Suami hidap kanser luar biasa ini telah memusnahkan impian isteri dan anak-anak.
“Saya tak berkahwin untuk menjadi janda…”
Berkahwin dengan suami hidap kanser…
Ju-ann memberitahu yang dia adalah seorang ibu tunggal semasa dia berjumpa dengan suaminya Brian Lim pada tahun 2015. Bakal suaminya itu bertatu dan berambut panjang berwarna merah. Ia sah-sah bukan ciri-ciri suami yang diidamkan.
Tetapi, tidak beberapa lama selepas itu, Ju-ann jatuh hati dengan sikap lelaki itu yang penyayang.
“Apa yang dia boleh bagi dekat kau?” soal rakannya.
“Saya tak boleh beri kereta dan rumah besar tapi saya janji yang awak akan ada makanan untuk makan dan tempat untuk tidur.
Ju-ann menjelaskan
“Saya jatuh hati dengan ayatnya yang simple ini dan mula menyayanginya. Malam-malam saya tidak lagi sunyi.”
Hubungan mereka berjalan dengan lancar dan Ju-ann sedang hamil anak pertama mereka.
Gambar: FACEBOOK / Ju-ann Thong
Pasangan ini berkahwin dan hati Ju-ann bertambah bahagia apabila melihat cara Brian melayan anaknya Mathisa. Brian juga baik dengan ibunya.
“Brian sentiasa berikan apa yang Mat (anaknya) inginkan. Dia sentiasa berkata kepada Mat, ‘kalau ini apa yang Mat nak, daddy akan berikan.”
Keluarga bertambah dari 3 orang ke 5 orang!
Pada Jun 2016, anak mereka Meagan lahir dan pada usia Meagan 6 bulan, saya mengandungkan Mikel pula.
“Saya tak pernah bangun tengah malam, Brian menguruskan Meagan setiap malam. Meagan umpama kekasihnya.”
Gambar: FACEBOOK / Ju-ann Thong
Pada September 2017, mereka menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Mikel. Kehidupan mereka penuh dengan cinta dan kebahagiaan.
“Kami sekeluarga sangat bahagia, sehingga tiba-tiba Brian menghidap kanser.
Ramai yang kata kanser umpama hukuman mati. Brian perlu melalui bermacam-macam ujian. Semasa semua orang sedang gembira menyambut Krismas 2017, pakar mengesahkan yang suami hidap kanser luar biasa!”
Kami tiada pilihan lain selain membuat keputusan bagi Brian membuat pembedahan, betul-betul semasa Tahun Baru Cina.”
Ju-ann memberitahu Stomp yang Brian menghidap kansel sel peralihan pelvis buah pinggang. Ini adalah kanser yang jarang berlaku.
Suami hidap kanser luar biasa: Musnah harapan isteri dan anak-anaknya ini…
Brian telah melakukan pembedahan membuang buah pinggang. Tapi, ini tidak mengehadkan pergerakan lelaki ini. Dia terus bekerja keras untuk keluarganya.
Walaupun dia sepatutnya berehat, tetapi dia terus bekerja malah mencadangkan untuk menjual kuih pada Tahun Baru Cina. Brian mula bekerja selepas keluar dari hospital untuk pembedahan selama 5 jam. Dia tidak membenarkan dirinya berehat.
Dan sekarang tiba masanya untuk Brian melakukan kemoterapi pula. Ju-ann tak pasti apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Gambar: FACEBOOK / Ju-ann Thong
Dia menulis, “Ketua keluarga kami perlu menjalani sesi kemoterapi. Ia merupakan satu rawatan yang teruk seperti kisah-kisah yang saya dengar. Pelbagai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan untuk keadaannya sekarang.
Saya tak tahu apa yang bakal menanti kami. apa yang saya tahu dia tidak akan berhenti berjuang. Tiada siapa, termasuk doktor yang boleh menjamin apa-apa, tapi saya tahu dia boleh jamin yang selagi dia hidup dia akan terus mencintai kami dengan hati, nyawa dan tubuhnya!
Seperti saya katakan kepada rakan-rakan saya, saya tidak berkahwin untuk menjadi janda! Tapi saya tahu, semua fikiran negatif ini akan hilang dan akan bertukar menjadi kekuatan kami.”
Ju-ann mempunyai harapan yang suaminya boleh selamat, dia harapkan doa kita semua untuk suaminya.
“Doa anda boleh membuatkannya menjadi kuat supaya dia masih ada masa untuk menjadi lelaki yang ceria, anak yang patuh, bapa yang penyayang dan suami yang baik. Dorongan anda akan membuatkan dia tahu yang dia tidak keseorangan.”
Kasihan mendengar kisah sedih seperti ini. Kami mendoakan agar Brian sembuh dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi ujian ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-leukemia-pada-anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!