5 Nasihat Seks Daripada Wanita Yang Berkahwin, Untuk 'Newlyweds', Take Note Ya!

5 Nasihat Seks Daripada Wanita Yang Berkahwin, Untuk 'Newlyweds', Take Note Ya!

Memang setiap perkahwinan adalah berlainan. Namun ada satu persamaan yang pasti iaitu berhubungan intim dalam ikatan suami isteri romantik!

Untuk para wanita yang baru bergelar isteri, ini nasihat dalam berhubungan intim yang anda PATUT tahu. Memang setiap perkahwinan adalah berlainan. Namun ada satu persamaan yang pasti iaitu berhubungan intim dalam ikatan suami isteri romantik!

Mana ada perkahwinan yang harmoni tidak disemai dengan hubungan intim  antara suami dan isteri kan? Mungkin ada, tapi adakah ia normal?

Jadi untuk mencipta hubungan suami isteri romantik yang sihat dan sentiasa disemai dengan kasih sayang, anda patut tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan apa yang tidak apabila beraksi di ranjang. 

Hangatkan hubungan suami isteri romantik dengan:

suami isteri romantik

#1. Jangan terlalu berfikir ketika beraksi

Ramai isteri yang membuat kesilapan dalam hubungan intim dari permulaan lagi. Iaitu mereka berfikir terlalu mendalam terutama sekali tentang pasangan. Jangan terlalu fikirkan apa yang pasangan mahukan. Lakukan dengan suka sama suka, hubungan intim ini lebih dari sekadar seks. Ia adalah penyatuan dua jiwa yang ghairah bercinta. Jadi mengapa perlu fikirkan sebelah pihak saja. Nanti anda tidak menikmatinya, jadi anda sendiri yang rugi. 

#2. Filem lucah bukan rujukan tepat

Elakkan mencari inspirasi dalam filem atau video lucah. Itu adalah rujukan yang teruk untuk pasangan berkahwin. Apa yang ditayangkan itu adalah fantasi semata-mata. Malah mereka dibayar untuk membuat aksi-aksi diluar tabii begitu, anda tidak. Apa yang anda lakukan bersama pasangan adalah terlalu istimewa, tiada nila wang ringgit yang mampu menandinginya. 

#3. Jangan rasa bersalah jika tidak klimaks

suami isteri romantik

Sekiranya anda berasa payah untuk mencapai klimaks, tidak mengapa anda boleh minta suami anda akhirinya dengan mainan jari (fingering). Kemudian sekiranya anda masih tidak boleh dipuaskan anda boleh gunakan vibrator. Setiap masalah ada penyelesaiannya, jadi janganlah sentiasa cari alasan untuk menyalahkan pasangan anda. 

#4. Tutup mata sehingga anda mencapai klimaks

Anda boleh menikmati seks tidak kira apa cara sekalipun. Termasuklah jika anda mahu memejamkan mata semasa beraksi. Tidak, pasangan anda tidak akan berkecil hati pun. Apa yang anda berdua punyai sekarang sudah melebihi segalanya. 

#5. Ramas puting payudara 

Percayalah stimulasi dari payudara anda sangat memainkan peranan untuk anda mencapai klimaks. Jangan terlalu risaukan suami anda, ini kerana suami mudah untuk mencapai klimaks tapi perempuan ni tricky sedikit. Jadi anda perlulah pandai memberi arahan kepada pasangan dengan apa yang mereka patut lakukan. 

Posisi seks yang patut dicuba

Kalau tadi bercerita mengenai apa yang anda patut dan tidak patut lakukan ketika berasmara. Sekarang anda boleh cuba 4 posisi seks ini, untuk mengghairahkan lagi hubungan intim antara anda dan pasangan barulah jadi suami isteri romantik. Cubalah!

#1. Gaya doggy
Jika perut adalah kelemahan anda (anda tak suka perut itu), posisi seks gaya doggy patut anda cuba! Ia antara posisi terbaik untuk “sorokkan” segala ketidakyakinan anda.

Gaya doggy juga bagus untuk rangsangan g-spot. Lepas ini, anda boleh buat senaman squat pula untuk mantapkan punggung yang akan kelihatan seksi dari belakang itu.

#2. Gaya cowgirl
Gaya cowgirl terbukti mampu meleperkan perut anda! Ha… nak buat senaman sambil menikmati seks tak? Cuba posisi ini! Senang saja, anda naik ke atas pasangan dan menghadapnya. Kemudian, gunakan kekuatan otot paha anda untuk bergerak.

Nak lebih seksi, cuba regangkan bahu dan terus “menguasai” pergerakan. Anda akan nampak macam dewi!

suami isteri romantik

#3. Gaya missionary
Alamak, tak bosan ke dengan posisi seks ini? Ha… anda salah! Sebenarnya, gaya missionary paling sesuai untuk mempamerkan keseksian bahagian pangkal paha dan punggung anda.

Cuba peluk pasangan dengan kaki anda ketika dalam posisi ini. Dia hanya akan nampak payudara dan muka anda. Tika ini, buat aksi nakal! Pasangan pasti tersangkut. Lebih-lebih lagi jika dia tengok muka anda orgasma…

#4. Gaya spooning
Spooning adalah antara posisi seks yang paling terbaik untuk menyembunyikan perut, payudara dan bahagian depan badan anda.

Cuba baring dengan muka tak menghadap pasangan. Biar pasangan di belakang anda. Untuk lebih seksi dan menarik? Cuba lentikkan badan, agar punggung kelihatan lebih “ummphh”.

Pasangan pasti tersangkut. Nanti bila “aksi” sudah bermula, jangan lupa untuk tarik tangan pasangan bagi “sesi meraba” percuma, ya!

Sumber:  Cosmopolitan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/seks-suami-isteri-jenis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner