X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

6 min bacaan
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Susu untuk ibu hamil amat penting bagi menyokong keperluan pemakanan ibu yang meningkat dan seterusnya menyokong perkembangan janin.

Sebaik sahaja mengetahui anda kini sudah berbadan dua, pelbagai perasaan pastinya melanda diri. Lebih-lebih lagi jika ibu mengandung anak pertama. Perubahan badan dan keperluan pemakanan mungkin menyebabkan anda memerlukan susu untuk ibu hamil bagi menyokong keperluan nutrisi untuk diri dan janin dalam kandungan.

Semasa 12 minggu pertama sewaktu hamil, tubuh ibu cenderung mengalami banyak perubahan disebabkan oleh ‘pembawakan budak’. Sesetengah ibu berdepan simptom mengandung seperti mudah berasa penat, mual-mual, muntah, sensitif terhadap bau, sakit kepala, perut rasa tidak selesa dan sebagainya.

Namun jangan risau, setiap perjalanan yang anda tempuhi sepanjang kehamilan perlu dinikmati kerana ia bakal menjadi pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan.

5 Sebab Susu Ibu Mengandung Perlu Diambil Sepanjang Tempoh Kehamilan

susu untuk ibu

Kredit: iStock

Justeru kami menyarankan anda mengambil 2 gelas susu untuk ibu hamil setiap hari seawal trimester pertama. Antara 5 sebabnya ialah:

1# Membantu membina dan membaiki tisu badan

Kandungan protein dalam susu ibu mengandung merupakan salah satu sumber protein baik yang membekalkan kesemua asid amino perlu. Tahukah anda plasenta akan membentuk saluran-saluran darah sebanyak dalam lingkungan 50 km1? Protein memainkan peranan penting semasa kehamilan bagi membantu membina dan membaiki tisu-tisu badan. 

2# Menyokong keperluan vitamin D ketika mengandung

Vitamin D amat penting untuk menyokong badan melakukan proses penyerapan kalsium dengan baik. Menurut Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017, amaun vitamin D yang disyorkan semasa kehamilan adalah 15μg / hari.

Pengambilan vitamin D yang mencukupi semasa mengandung amatlah penting bagi membantu menyokong perkembangan rangka janin2.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2016) mengatakan bahawa pemakanan ibu yang baik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga janin yang dikandungkan.

3# Menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel ibu dan janin

Ketika berbadan dua, keperluan pemakanan ibu turut meningkat. Pengambilan folat yang mencukupi adalah amat penting terutamanya semasa trimester pertama untuk menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel-sel ibu dan janin yang berlaku dengan pesat.

Susu untuk ibu hamil telah diperkayakan dengan folat agar membantu memenuhi keperluan folat ibu mengandung & janin.

4# Sumber kalsium penting

Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017 menyarankan wanita hamil mengambil 1,000mg kalsium setiap hari. Garis Panduan Diet Malaysia 2020 juga menyarankan untuk mengambil 2 gelas susu setiap hari sebagai sebahagian diet seimbang.

Kalsium amat penting untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Tahukah anda, sekiranya pengambilan kalsium ibu hamil tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan janin, ianya akan diserap daripada tulang ibu3? 

5# Kepentingan kandungan DHA dan probiotik semasa hamil 

Ketika mengandung, para ibu hendaklah memastikan keperluan khasiat yang mencukupi untuk tubuh dan janin dalam kandungan. Selain asid folik / folat, kalsium dan zat besi,  DHA- asid lemak omega 3, dan probiotik juga perlu dipertimbangkan oleh para ibu.

Pengambilan DHA semasa kehamilan dapat membantu menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin4.

Golongan ibu mengandung juga dicadangkan untuk mengambil DHA sebanyak 200 mg sehari5.

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup yang akan memberikan manfaat kepada tubuh badan. Sesetengah jenama susu ibu hamil mengandungi probiotik di mana ia penting untuk menjaga persekitaran usus yang baik serta membantu melancarkan sistem pencernaan agar menyokong penyerapan nutrien yang efektif.

Susu AnmumTM MATERNA menjadi pilihan kebanyakan ibu mengandung di Malaysia

Bagi memudahkan anda membuat pilihan susu untuk ibu mengandung yang tepat, kami menyarankan anda mengambil AnmumTM MATERNA. Hal ini kerana ia mengandungi nutrien-nutrien penting yang membantu untuk menyokong 100 peratus keperluan nutrisi^ anda. Adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting sepanjang tempoh kehamilan.

