TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sumbang Mahram Dalam Islam, Tak Sengaja Terkahwin Dengan Sesama Adik Beradik

3 min bacaan
Sumbang Mahram Dalam Islam, Tak Sengaja Terkahwin Dengan Sesama Adik Beradik

Istilah sumbang mahram dalam islam adalah hubungan seks yang dilakukan sesama ahli keluarga sama ada secara sukarela, dirogol atau terkahwin

Mahram bermaksud pertalian yang diharamkan berkahwin, manakala sumbang mahram dalam islam merupakan perbuatan zina atau hubungan seksual terlarang yang dilakukan oleh orang yang mempunyai pertalian darah, keturunan, penyusuan atau persemendaan.

Isi Kandungan

  • Sumbang Mahram Dalam Islam, Kesan Terhadap Nasab Keturunan
  • Hukum Gugurkan Anak Hasil Sumbang Haram

Sumbang Mahram Dalam Islam, Kesan Terhadap Nasab Keturunan

Bila terjadinya perkahwinan yang melibatkan sesama ahli keluarga seperti adik-beradik, ayah dengan anak sama ada secara suka sama suka, dirogol atau tak sengaja terkahwin, perkahwinan tersebut dianggap tidak sah di sisi syarak dan tidak diiktiraf dalam undang-undang.

Bahkan, jika melakukan persetubuhan setelah mengetahuinya dihukumkan sebagai zina sehingga boleh merosakkan nasab dan meruntuhkan institusi keluarga.

Ibn Hajar al-Haitami mengatakan zina yang paling keji ialah zina yang dilakukan dengan ahli keluarga sendiri.

Perbuatan ini sangat keji kerana seseorang yang perlu melindungi ahli keluarganya sendiri tetapi sebaliknya berlaku penganiayaan terhadap mereka.

Hukum Gugurkan Anak Hasil Sumbang Haram

Menurut satu perkongsian video di Tiktok oleh Dr. Kamilin Jamilin berpendapat bahawa menurut ulama, jika kandungan itu belum mencecah usia empat bulan atau 120 hari, hukumnya harus gugur kalau ada sebab yang munasabah dan tidak memudaratkan si ibu.

Namun, jika kandungan tersebut sudah melebihi 4 bulan atau lebih, haram hukumnya untuk menggugurkan anak hasil persetubuhan sumbang mahram kerana dikira telah bernyawa melainkan ada asbab yang lain yang betul-betul mendesak.

Status anak tersebut adalah sama dengan status anak zina yang mana dia dinasabkan kepada ibunya dan tidak boleh sama sekali dinasabkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

@drkamilinjamilin SUMBANG MAHRAM, Boleh Ke Gugurkan Anak Dalam Kandungan? #LelakiItu #TV3Malaysia #IsuSemasa ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Bagi perkahwinan dengan mahram secara tidak sengaja kerana tidak tahu adik-beradik, jika bersetubuh dan mempunyai anak hasil persetubuhan tersebut, anak itu masih sah taraf untuk dinisbahkan kepada bapa.

Tetapi ia dianggap anak hasil persetubuhan yang syubhah dan perkahwinan antara ibu dan ayah perlu dibubarkan sebab asal pernikahan mereka adalah tidak sah.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الولد للفراش وللعاهر الحجر

Maksudnya: “(Nasab) Anak itu milik hamparan (perkahwinan yang sah). Sedangkan bagi penzina tiada apa-apa hak”. -Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kesimpulannya, peningkatan kes sumbang mahram ini kebanyakannya terjadi disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Jika mereka sudah mengetahui yang mereka mempunyai pertalian darah, tidak sepatutnya menjalinkan percintaan apatah lagi berkahwin.

Sentiasa menjaga batas pergaulan dan menutup aurat semasa berada di rumah supaya tidak mengundang masalah sumbang mahram ini berlaku.

Semoga bermanfaat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Tiktok Dr. Kamilin Jamilin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menjijikkan, Bapa Kandung Terlanjur Dengan Anak Perempuan, Kes Suka Sama Suka & Mahu Berkahwin

Baca juga: Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Yang Dikenali/ Tidak Dikenali, Tafsir 25 Maksud Mimpi Di Sebaliknya

Baca juga: Cara Gugurkan Kandungan/ Abortion In Malaysia: Adakah Ia Sah & Dibolehkan Undang-Undang?

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Sumbang Mahram Dalam Islam, Tak Sengaja Terkahwin Dengan Sesama Adik Beradik
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham