Budak 4 Tahun Hidap Diabetes, Ambil Minuman Kultur Untuk Rawat Sembelit Hingga Ketagihan

Kebiasaannya ibu ayah akan membeli 'stok' minuman susu kultur kerana ia menjadi kegemaran anak-anak dan dipercayai mampu mengurangkan masalah sembelit.

Kebanyakan ibu bapa disuap dengan idea bahawa minuman susu kultur untuk perut adalah menyihatkan, bahkan ia baik untuk usus. Namun hakikat sebenarnya jauh berbeza.

Memandangkan ia sering menghiasi paparan iklan di kaca televisyen, hal yang perlu anda ketahui dan melakukan double check ialah membaca label minuman berkenaan serta ketahui kandungan gula tambahan tersembunyi.

Budak 4 tahun dimasukkan ke hospital selepas ketagih minuman susu kultur

credit to sources

Perkongsian Mazila Manshor menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu. Dia telah menerima khabar berita bahawa anak sahabatnya telah dimasukkan ke hospital. Kanak-kanak tersebut baru berusia 4 tahun.

Ketika berbual dengan si ayah, dia meminta untuk sebarkan kisah ini kepada rakan-rakan semua. Difahamkan anak dia yang berusia 6 bulan sebelum ini juga telah mengalami masalah sembelit.

Jadi ayahnya telah usahakan dengan memberi minuman kultur pada anak. Ada perubahan, dua hari sekali pasti akan membuang air. Bermula dari situ, stok minuman kultur mesti ada dalam peti sejuk.

Sehinggalah akhir-akhir ini, selera makannya mula berkurang dan akhirnya membawa kepada demam berpanjangan, dia juga tiba-tiba pengsan!

Apabila diperiksa keadaannya, doktor telah mendapati si anak menghidap penyakit kencing manis tahap 2. Yang mana bacaan gula dalam darah mencecah 20, ia sangat mengejutkan semua.

Keadaan anaknya menjadi sangat tidak stabil. Ada masa bacaannya 2 dan menyebabkan dia mengalami hipo. Di hospital pula, dia berselera makan. Jadi bila kerap makan nasi, bacaan kencing manis terus mencanak tinggi.

Jadi ingatan pada kita, meskipun minuman itu dikatakan berkhasiat dan siap ditulis pada label minuman ini…rendah gula dan tinggi kalsium. Namun hakikatnya kandungan gula tetap tinggi melambung.

Pengambilan secara kerap juga menyebabkan sistem tubuh menjadi kacau bilau. Kadang-kadang kita malas keluar ke kedai atau pasaraya untuk membeli berulang kali, jadi kita akan terus angkut 2,3 dozen sekaligus.

credit to sources

Simpan banyak dalam peti cadangnya hanya untuk dijadikan sebagai stok. Tapi hakikatnya dua dozen boleh habis dalam tempoh 1 hari sahaja. Jadi hati-hati ya semua.

Semoga anda mengambil iktibar. Gula putih yang membuatkan kanak-kanak ketagihan. Bayangkan 6 peti ais yang dijual dalam petrol station, 5 setengah daripadanya adalah minuman manis.

Lagi setengah adalah bahagian air mineral dan air manis inilah yang akan direstock dengan cepat. Nilai sendiri kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman manis. Semoga kita menjadikan kisah ini sebagai pengajaran, doakan juga kanak-kanak ini segera sihat dan dapat bermain dengan kawan-kawannya seperti biasa. 

Sayangi anak-anak dan sayangi keluarga ya! 

Pertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli minuman kanak-kanak

Melalui perkongsian Intan Nornie Sheika yang gemar menulis tentang ilmu pemakanan sihat, dia mengajar cara mudah untuk memahami label setiap minuman susu kultur dan bahayanya gula tambahan tersembunyi pada anak-anak.

#1. Gula tambahan

Perhatikan di bahagian label minuman. Ada perkataan fruktosa? Di bahagian depan sekali atau paling hujung.

Bahan yang dicatatkan paling awal dalam label bahagian isi kandungan adalah paling banyak digunakan. Perhatikan gambar, label minuman ini dikatakan perisa asli.

Apabila melihat bahagian maklumat pemakanan, rupa-rupanya ia mengandungi gula sebanyak 39.2g! Ramuannya juga dimulai dengan air gula, susu skim dan terdapat ejen antibuih.

credit to sources

Gula fruktosa adalah punca utama sistem pertahanan tubuh menjadi kucar-kacir, saraf menjadi rosak dan otak si manja lembab. Manakala ia juga menjadi punca obesiti dan ketagihan gula sangat teruk pada kanak-kanak.

#2. Disarankan beri anak makan real food

Jika benar ibu ayah ingin menjadi kesihatan usus anak, perkara pertama anda perlu lakukan ialah beri anak makan real food.

Makanan yang baik untuk usus datangnya dalam bentuk semula jadi. Perlukan bakteria baik? Cuba beri anak-anak makanan yang ditapai atau melalui fermentasi. Paling mudah, buah-buahan jeruk atau sayur jeruk melalui kaedah betul.

#3. Ajar anak cara makan mengikut ajaran agama

Ibu ayah jangan lupa untuk mengajarkan anak kecil anda makan dengan betul. Ia sememangnya asas bagi mengekalkan sistem penghadaman yang baik. Gut healing secara alami.

  • Kunyah makanan lebih lama (enzim amilase dalam air liur)
  • Makan dengan tangan kanan (ada manfaat dari segi penghadaman)
  • Menjilat jari selepas makan (membantu enzim amilase semaasa mengunyah lebih efektif)
  • Badan tegak semasa makan (perjalanan makanan di esofagus ke usus)

Sumber: Mazila Manshor, Intan Nornie Sheika

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!