Ibu bapa mana yang tak risau bila melihat anak kecil mereka demam dan selesema terutama semasa wabak COVID19 yang belum lagi pulih di Malaysia. Jadi untuk memperkuatkan sistem imun badan anak, bolehlah ibu ayah mencuba resipi sup antibiotik ini.
Sekarang ini boleh dikatakan ramai ibu ayah yang takut nak membawa anak kecil ke klinik ataupun hospital kerana bimbang penularan wabak ini kecuali jika anak sakit teruk dan sebagainya.
Tapi kalau demam dan selesema biasa mungkin ibu ayah boleh cuba merawatnya sendiri dari rumah dengan melakukan kaedah yang betul sekaligus membantu menurunkan suhu panas badan anak.
Jika anak masih di bawah umur dua tahun, biasanya kita disarankan untuk elak dari memberi mereka makan ubat.
Jadi dua orang ibu, Farisha Sofea dan Julia Daud berkongsi resipi sup antibiotik yang sesuai untuk bayi di bawah umur 2 tahun.
Resipi sup antibiotik untuk anak
Sup merupakan makanan yang mampu menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang mengalami demam. Ia berlaku disebabkan bahan herba yang digunakan itu bagus untuk membaik pulih imuniti badan pesakit khususnya kanak-kanak.
Kebaikan sup antibiotik ini adalah untuk meringankan gejala demam, batuk dan selesema anak.
Di mana ibu boleh melebihkan meletak bawang putih dan halia dalam masakan ini. Jika ibu nak letak bahan-bahan lain juga turut dibolehkan mengikut citarasa masing-masing.
Resipi sup antibiotik untuk demam
Bahan-bahan:
- Minyak zaitun
- Bawang putih ditumbuk
- Bawang merah ditumbuk
- Halia ditumbuk
- Isi ayam dan kaki ayam
- Sup bunjut dan rempah empat sekawan
- Chicken feet stock
- Seleri
- Daun sup
- Sayuran hijau
- Serbuk ikan bilis
- Serbuk lada hitam
- Air secukupnya
Cara-cara membuat:
1. Memanaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga layu dan kemudian masukkan isi ayam dan masak seketika.
2. Masukkan Chicken feet stock atau stok kaki ayam, sup bunjut dan air secukupnya lalu biarkan mendidih buat seketika.
3. Selepas itu, masukkan sayuran hijau, serbuk lada hitam dan serbuk ikan bilis. Kacau sebati semua bahan ini.
4. Apabila mendapati sayur sudah masak, tutupkan api kemudian taburkan bawang putih yang telah siap digoreng.
5. Akhir sekali, masukkan juga sedikit minyak bawang putih supaya aroma sup antibiotik ini dapat membangkitkan selera si manja. Kemudian boleh dihidangkan untuk anak. Selamat mencuba!
Resipi sup antibiotik untuk cairkan kahak
Risau bila melihat demam dan batuk berkahak anak yang tak berhenti- henti sampai rasa kasihan bila dengar ada bunyi semasa si kecil nak bernafas.
Memang doktor ada bekalkan ubat antibiotik dan cair kahak, namun tak salah jika ibu mahu menggunakan alternatif sup antibiotik untuk membantu mengatasi masalah ini.
Apatah lagi, sup sebegini memang amat sesuai untuk anak agar mendapat kembali tenaga mereka yang hilang gara-gara demam.
Dengan izinNya Insyaallah anak akan kembali sembuh seperti sedia kala.
Bahan-bahan:
- 5 biji buah pelaga
- 5 ke 7 biji bunga cengkih
- 5 ulas bawang putih yang telah siap dicincang halus
- 1 ulas bawang merah dicincang halus
- 3 biji lada hitam hancurkan
- 1 batang lobak merah dipotong dadu
- 3 batang seleri dan ikan bilis
- Ayam/ikan/daging supaya dapat sumber protein
- Sedikit daun sup atau daun bawang
- 3 cawan air
Cara-cara menyediakan:
1) Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut kesukaan masing-masing.
2) Masukkan semua bahan tadi ke dalam air yang sudah direneh. Kemudian tunggu sampai ia mendidih.
Sewaktu ini, ibu boleh juga gunakan kaedah menumis iaitu rempah ratus dan bawang dengan menggunakan ulsalted butter atau minyak masak. Guna minyak zaitun.
3) Setelah lobak merah dan ayam sudah empuk, taburkan daun sup atau daun bawang untuk mendapatkan aroma yang lebih enak.
4) Selepas sup siap, ia boleh dihidangkan bersama bubur nasi, bihun, mi dan pasta (ikut pilihan masing-masing). Boleh taburkan bersama herba campuran semasa menghidang.
Mudah dan senang saja nak buat kan? Jadi ibu ayah diharap dapat mencuba resipi ini seterusnya imuniti anak kembali sihat dan terjaga seperti selalu.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Farisha Sofea, Julia Daud
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia