Subang Masuk Dalam Cuping Telinga Anak & Terpaksa Kena Belah, Ibu Ini Akui Serik!

Subang telinga boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak kecil sekiranya cara pemakaian yang tidak betul. Ibu ayah sila waspada perkara ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan ibu yang memiliki anak perempuan pasti berasa teruja untuk ‘mencantikkan’ mereka dengan pakaian serta aksesori yang comel seperti memakaikan gelang atau subang telinga.

Meskipun masih bayi, ada segelintir ibu sudah berani mengenakan gelang emas dengan saiz besar serta menindik telinga si manja tanpa memikirkan kesan sampingannya.

Subang telinga masuk dalam cuping anak

Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah perkongsian seorang ibu, Era Syira yang memuat naik beberapa keping gambar bagi memberi pengajaran kepada ibu-ibu yang lain agar tidak terjadi perkara serupa.

Pengajaran buat diri sendiri, nak anak cantik inilah makannya. Beli yang biasa hilang sebelah, beli jenis bulat pun hilang sebelah. Ini kali keempat beli jenis skru. 

Memang tidak hilang tapi boleh masuk dalam cuping telinga. Semua klinik tidak mahu ambil risiko sebab Naura masih kecil. Akhir sekali terpaksalah pergi ke hospital.

Cuping telinga Naura kena belah sedikit. Naura kena ikat sebab dia meronta-ronta. Menangis sampai hilang suara.

Doktor suruh ibu pegang kaki Naura pun ibu dah jadi lemah bila dengan adik menangis kuat. Maafkan ibu dik. Lepas ini tak payah pakai langsung. Ibu jadi seram.

Doktor pesan bahaya tindik telinga bayi bawah 6 bulan ke bawah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihati jika ibu ayah berhasrat untuk tindikkan subang telinga pada anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, sebaiknya tangguhkan dahulu.

Hal ini kerana mungkin ramai ibu ayah tidak tahu bahawa luka akibat perbuatan tersebut amat berbahaya pada bayi usia begini.

Jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus dan sekaligus merisikokan bayi kepada masalah kekejangan serta sawan.

Panduan tindik telinga bayi yang perlu ibu ayah tahu

#1. Pastikan prosedur adalah selamat dan bersih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses tindik subang telinga anak sepatutnya dilakukan dengan cara yang bersih agar tidak berlaku jangkitan kuman pada bahagian cuping telinga.

Ibu ayah dinasihatkan untuk melakukannya di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan. Doktor juga akan membius telinga terlebih dahulu sebelum menindiknya.

#2. Bayi berusia 6 bulan ke atas

Secara umumnya bayi memiliki daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa. Bagi ibu ayah yang mahu menindik telinga bayi, disarankan agar menunggu sehingga anak berusia enam bulan ke atas.

#3. Telah mendapat suntikan (DTap)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTap) bagi melindunginya daripada kuman tetanus.

Banyak kes jangkitan kuman seperti tetanus yang lebih bahaya menyebabkan kejang dan sawan berpunca dari luka tindikan.

#4. Kepentingan 6 minggu pertama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah disaran supaya memberi perhatian terhadap luka tindikan dalam masa enam minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik itu menggunakan air bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman serta alahan.

#5. Pilih material anting-anting

Selain itu pastikan anting-anting untuk bayi diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium.

Anting-anting yang dibuat darripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang serta alahan pada cuping telinga.

Kesimpulannya tidak salah sekiranya ibu ayah ingin menindik subang telinga anak-anak yang masih kecil.

Akan tetapi pastikan penuhi panduan dan syarat tertentu sebelum menindik telinga bayi seperti yang dijelaskan Doktor Zubaidi ini. Jangan beranggapan bahawa kesakitannya adalah minima dan bersifat sementara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa perhatian kepada luka tindikan dalam masa 6 minggu yang pertama bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman.

Namun hakikatnya boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia bukan dikendalikan oleh ahlinya. Bukan itu sahaja amalan ini telah diharamkan di United Kingdom dan mendapat sokongan daripada The United Nations Children’s Emergency Fund (UNICEF).

Sumber: Era Syira, Dr Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Elak Jangkitan Telinga Bayi, Ia Boleh Buat Mereka Ada Masalah Pertuturan!