X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Usah Malu Suap Makanan Ke Mulut Isteri & Anak, Besar Pahalanya Buat Para Suami!

4 min bacaan
Usah Malu Suap Makanan Ke Mulut Isteri & Anak, Besar Pahalanya Buat Para Suami!

Suami penyayang dan menggalas tanggungjawab dapat mengekalkan keharmonian hubungan rumah tangga. Ikuti nasihat berguna dari Ustaz Ebit Lew ini!

Mengharungi kehidupan rumah tangga tidaklah begitu sukar sekiranya kedua-dua memainkan peranan bagi menjaga keharmonian hubungan. Setiap isteri di dunia ini tentu sahaja mengidamkan suami penyayang dan bertanggungjawab.

Sebab itulah dalam agama Islam menggalakkan para suami untuk sentiasa bahagiakan pasangan kerana dari situlah datangnya pelbagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Amalan suami penyayang mengikut nasihat ustaz

makan bersuap suami isteri

credit to sources

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh diamalkan agar suami isteri dimurahkan rezeki. Apa kata anda ikuti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini.

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia sedang berdepan masalah. Dia mengatakan bahawa kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

”Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tidak tahu nak buat apa lagi,” luahnya.

”Abang makan, ada suapkan makanan ke dalam mulut isteri tak?” tanya saya.

”Tak pernah ustaz,” jawabnya

”Abang pernah suapkan makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudiannya dijawab dengan jawapan yang sama.

Menjadi suami penyayang dengan makan bersama isteri dan anak-anak

”Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat, tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang. Rezeki mereka pun cukup sahaja, rasa tenang dan berkat.”

cara menjadi suami penyayang

credit to sources

”Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki akan bertambah. Sekarang?Sudah banyak keluarga tidak dapat duduk bersama dan makan sekali. Ada yang masih makan bersama, tetapi tangan sibuk melayan telefon pintar dan mata menonton televisyen. Ya Allah.”

”Bila isteri makan dari tangan kita, dia akan rasa bahagia sangat. Bila suami buat kerana cinta kerana Allah, walaupun hanya beberapa suap sudah terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas sama.”

”Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap ibu dan ayahnya sekali sekala.”

”Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga terlebih dahulu, kemudian lihat bagaimana rezeki datang mencurah-curah.” jelas saya kepadanya.

”Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga.” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best dan sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia. Semoga kami terus menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Pahala buat suami yang suap makanan ke mulut isteri

amalan suami penyayang

credit to sources

Semakin bertambah usia perkahwinan, hubungan suami isteri menjadi semakin hambar. Lebih menyedihkan, ada suami berasa malu untuk berpegangan tangan isteri dan makan bersuap di khalayak ramai biarpun perbuatan berkenaan diberikan ganjaran pahala.

kelebihan makan bersuap

Dari Sa’d bin Abu Waqash RA bahawasanya dia mengkhabarkan, bahawa Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu dengan mengharap reda Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” (HR Bukhari No: 54) status: hadis sahih.

Pengajarannya:

#1. Setiap apa yang diberikan dari suami kepada isteri dengan mengharapkan keredhaan Allah, diberikan ganjaran pahala.

#2. Suami perlu menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan ia adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuklah menyuapkan makanan ke mulutnya akan mendapat pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:

suami isteri bahagia

”Wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri)” (HR. Muslim No 1218)

Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:

Stories Rakan Kongsi
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

makan bersuap suami isteri

Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa hak isteri yang wajib kami tunaikan? Baginda bersabda: ”Engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya dan jangan memboikotnya kecuali di rumah.” (HR. Abu Daud No:2142)

#3. Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Sumber: Ustaz Ebit Lew, Mingguan Wanita

Kredit foto: Kumparan & Wan Kamarul Wan Salim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kunci Perkahwinan Bahagia Ada Pada Suami, Ini Nasihat Berguna Dari Ustaz Don Daniyal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Usah Malu Suap Makanan Ke Mulut Isteri & Anak, Besar Pahalanya Buat Para Suami!
Kongsikan:
  • Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

    Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

  • Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

    Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

  • 5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
    Stories Rakan Kongsi

    5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

  • Dua Tahun Diganggu Bekas Suami Gila Talak, Selalu Buat Bising & Panjat Pagar Rumah

    Dua Tahun Diganggu Bekas Suami Gila Talak, Selalu Buat Bising & Panjat Pagar Rumah

  • Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

    Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

  • Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

    Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

  • 5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
    Stories Rakan Kongsi

    5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

  • Dua Tahun Diganggu Bekas Suami Gila Talak, Selalu Buat Bising & Panjat Pagar Rumah

    Dua Tahun Diganggu Bekas Suami Gila Talak, Selalu Buat Bising & Panjat Pagar Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.