami dan bapa.
  3. Tidak ada benda yang dijanjikan Tuhan akan berkekalan di dunia ini. Harta, rupa paras, kesenangan semuanya boleh hilang bila-bila masa.
  4. Isteri yang dalam pantang keperluannya untuk dijaga sepanjang masa. Secara emosional dan fizikal mereka memerlukan bantuan suami. Lihat sahaja bagaimana isteri bertarung di dalam bilik bersalin semasa melahirkan zuriat.
  5. Kesusahan si isteri bermula sejak dari membawa kandungan di dalam perut. Penat berbadan dua, dengan alahan semasa hamil. Diteruskan dengan pelbagai cabaran menjaga anak pula selepas itu.
  6. Lelaki sudah berkahwin harus kurangkan bersuka-ria di luar. Hasutan dan cabaran kawan-kawan boleh mempengaruhi. Jika tiada urusan penting, lebihkan masa bersama keluarga.
  7. Jika tidak hargai isteri, ramai menanti ingin menggantikan tempat si suami.
  8. Lelaki dilahirkan dengan tanggungjawab yang besar dan berat. Anda Mdilahirkan untuk berkorban dan berjuang.
  9. Erti perkahwinan ialah saling melengkapi bukan untuk kepentingan diri.
  10. Sunnah Nabi bukan sekadar boleh berkahwin lebih dari satu sahaja. Mengapa tidak ketengahkan sunnah Nabi melayan wanita?
  11. Isteri itu dijadikan dari tulang rusuk dari bahagian tepi. Dekat di lengan untuk dilindungi, dekat di dada untuk disayangi dan dekat di hati untuk dicintai.

Jika dibaca dengan teliti, betullah apa yang disampaikannya. Beliau sebenarnya menegaskan tanggungjawab seorang lelaki lebih-lebih jika dah bergelar suami.

Jika belum bersedia memikul tanggungjawab yang besar, jangan berkahwin dahulu.

Mari sama-sama kita kongsikan nasihat bernas ini untuk semua para suami di luar sana. InsyaAllah nanti mereka faham apa yang tersirat disebalik nasihat tersebut.

Sama-samalah kita menjaga rumah tangga kita dengan sehabis baik. Semoga semuanya selamat untuk anda. Amin.

Sumber rujukan: Facebook Mizan Dzai

Jika ramai tidak faham mengapa wanita baru bersalin memerlukan perhatian yang banyak baca ini:

3 Kajian Menunjukkan Setahun Adalah Tempoh Cuti Bersalin Paling Sesuai

Baca juga:

Jom Persiapkan Anak Lelaki Kita Untuk Lebih Bersedia Menjadi Bapa

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner