Setiap yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan dapat menikmati kebahagiaan bersama pasangan tercinta. Namun siapa sangka ada yang berdepan ujian suami hilang dan berubah hati dek wanita lain.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Suami hilang 12 hari tanpa rasa bersalah
- Suami hilang kerana isteri baru, masa depan anak jadi taruhan
- Hakikat sebenar tidak selari dengan sebuah pengharapan
Sebelum ini drama Layangan Putus menjadi fenomena di negara jiran sehingga mencetuskan kerisauan para isteri terhadap rumah tangga mereka. Sebenarnya ia merupakan adaptasi dari kisah benar yang ditulis oleh Mummy A SF.
Suami hilang selama 12 hari, tanpa rasa bersalah tinggalkan isteri dan anak-anak
Seperti orang lain, rumah tangga Mommy A SF adalah sangat bahagia. Dia dikurniakan seorang suami penyayang dan bertanggungjawab. Namun semua ini tidak lama apabila pada 12 Februari 2018, lelaki yang dia begitu percayakan telah tiba-tiba menghilangkan diri.
Difahamkan sebelum melangkah keluar dari rumah, dia ada bawa sekeping pasport. Apabila dihubungi, dia memberi alasan ada urusan kerja di Jakarta dan tidak membenarkan isteri pergi ke sana.
Berikut kronologi yang berlaku dalam rumah tangga wanita malang berkenaan:
- Suaminya keluar rumah dan menghilangkan diri
- Selepas 12 hari, dia balik ke rumah seperti biasa tanpa memberikan sebarang penjelasan ataupun kata maaf
- Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, setahun kemudian Allah tunjukkan. Mommy ASF telah menjumpai ratusan gambar suami berbulan madu dengan isteri baru di Cappadocia. Ia sebenarnya menjadi lokasi impian Mommy ASF
- Lebih menyedihkan lagi, anak kelimanya meninggal dalam kandungan
- Bagi menghentikan segala kesedihan, dia nekad naik mahkamah dan menuntut talak pada 19 September 2019
Suami hilang kerana isteri baharu, masa depan anak-anak jadi taruhan
Pastinya agak pahit untuk membuka mulut dan mengingati semula apa yang sudah terjadi. Seorang ibu terpaksa menahan sakit melihat empat orang anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.
Apabila ditanya oleh pengacara adakah Mommy ASF rasa menyesal, dia dengan tenang menjawab tidak langsung merasakan sedemikian.
Bukan penyesalan untuk diri sendiri, perasaan lebih rasa bersalah memikirkan anak-anak.
Sepatutnya mereka bahagia memiliki sebuah keluarga yang lengkap. Boleh juga mungkin bahagia bila bermadu kerana mereka boleh ada dua ibu.
Apabila menyentuh mengenai kehilangan anaknya yang kelima, Mommy ASF terpaksa menahan sebak untuk bercerita tentangnya.
Aduhai anak, apabila nak cerita tentang anak yang ke-5 ini sememangnya sedih. Ia kejadian Jun 2018, semua ujian ini saya hadapi sebelum membuat keputusan pindah ke Malang.
Sehingga ke hari ini saya terpaksa berdamai dengan perasaan bersalah kerana anak yang kelima ini penuh dengan ujian rumah tangga.
Sebelum ini anak yang pertama, kedua, ketiga dan keempat dirawat dengan penuh kasih sayang. Selalu kali berjumpa doktor adalah momen yang dinantikan.
Hakikat sebenar tidak selari dengan sebuah pengharapan
Kalau yang anak kelima ini, saya kerja, kerja dan kerja. Bila perlu berjumpa doktor, saya rasa tidak mengapa semuanya akan baik-baik saja.
Sehinggalah momen ingin melahirkannya. Saya sebenarnya amat berharap semuanya normal, tapi ternyata ketika itu ia tidak sesuai dengan harapan setiap ibu.
Ketika laluan sudah lengkap 10cm, ternyata rahim mengalami pendarahan. Saya tiba-tiba pengsan dan pembedahan caesar terpaksa dilakukan. Namun ternyata nyawa bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan lagi.
Menurut Perunding Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah mengatakan kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami.
Fakta itu dijelaskan menerusi kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya. 8 daripada 10 kes adalah kerana kecurangan suami. Ia lazimnya berlaku kerana lemah pegangan agama dan pengaruh hawa nafsu.
Sebagi wanita jangan mudah lemah jika anda perlu melalui situasi ini. Ada banyak panduan yang boleh dilakukan demi menyelamatkan rumah tangga. Jika hati tidak lagi berpaut pada suami, anda perlu kuat menjalani kehidupan dengan penuh semangat serta keyakinan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan
Baca juga: Senarai Drama Korea Tentang Suami/ Isteri Curang, WAJIB Ditonton & Ambil Iktibar!
Baca juga: Hancur Hati Isteri Dah Nak Bersalin, KANTOI Wanita Simpanan Suami Juga Bersalin Hospital Sama!