5 Cara Hilangkan Tabiat Anak Suka Menjerit, Bingit Telinga Dibuatnya!

Perangai suka menjerit memang tidak dapat dipisahkan daripada kanak-kanak. Tetapi ia boleh dikurangkan jika kena cara pendekatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang kanak-kanak dengan tabiat suka menjerit sukar untuk dipisahkan. Tetapi risau juga jika membawa sampai ke besar. Itu yang kalau boleh dihentikan awal, eloklah dihentikan.

Menjadi ibu bapa memang perlu banyak bersabar. Apatah lagi jika anak sendiri pun gemar menjerit apabila sesuatu kemahuannya tidak dipenuhi. Naik geram dibuatnya!

Kenapa anak suka menjerit?

kredit: bawangputih

Sebelum kita marah-marah, elok kita kaji dulu kenapa anak-anak ini suka sangat menjerit walaupun dia tahu orang di sekelilingnya tidak gemar dengar dia menjerit.

Mungkin dia baru explore kuasa suaranya yang boleh menjadi kecil, boleh menjadi besar. Jadi, dia begitu teruja untuk menjerit tanpa dia sedar pun perbuatan itu mungkin merimaskan orang di sekelilingnya.

Boleh jadi apabila dia menjerit, maka perhatian akan mula diberikan kepada dia. Jadi ini mungkin antara sebab kenapa anak suka menjerit.

5 cara hilangkan tabiat anak suka menjerit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pa&ma

Nak marah kesian, tapi tak marah bingit sangat pula telinga. Jadi apa boleh buat untuk hilangkan tabiat suka menjerit ini. Ikuti tips dari Pengasas Channel Positif Parent Circle, Mohd Fhais Salim.

#1. Cakap baik-baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu anak hilang tabiat menjerit, syarat pertama kita kena berhenti menjerit dulu. Cakap baik-baik dengannya. Anak ini memang mudah ikut, jadi dia akan ikut saja apa kita buat.

Jadi cara kita sangat penting, jangan pula jadi sekapal dengan anak menjerit berjemaah. Hal ini tak akan meredakan keadaan pun. Bahkan si anak akan berasa ini suatu keadaan yang seronok dan dia pun akan jerit lagi.

#2. Puji bila dia cakap baik-baik

Anak-anak perlukan penanda aras yang boleh dia ikut. Bila dia cakap baik-baik, kita puji tapi bila dia menjerit kita jangan layan. Dari situ kita dapat set satu penanda aras komunikasi yang baik.

Anak akan jadi fast learner bila dipuji. Sebab pujian itu tanda kita bangga dengan dia.

#3. Buat-buat tak dengar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: rayhayber

Kalau anak meminta sesuatu dengan menjerit abaikan. Jangan layan atau penuhi permintaan dia. Jika kita beri juga ia boleh jadi satu bad habit!

Ini akan dijadikan mindset anak, kena jerit baru dapat. Tolong jangan bagi anak ada mindset sebegini ya. 

#4. Fokus ketika bercakap

Salah satu punca anak menjerit adalah kerana dia rasa kurang didengari. Kita jarang fokus pada dia, dia cakap banyak kali kita buat tak endah saja. Jadi apa yang dia boleh buat adalah menjerit dan selepas itu mesti kita pandang.

Nama pun budak kecil, mereka amat memerlukan perhatian ibu dan bapanya. Jika ibu dan bapa asyik sibuk bekerja atau bermain telefon, anak pun akan bosan sebab dia pun nak teman untuk bersembang dan bermain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat adalah kurangkan distraction bila bersama dengan anak, simpan telefon dan jauhkan kerja ketika bercakap dengan anak. Fokus lah dengan apa yang anak nak cakap.

Kita pun tak suka kan bila kita bercakap orang buat kerja lain. Jadi cubalah letak kita di tempat anak tu. 

#5. Reflect  semula

Akhir sekali adalah reflect balik setiap apa yang anak cakap atau minta dengan kita. Anak perlukan satu tanda bahawa kita memahami dia.
Mudah saja, kalau anak menjerit sebab dia nak makan gula-gula cara reflectnya begini,

“Ibu faham adik nak makan gula-gula sebab gula-gula tu sedap”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tapi gula-gula …..”
Menjerit dan kanak-kanak ni dah macam isi dengan kuku, tak boleh di pisahkan. Pasti akan berlaku. Cuma bila ia berlarutan sampai ke besar itu masalah, sebab itu tanda lemahnya sistem kawalan emosi dia.

Jadi tanggungjawab kita la sebagai ibu ayah untuk latih dan kuatkan sistem kawalan emosinya. Berjaya kawal jerit maka berjaya la dia kawal emosi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: google image

Baca juga: Parents Tolong Jangan Menjerit-Jerit Pada Anak, Kaki Jalan Dulu, Bukan Mulut!

Baca juga: 10 Cara Untuk Berhenti Jerit Pada Anak – Teknik Menenangkan Diri

Baca juga: Anak Suka Menjerit? Jangan Terus Melenting Ya Ibu Ayah, Ini Penjelasannya

Penulis

Lala Annuar