Penyakit tifoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit melalui makanan atau minuman yang telah tercemar. Sebab itu, semua pengendali makanan sama ada warga asing atau tempatan diwajibkan mendapatkan suntikan typhoid.
Suntikan typhoid bertujuan untuk mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit dan sebagai pencegahan awal kepada orang awam.
Isi Kandungan
Bahaya penyakit typhoid
- Tifoid adalah penyakit yang hanya hidup dalam tubuh badan dan boleh berada dalam usus, limpa, pundi hempedu selama setahun. Jika dibiarkan, organ dalaman boleh pecah atau bocor.
- Tifoid mempunyai simptom jangkitan pada tubuh badan seperti mengalami sakit perut, demam panas, sakit kepala, hilang selera makan, timbul ruam dan mudah letih.
- Lazimnya, penyakit ini boleh dikeluarkan melalui najis atau air kencing.
- Pembawa kronik yang sudah sembuh tetapi tidak mendapatkan rawatan yang betul boleh menjangkiti individu lain tanpa sedar.
- Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
Suntikan typhoid elak jangkitan tifoid
Mengikut Peraturan 11, Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya melainkan jika mereka diberi tifoid vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar.
Injection typhoid ini boleh didapati di klinik atau hospital kerajaan dan swasta di Malaysia untuk merangsang sistem imunisasi badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan bakteria Salmonella typhi.
Suntikan pengendali makanan ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia.
Tentu ramai nak tahu berapakah harga suntikan typhoid atau tifoid vaksin yang dikenakan untuk satu individu?
Harga suntikan typhoid di klinik kerajaan adalah berpatutan iaitu serendah RM24-60 dan harga cucuk typhoid boleh mencapai sehingga RM100 di klinik swasta bergantung kepada servis klinik dan jenis vaksin.
Selepas cucuk typhoid biasanya boleh bertahan selama 2-3 tahun dan perlu diambil semula.
Individu yang telah menerima atau mengambil suntikan tifoid akan menerima sijil suntikan typhoid sebagai bukti.
Cegah Demam Kepialu, Kolera Dan Keracunan Makanan
Usaha mewajibkan suntikan typhoid ini tidak hanya mencegah demam kepialu, tetapi beberapa penyakit lain seperti kolera dan keracunan makanan dan mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini boleh dikenakan denda dan boleh didakwa di mahkamah.
Demam kepialu atau demam tifoid ini boleh merebak melalui pengendali makanan melalui makanan yang disediakan oleh pembawa atau pesakit ini.
Selain itu, ia juga boleh merebak melalui hinggapan lalat, bekalan air yang tidak bersih, atau makanan dan minuman yang tercemar oleh najis.
Oleh itu, penting bagi seseorang pengendali makanan dan pengusaha kedai makanan mendapatkan suntikan typhoid di klinik kesihatan yang berdekatan bagi memastikan mereka tidak menjadi pembawa dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Selamatkah Suntikan Typhoid?
Vaksin typhoid adalah selamat, namun, individu tertentu atau kes terpencil mungkin akan mendapat kesan sampingan dari suntikan ini. Berikut adalah antara kesan selepas cucuk typhoid :
-
Demam
-
Sakit kepala
-
Tidak sedap badan
-
Sengal-sengal badan
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! -
Sakit pada tempat suntikan
-
Bengkak pada tempat disuntik
-
Merah atau radang pada tempat suntikan
-
Sakit dada
-
Sesak nafas
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! -
Sakit pada bahagian sendi
-
Kulit gatal
-
Lemah badan atau badan tidak bermaya
Langkah-Langkah Pencegahan Oleh Pengendali Makanan
Langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh pengendali dan pengusaha premis makanan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
-
Mendapatkan suntikan typhoid.
-
Menghadiri kursus pengendalian makanan.
-
Menjaga kebersihan restoran atau premis makanan.
-
Memakai penutup kepala, apron, dan kasut bertutup bagi kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan makanan.
-
Memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan.
-
Mempraktikkan proses pembekuan daging dan ayam yang betul.
-
Menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan sumber air terawat.
-
Masak makanan dengan sempurna hingga takat didih.
-
Bahan mentah perlulah diasingkan dari bahan makanan yang telah dimasak.
-
Menggunakan bekas bertutup untuk menyimpan makanan yang telah dimasak.
-
Menggunakan alatan menghidang dan alatan memasak yang bersih.
-
Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan atau setelah ke tandas.
-
Menjaga kebersihan tandas.
-
Air yang hendak digunakan untuk menyediakan minuman hendaklah dimasak dahulu atau gunakan air yang telah dirawat.
Cara Lain Mencegah Penyakit Tifoid
Mengambil suntikan tifoid tidak bermakna anda tidak dijangkiti demam kepialu. Justeru, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan terutama dari segi kebersihan iaitu:
- Mencuci tangan dengan air bersih dan sabun.
- Basuh buah-buahan atau sayur-sayuran dengan air bersih sebelum dimakan.
- Minum air yang telah dimasak atau dalam botol.
- Elakkan mengambil produk tenusu yang tidak dipasteur.
- Basuh pinggan dan mangkuk dengan air bersih sebelum menggunakannya.
- Makan makanan yang telah dimasak dan elakkan makanan yang masih mentah atau terdedah lama.
- Kurangkan tabiat meletakkan ais ke dalam minuman.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 7 Tips Penting Untuk Mencegah Anak Keracunan Makanan, Kasihan Mereka!
Baca juga : Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak
Baca juga : 1 dari 5 makanan bayi boleh buat keracunan kerana ada logam plumbum!