Menurut kajian, 9 daripada 10 ibu mengandung di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi. Untuk pengetahuan anda, peratus/jumlah ibu hamil di Malaysia yang mengambil nutrien-nutrien yang mencukupi berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia hanya adalah:

  • 3% bagi folat 
  • 2.6% bagi kalsium 
  • 5.1% bagi serat makanan 
  • 25.6% bagi vitamin D 
  • 70.5% bagi zat besi

Pengambilan dua gelas AnmumTM MATERNA setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang mampu menyokong keperluan pemakanan ibu hamil.

susu untuk ibu

Ibu usah ragu-ragu kerana AnmumTM MATERNA adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan, rendah lemak dan rendah GI (Perisa Biasa: GI – 23, Perisa coklat: GI-26). Ia diformulasikan khas untuk membekalkan nutrien yang diperlukan bagi menyokong perjalanan kehamilan anda.

Anmum™ MATERNA menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA®), prebiotik & probiotik dengan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan termasuk asid folik, kalsium dan zat besi. 

Anmum™ MATERNA diperbuat dengan susu tepung dari New Zealand. Ia kini boleh didapati dalam dua perisa lazat iaitu Biasa (tanpa gula tambahan) dan Coklat (kurang manis).

Antara kebaikan yang terkandung dalam susu AnmumTM MATERNA ialah:

1) Tinggi asid folik- Membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin.

2) Tinggi kalsium- Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

3) Probiotik dan prebiotik– Gabungan probiotik dan prebiotik membantu menjaga persekitaran usus ibu yang baik.

4) MFGM + Gangliosida (GA®)- MFGM adalah membran globul lemak susu yang mengandungi GA® dan fosfolipid. Ia merupakan komponen penting yang boleh didapati dengan banyak pada otak.

5) Asid dokosaheksanoik (DHA)- DHA adalah nutrien penting bagi perkembangan otak janin

6) Zat besi– Sangat penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menyokong peningkatan jumlah darah sebanyak 50% semasa kehamilan. Sekiranya hamil kembar, ia meningkat lebih banyak (~ 60%)

Justeru adalah penting untuk ibu menyokong 8 aspek penting kehamilan. Ambillah susu AnmumTM MATERNA hari ini.

susu untuk ibu

Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Tahukah ibu bahawa anda memerlukan 17 biji oren setiap hari untuk mencapai 100% keperluan nutrisi folat dan 4 cawan susu segar untuk memenuhi keperluan kalsium harian ketika kehamilan? Sebenarnya ia boleh didapati dengan mudah dalam dua gelas AnmumTM MATERNA.

Untuk keterangan lanjut mengenai susu AnmumTM Materna atau tujuan mendapatkan sampel, ibu-ibu boleh terus layari laman web rasmi Anmum Materna.

Jangan lupa, anda juga boleh menyokong keperluan pemakanan semasa menyusu dengan mengamalkan AnmumTM LACTA yang menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA®), prebiotik dengan nutrien penting, termasuk kalsium dan vitamin B untuk menyokong keperluan nutrisi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Khas Buat Anda

Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Eksklusif untuk pembaca dan pengikut TAP, jangan lupa untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 AnmumTM MATERNA 650g (sekarang dengan harga RM35.90). Kod Baucar Promo: MATAP5OFF (hanya sah untuk pembelian AnmumTM MATERNA 650g di Shopee) . Ia terhad untuk 1,000 orang sahaja bermula tarikh 1  – 30 September 2021. 

AnmumTM MATERNA  sekarang juga boleh didapati dalam pek percubaan 350g di Lotus dengan harga RM25.90 sahaja.

Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Rujukan:

  1. (n.d) Smith C. (2005). The placenta – a mathematical model. Retrieved from: https://www.thenakedscientists.com/articles/science-features/placenta-mathematical-model
  2. (n.d.) Wagner C., Taylor S., Johnson D., and Hollis B. (2012). The role of vitamin D in pregnancy and lactation: emerging concepts. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4365424/
  3.  NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases ~ National Resource Center. (2018). Pregnancy, breastfeeding and bone health. Retrieved from https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/pregnancy
  4.  (n.d.) Greenberg J,. Bell S., Ausdal W. (2008). Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2621042/
  5. (2017) Ministry of Health Malaysia. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Retrieved from

    https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf

    ^Untuk Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E, dengan 2 gelas sehari (RNI Malaysia, 2017)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: Hindari Makanan Mengancam Bayi & Tidur Posisi Ke Kiri, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Kehamilan Yang Selamat

Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Baca juga: 10 Cara Ibu Boleh Buat Agar Bayi Bijak Sejak Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Kongsikan:
  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Makanan Organik Beri Kebaikan Atau Keburukan Buat Ibu Hamil? Ini Yang Anda Patut Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.