6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari

lead image

Sebenarnya, ada 6 perangai isteri yang buat suami makin sayang dan bikin mereka makin jatuh cinta setiap hari! Sekarang, anda tahulah apa rahsia tambat hati suami, kan...

Perangai si isteri yang terpaksa suami layan

Mengaku sajalah, ada juga pelbagai perangai pelik si isteri ini yang kadang-kadang pening kepala si suami nak layan. Tapi, si isteri ini jugalah hadiah yang paling tak ternilai buat si suami.

Tabiat macam sikit-sikit asyik nak call suami, berpura-pura comel (hehehe) dan lemah bila nak minta tolong suamilah, suka ambil banyak selfie dan padam semuanya, atau lama sangat shopping mungkin akan buat suami menyampah (tapi sayang). 

Namun, tanpa isteri, rasanya tak terurus langsung suami ini! Kitalah yang kemas dan basuh baju, memasak dan bagi sekeluarga makan ikut waktu. Kita jugalah sumber bila nak cari mana barang yang hilang!

Jadi, sebab itu wanita adalah hadiah teristimewa untuk seorang suami. 

suami makin sayang isteri

Dan sekarang… kami juga nak kongsikan apa 6 perangai isteri yang buat suami makin sayang dan jatuh cinta pada anda setiap hari.

Ha… lepas tahu rahsia 6 perangai ini, bolehlah kita selalu buat dekat pasangan untuk tambat hati mereka 😛

6 perangai isteri yang buat suami makin sayang

1. Letak kepala di dada mereka

Kadang bila penat sangat dengan semua kerja dan masalah, isteri akan menghabiskan masa cuba meluahkan semua yang terpendam pada suami.

Ketika itulah kita ini rasa nak bermanja dan mendapat perhatian mereka. Jangan tak tahu, suami sebenarnya suka kalau kita letak kepala di dada mereka tau!

perangai isteri

Kredit gambar: TV Tropes

Mereka rasa seperti seorang lelaki sebenar yang boleh beri perlindungan pada orang kesayangan mereka. 

Jadi, kerap-keraplah letak kepala anda di dada mereka bila mengeluh dengan pasangan! Lebih seronok kalau mereka main rambut kita juga.

2. Belai lembut ketika memandu dalam kereta

Belaian lembut ketika suami memandu juga menyebabkan suami anda makin sayang pada anda! Tak kisahlah, anda boleh belai rambutnya, picit lehernya atau ulas-ulas lembut pipinya. 

suami makin sayang isteri

Suami akan rasa semua perbuatan ini satu bentuk kasih sayang dan penghargaan daripada pasangan.

3. Memuji di Facebook

Suami juga menghargai penghargaan di media sosial. Bukan isteri saja, ya! Sebab itu anda kadang-kadang bolehlah memuji tindakan mereka. 

suami makin sayang isteri

Contohnya tag mereka pada mana-mana artikel yang cakap tentang suami yang hebat ke. Atau update status Facebook yang memuji mereka ke. Mereka rasa dihargai.

Tapi jangan terlebih buat, nanti menyampah pula pembaca di Facebook!

4. Mendengar tanpa jemu

Otak wanita berfungsi secara berbeza berbanding lelaki. Kalau kita isteri boleh saja buat semua kerja dalam satu masa, sambil mengeluh dan membebel.

Tapi lelaki tak boleh. Sebab itu bila suami mula bercerita tentang sesuatu, dia akan rasa semakin jatuh cinta dan sayang pada isteri yang tak jemu mendengar ceritanya.

suami makin sayang isteri

Suami makin sayang isteri yang tak jemu mendengar ceritanya… Kredit gambar: Woman’s Day

Walaupun apa yang dia cakap langsung kita tak faham! Tapi, teknik mendengar akan buat mereka rasa anda benar-benar menyayangi mereka.

Lepas ini anda jangan menyelit atau membebel kalau mereka nak cerita sesuatu, tau!

5. Hantar mesej/peringatan walaupun ketika sibuk

Walau sesibuk manapun seorang isteri ini, dia pasti akan terfikir pasal suaminya. Sudah makan ke belum? Sudah beli ubat sebab dia demam ke? Apa dia buat? Sibuk ke?

suami makin sayang isteri

Kredit gambar: The New Indian Express

Macam-macam kita fikir. Jadi, bila kita hantar mesej peringatan suruh mereka makan, atau ayat simple seperti takecare saja sudah cukup untuk buat suami “makin sangkut” dengan anda.

Ini membuatkan mereka gembira kerana anda masih memikirkan tentang kesejahteraan diri mereka walaupun anda sibuk.

6. Kemesraan di tempat awam

Jangan ingat suami tak suka kalau anda tunjuk kemesraan di tempat awam. Janji tak berlebih-lebihan.

Sebenarnya, cukuplah anda memegang tangan mereka ketika ingin melintas jalan, atau membetulkan rambut dan baju mereka. Semua ini akan buat mereka makin jatuh cinta dengan si isteri.

suami makin sayang isteri

Kredit gambar: The Independent

Betul tak para suami? 

Untuk menyemarakkan rasa cinta ini, janganlah berhenti tunjuk betapa anda menyayangi mereka. 

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia terletak di tangan suami isteri yang bijak mengemudi cabaran dan menyemarakkan rasa cinta.

Jom kongsi dengan suami tentang perangai ini! Mana tahu lepas ini anda bolehlah buat perangai ini dengan perangai annoying anda, sebab suami tetap akan cintakan anda. Hehehe

Sumber rujukan: Happy Life Report

Kredit gambar: Men Advice

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!