Hubungan yang terbentuk dalam perkahwinan ini sebenarnya pelik lagi rumit. Kadang-kadang apabila sudah lama berkahwin, kita bergantung pada perhatian pasangan untuk merasai “cinta”. Tapi, kalau tiba-tiba kita tawar hati dengan suami atau suami seakan-akan tidak lagi tertarik pada isteri, apa puncanya?
Adakah ada sesuatu yang tak kena pada diri kita?
Percaya atau tidak, memang ramai isteri di luar sana yang menghadapi situasi sama seperti ini.
Kita ingat apabila suami tak tertarik lagi, ia mungkin sebab salah kita. Adakah sebab badan kita selepas bersalin? Atau sebab suami tertarik dengan perempuan lain di luar sana?
Bila banyak sangat yang kita fikir, mulalah kita pun rasa tidak dihargai. Lalu kita meluahkan rasa sakit ini dengan membebel, sengaja cari pasal dengan suami atau tak melayan suami langsung.
Sebenarnya, masalah di sini bukan pada kita pun. Kita juga patut berhenti memikirkan yang kita telah mengahwini lelaki yang salah.
Mengapa nampak macam diri tawar hati dengan suami & suami tidak berminat pada kita?
Sebelum anda menuduh tak tentu hala, cari punca masalah ini dulu. Mengapa suami bertindak seakan tidak tertarik lagi dengan isteri? Ini antara 4 sebabnya:
1. Cuba sembunyi kebenaran
Sebenarnya, lelaki juga boleh kurang yakin dengan diri sendiri. Contohnya mungkin dalam prestasi seksual seperti mati pucuk atau ejakulasi pramatang.
Ataupun mereka rasa mereka sudah “tak cukup gagah” untuk melindungi anda. Daripada mengaku tentang hal ini, mereka cuba menyembunyikannya. Sebab itu mereka semakin berjauhan dengan anda.
2. Tengok banyak sangat video “blue“
Salah satu sebab kenapa anda mungkin rasa suami tak tertarik lagi pada anda adalah kerana dia selalu terkantoi melihat video blue (pornografi).
Ramai yang ingat tidak mengapa jika suami tengok video ini sekali sekala. Tapi menurut kajian, tengok video lucah dengan banyak boleh meruntuhkan rumah tangga!
3. Anda sendiri menjauhkan diri
Mungkinkah rasa suami tak tertarik lagi itu datangnya dari perbuatan anda sendiri? Ini mungkin terjadi jika anda menjauhkan diri dari pasangan dulu.
Anda “keras” dan memberikan gaya badan yang tertutup. Maka suami pun putus asa untuk menjadi intim dengan anda.
4. Jarak jauh dari pasangan
Kalau kalian duduk berjauhan dan hanya bersembang di telefon, memang senang nak rasa pasangan tak lagi tertarik pada kita. Hubungan jarak jauh memang susah.
Dalam situasi ini, kepercayaan adalah kunci utama. Jangan buat andaian pelik-pelik!
Apa yang patut isteri buat jika suami tak lagi tertarik padanya?
Langkah paling baik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan meluahkannya pada pasangan. Cakap dengan mereka apa yang anda rasa.
Mungkin selepas anda jujur, anda akan dapat mengetahui kenapa suami bertindak sedikian.
Selain itu, anda juga boleh melakukan 5 benda ini untuk menyemarakkan balik hubungan kalian:
- Keluar date dengan pasangan. Sama macam bercinta dulu. Cuba cakap benda lain selain daripada anak atau bil.
- Kenali pasangan dengan lebih rapat. Ambil hatinya.
- Cuba perkara baru untuk cipta memori baru yang kalian boleh imbau nanti
- Percaya dengan diri sendiri. Jika anda rasa tidak dihargai pasangan, memang anda akan menyalahkan diri sendiri. Ini buat keyakinan anda jatuh. Jangan begitu! Pergi shopping untuk buat anda rasa “cantik” kembali.
- Renung mata pasangan. Dari mata turun ke hati katanya. Jangan ingat anda dan pasangan tak boleh jatuh cinta semula hanya dengan merenung mata, ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!
Baca juga: 7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur
Baca juga: Sering Bertelagah Dengan Orang Tua Kerana Cara Anda Asuh & Disiplin Anak Sendiri? Ini Cara Hadapinya