Berpuasa Dapat Meningkatkan Lagi Kesuburan Wanita! -Kajian

Subur ketika berpuasa adalah benar, menurut kajian wanita akan menjadi lebih subur apabila berpuasa, inilah waktu tepat untuk mencuba hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda dan pasangan dalam proses merancang untuk menimang bayi tentunya pernah terfikir apakah merancang untuk hamil di bulan puasa ada efek pada subur seorang wanita itu?

Apabila berpuasa, bimbang tidak banyak nutrisi dalam badan lantas akan memberi efek pada kesuburan badan. Jadi, jom semak adakah ia mempengaruhi subur seorang wanita?

Wanita lebih subur ketika berpuasa?

Foto: Hellosehat

Jonathan Tilly dan sekumpulan pengkaji dari Harvard Medical School, pernah bekerja sama dengan Massachusetts General Hospital (MGH) untuk mengkaji soal pengaruh puasa terhadap kesuburan wanita.

Dan berdasarkan kajian itu, para pengkaji memantau dua kelompok tikus betina dewasa berusia tiga bulan sampai satu tahun. Usia tersebut adalah usia di mana kualiti dan sel telur yakni kesuburan tikus sedang berkurang.

Melalui dua ekor tikus betina dewasa, salah satu tikus itu diberi makanan sebanyak-banyaknya selama tujuh bulan. Sementara tikus lainnya, dilakukan hal sebaliknya iaitu mengurangkan pemberian makanan kepadanya.

Hasilnya, tikus yang makan banyak mengalami penurunan jumlah sel telur. Manakala tikus yang ‘berpuasa’ pula memiliki sistem reproduksi yang lebih sihat yakni lebih subur!

Selain tikus, para pengkaji juga pernah mencuba kaedah tersebut pada monyet betina dan mendapat kesimpulan yang sama. Mereka membuat kesimpulan, saat wanita menjalani ibadah puasa, tubuhnya mampu menghasilkan jumlah sel telur lebih banyak yakni lebih subur dan kadar gula darah yang lebih baik.

Kondisi tersebut turut mempengaruhi hormon reproduksi, sehingga melancarkan pengeluaran haid dan juga penghasilan sel telur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, berpuasa sebagai salah satu cara untuk cepat hamil memang dapat anda akukan. Dengan mengurangkan pengambilan kalori, usia sistem reproduksi anda pun akan semakin panjang.

Tempoh subur lebih panjang

Sebuah kajian juga ada menyatakan bahawa puasa memiliki banyak manfaatnya, termasuk di antaranya adalah memanjangkan tempoh subur wanita dan memperbanyakkan jumlah sel telur yang dihasilkan.
Malah dengan kurangnya kalori ketika berpuasa secara tidak langsung mengurangkan juga kadar gula dalam darah dan kemudian mempengaruhi hormon reproduksi.

Bagaimana pengaruh puasa pada sperma lelaki?

Puasa juga tidak akan memberikan efek buruk terhadap kualiti sperma. Malah ia dikatakan dapat meningkatkan fungsi organ reproduksi. Suhu tubuh pun dapat menjadi lebih seimbang saat berpuasa sehingga fungsi Pelbagai organ dalam badan pun semakin meningkat.
Dengan terhentinya pengambilan makanan dalam waktu yang cukup lama, pelbagai jenis bakteri, virus, kuman, hingga sel-sel berbahaya seperti sel kanser tidak akan dapat bertahan lama untuk hidup.
Selain itu, puasa juga memberikan kesempatan bagi sistem pencernaan untuk berehat, ia membuatkan pelbagai racun, kotoran, bendasing yang merosakkan organ badan dapat dibuang. Hal inilah yang membuat kualiti sperma menjadi semakin meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbukalah dengan makanan ini untuk lebih subur

Foto: Medkomtak

#1. Menghindari makanan yang mengandungi lemak trans

Lemak trans boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat dan menganggu sistem organ reproduksi. Ini kerana apabila pembuluh darah sudah tertutup, aliran darah tidak dapat mengalir dengan baik.

Antara contoh makanan yang mengandungi lemak trans ialah pizza beku, krim dan marjerin (dalam kek, biskut atau roti), makanan bergoreng (fun fries, ayam bersalut tepung) dan makanan panggang (burger).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu

Lemak tidak tepu berupaya membantu dalam meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap sebarang insulin dan mengatasi masalah radang dalam tubuh. Ia juga baik untuk kesuburan golongan wanita.

Antara contoh makanan yang perlu anda ambil ialah kekacang, lemak ikan mengandungi Omega-3 seperti salmon dan sardin.

#3. Banyakkan mengambil protein daripada sayuran

Protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur adalah jauh lebih baik berbanding protein haiwan untuk meningkatkan kesuburan. Jika sebelum ini anda sering makan daging merah, apa kata tukarkannya kepada pengambilan kacang tanah, tauhu, tempe dan kacang merah sebagai ikhtiar untuk hamil.

Antara sayuran yang kami galakkan anda ambil ialah sayur bayam hijau (mengandungi 49 peratus protein), bunga kubis (40 peratus protein), brokoli (45 peratus protein), lada benggala hijau (22 peratus protein), cendawan (38 peratus protein), timun batang (24 peratus protein) dan parsli (34 peratus protein).

#4. Pengambilan karbohidrat kompleks

Mengambil karbohidrat kompleks seperti serat dalam sayur, gandum dan kekacang berkesan untuk meningkatkan kesuburan bayi membolehkan kadar gula dalam darah boleh dikawal dengan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Memilih susu jenisfull cream berbanding susu rendah lemak

Jika sebelum ini anda berpendapat bahawa susu tanpa lemak adalah yang terbaik, maka ia sebenarnya salah. Dalam proses meningkatkan kesuburan seseorang, susu penuh lemak (full cream) adalah paling sesuai.

Ini kerana ada yang mengatakan bahawa susu tanpa lemak boleh membuatkan anda sukar untuk hamil. Justeru bagi wanita yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, anda perlulah kerap mengambil susu full cream, yogurt dan aiskrim.

#6. Amalkan asid folik setiap hari

Ketika hamil, asid folik ini amat penting supaya bayi tidak mengalami masalah kecacatan pada saraf tunjang. Ia amat sesuai diambil sebelum kehamilan berlaku bagi mengelakkan risiko tersebut dan meningkatkan tahap kesuburan bakal ibu.

Antara cadangan pengambilan asid folik yang diperlukan ialah sebanyak 400mcg pada setiap hari. Sekiranya anda inginkan manfaat ini dari sumber semula jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk kerap mengambil sayuran berwarna hijau seperti brokoli, salad, bayam dan sawi.

#7. Amalkan makanan yang kaya dengan zat besi

Zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan berupaya meningkatkan kesuburan. Anda juga boleh meningkatkan zat besi ini dengan mengambil makanan mengandungi tinggi vitamin C.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Klikdokter, HelloSehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi