Susu formula tamat tempoh diberi pada anak di hospital, perbuatan melampau dan tak patut!

“Selepas bayi mengalami ciri-birit, kami mengesan dan memeriksa bungkusan susu yang masih ada. Terkejut saya apabila melihat susu tersebut sudah tamat tempoh!”.

Kes anak diberi susu formula tamat tempoh di hospital

Semasa memberi susu formula kepada bayi, pastikan jenis dan jumlah susu yang diberi itu telah dipilih dan disukat dengan betul. Paling penting, jangan abai tarikh luput susu. Bimbang sekiranya anda terbeli susu formula tamat tempoh!

Tak ke naya pada anak-anak? Tapi kes susu formula tamat tempoh yang baru terjadi ini membuktikan bukan hanya ibu bapa melakukan kesilapan memberi susu formula tamat tempoh pada anak.

Lebih mengejutkan, pihak hospital turut membuat kesilapan yang sama! Ia seperti yang terjadi pada perkongsian kisah ini…

susu formula tamat tempoh, susu formula, susu formula untuk bayi, susu formula untuk anak-anak
Susu formula tamat tempoh diberi di hospital Singapura, boleh minum ke? 

” Kami sering bangga apabila mendapat rawatan dan kemudahan terkini di mana-mana hospital Singapura kerana tahu Singapura mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia.

Apabila anak kecik jatuh sakit dan demam tinggi di Malaysia, kami bergegas pulang ke Singapura. Malangnya, apa yang telah berlaku baru-baru ini mengikis kepercayaan kami terhadap hospital Singapura dan penyedia penjagaan kesihatan di sana!” ulas seorang ibu.

Madam Teoh baru-baru ini berkongsi kejadian tersebut di laman Facebook miliknya, dia menulis.

“A” mengalami demam yang tinggi dan semasa acara keluarga di Malaysia. Disebabkan percaya kepada penyediaan kesihatan Singapura, kami sekeluarga bergegas pergi hospital terkenal di Singapura pada 17 Februari yang lalu.

Tidak lama kemudian, kanak-kanak berusia 2 tahun itu mengalami cirit birit!

susu formula, susu formula tamat tempoh, susu formula untuk bayi, susu formula vs susu ibu, panduan susu formula

Madam Teoh beritahu theAsianparent tentang isu susu formula tamat tempoh diberi pada anaknya!

“Dia tidak ciri-birit semasa dihantar ke hospital.”

Kemudian beliau memberitahu kami bahawa pihak hospital menyediakan susu formula untuk diberi kepada anak itu.

“Selepas minum susu yang diberi, kami mendapati anak mengalami cirit-birit. Lantas saya lihat tarikh luput pada bungkusan susu. Apa yang membuatkan kami terkejut, semua kotak susu tersebut sudah tamat tempoh!”

Tetapi pihak hospital mengatakan walaupun sudah tamat tempoh, susu itu masih boleh diminum!”

“Namun A terus mengalami cirit-birit. Dia hanya diberi ubat untuk mengurangkan ketidakselesaannya. Tiada antibiotik diberikan.

“Sepatutnya pihak hospital harus membuat ujikaji terhadap najisnya tapi mereka hanya mengelak dari bertanggungjawab menyediakan produk yang sudah tamat tempoh,” ujarnya.

susu formula, susu formula tamat tempoh, susu formula untuk bayi, susu formula vs susu ibu, panduan susu formula

Hospital enggan bertanggungjawab selepas beri susu tamat tempoh?

“Kami mengalami kerugian sebanyak 3 ribu untuk menjalankan ujian makmal saja dan kesimpulannya tiada virus atau bakteria yang dikesan sejak awal. Oleh itu, cirit-birit tersebut adalah akibat penggunaan susu yang sudah tamat tempoh!”.

Beliau turut memberitahu kami, hospital itu walaubagaimanapun menegaskan cirit-birit yang terjadi pada anaknya bukan akibat susu yang sudah tamat tempoh. Keputusan ujian menunjukkan tiada virus atau bakteria.

Akhirnya, hospital menawarkan sedikit bayaran sebanyak s$500 sebagai pampasan.

“Saya terkejut dengan sikap pihak hospital yang tidak bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan dengan usaha menyembunyikan maklumat daripada pengetahuan pesakit.

Ia sepatutnya menjadi hospital terbaik tetapi bagi kami, ianya adalah pengalaman yang mengerikan.

Kami di theAsianparent benar-benar simpati dengan perkara yang telah terjadi pada Puan ini, dan merasa lega apabila “A” tidak sakit parah dan akan pulih tidak lama lagi.

theAsianparent telah mengemukan soalan kepada pihak hospital terbabit dan menunggu jawapan balas. Kami berharap dengan perkongsian ini, ibu bapa akan lebih peka dengan segala makanan atau minuman yang diberikan pada anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Foto kredit: Facebook, Behir.huInhabitat

Artikel ini diterjemahkan dari : theAsianparent Singapore

Baca juga

6 tips berguna bagi memilih susu formula terbaik untuk si kecil anda