Ibu Menyusu Perlu Makan Tiga Kali Sehari Ketika Berpuasa, Elak Susu Badan Jadi Drop

Ibu menyusu berpuasa dibolehkan sekiranya tidak memudaratkan diri sendiri. Dalam hal ini anda dinasihatkan ambil tiga kali waktu makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hakikat mana-mana ibu, anak menjadi kepentingan utama. Tidak kira masa dan ketika. Dilema ibu menyusu berpuasa ketika bulan Ramadhan, cukupkah susu mereka buat si kecil? 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu menyusu berpuasa disaran makan tiga kali sehari
  • Jenis superfood terbaik untuk ibu menyusu berpuasa ketika Ramadhan
  • Pastikan minum air putih yang mencukupi, elak susu badan jadi drop

Mungkin ada diantara kita yang terfikir, apakah makanan yang boleh amalkan di bulan Ramadhan bagi mengekalkan susu badan tanpa perlu berbuka puasa. 

Ibu menyusu berpuasa disaran makan tiga kali sehari

Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Semasa berpuasa, kita perlu makan tiga kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. 

Untuk ketiga-tiga waktu ini, makanan yang dimakan haruslah seimbang. Seimbang di sini ialah mengikut saranan piramid makanan. Bagi waktu sahur, ibu menyusu sangat digalakkan makan makanan yang mempunyai INDEKS GLISEMIK (GI) yang rendah. 

GI ialah unit pengiraan  bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa proses penghadaman ialah GI yang tinggi.

Manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah ialah makanan GI yang rendah. 

Jenis superfood terbaik untuk ibu menyusu berpuasa ketika Ramadhan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara makanan yang mempunyai GI rendah ialah:

  1. Pasta. Fettucini, makaroni dan spageti adalah antara pasta yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai dijadikan sahur.
  2. Kekacang.
  3. Yogurt asli rendah lemak yang dicampur buah-buahan segar.
  4. Nasi beras perang dan oat.
  5. Tortila gandum dan jagung

Bagi waktu berbuka, makanan yang cepat membekalkan tenaga adalah pilihan yang bagus buat ibu menyusu. Ini kerana ia akan menggantikan tenaga yang digunakan sepanjang hari berpuasa.

Jus buah asli dan kurma adalah dua menu yang ideal buat ibu menyusu semasa berbuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.

Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. 

Selain itu, semasa berbuka, elakan makanan yang lemak tinggi dan tidak berkhasiat untuk mengelakan ketidakcernaan makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakan makanan yang boleh mengganggu perut seperti makanan segera dan air bikarbonat. Amakan pembahagian pinggan kepada tiga, separuh sayuran, suku protein dan suku nasi.

Sementara untuk moreh, disarankan makanan ringan yang tidak terlalu manis. Buah-buahan kering, seperti kurma sangat digalakan. Susu badam juga bagus. Paling penting ialah memastikan dehidrasi badan anda. 

Pastikan minum air putih yang mencukupi, elak susu badan jadi drop

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekalkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menggantikan susu yang sudah hilang semasa diperah. Pelbagai tips bagaimana anda boleh mencukupkan dua liter air semasa bulan Ramadhan. Contoh paling mudah ialah: 

  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) semasa sahur
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) selepas berbuka / solat maghrib
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) selepas solat isyak / terawikh
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) sebelum tidur

Cukup bukan dua liter air sehari? Jadi, anda masih boleh mengekalkan meminum dua liter air sehari bagi mengelakan badan dari dehidrasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Baca juga: Stok Makanan ‘Wajib’ Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Bekal Tenaga Ketika Puasa

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Segar Untuk Sahur, Energy Booster Ibu Mengandung & Menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan